“Biar Dikata Sombong, Anak Lebih Penting Dari Populariti.” Fasha Akui Tugas Sebagai Ibu & Isteri Nombor Satu

Share

Menjadi selebriti bukan sesuatu yang mudah. Selain menjaga penampilan dan imej di hadapan khalayak ramai, dalam masa yang sama perlu memberi perhatian pada keluarga.

Namun selebriti yang satu ini sentiasa memberi yang terbaik, dalam kerjaya mahupun rumah tangga. Tidak hairanlah dia selalu mendapat pujian dari penerbit mahupun pengarah drama.

Terbaru, Fasha Sandha dikaitkan dengan seorang peminat yang mengatakan pelakon ini sombong dek kerana keengganan dia bergambar bersama.
Tampil membuat penjelasan, Fasha menulis panjang lebar menerusi laman instagramnya berkenaan hal tersebut.
Assalamualaikum,
Ini gambar diambil secara curi dan Posting ni dibuat oleh SITI SARA DI FB (Mungkin akan tukar nama di FB selepas posting ini dibuat).  Sejelasnya gambar ini gambar saya bersama anak sahabat saya Rita Sosilawati di depan cashier.
First of all, terima kasih SITI SARA diatas posting ini.
Ingin saya jelaskan disini, saya tak kisah pun, nak undi ke taknak undi ke, sebab saya pun dah tak kisah bab anugerah , sebab fokus utama saya adalah anak2, BUKAN UNDI ANUGERAH
Ingin saya jelaskan disini ya, YA SAYA MEMANG BERUBAH MENJADI SOMBONG DI SITUASI INI , DEMI KESELAMATAN SAYA DAN ANAK2.
PEMINAT YANG TAK FAHAM TENTANG SAYA,SILA HADAM JAWAPAN SAYA
Jangan GANGGU SAYA KETIKA
1. Ketika saya bersama dengan anak2 saya, anak2 buah saya, dan dengan anak2 sahabat2 saya, kerana TANGGUNGJWB MENJAGA anak ni bukan TUGAS YANG MUDAH, seminit terleka, anak boleh HILANG!
2.Ketika di hadapan cashier atau ATM dan berurusan kewangan. , sekelip mata terlepas pandang, akan kena ragut
3. Dikaunter tiket atau access mana2 tempat sesak dengan anak2
4. Ketika saya sedang MENGADAP REZEKI MAKAN DENGAN KELUARGA SAYA
Ingat ya ,SELEPAS SAYA MENJADI SEORANG IBU, populariti bukan KEUTAMAAN SAYA. TUGAS SAYA SEBAGAI IBU DAN ISTERI ADALAH NOMBOR SATU.
ARTIS BUKAN MILIK MASYARAKAT, KAMI MILIK ALLAH DAN KELUARGA KAMI.
Jadilah PEMINAT YANG BIJAK, TENGOKLAH MASA SESUAI NAK MINTAK SELFIE, ORANG LAIN BERIBU2 dapat je BERSELFIE DENGAN SAYA
MASA AWAK MINTAK NI TAK KENA MASA, LEPAS TU NAK VIRAL2 burukkan ARTIS. Hina muka saya , Hina saya pakai selipar. Apa masalahnya kalau saya pakai selipar
Sejujurnya AWAK TELAH FITNAH SAYA.
Saya ingat awak, sebab semalam masa awak mintak selfie, saya kata sekejap ya, saya nak settlekan anak2 saya sekejap.
Lepas saya bayar dan lepas anak2 saya dah masuk playground tu, saya cari awak, saya siap tanya pekerja saya, mana orang nak ambil gambar saya tadi, pekerja saya kata awak dah takde. LILAHI TAALA
Apapun TERIMA KASIH. Saya harap penjelasan ini CLEAR, dan semoga PEMINAT DAPAT GUNA OTAK BILA MASA SESUAI NAK SELFIE DENGAN ARTIS, TERUTAMA ARTIS YANG DAH ADA RAMAI ANAK. JADILAH PEMINAT YANG BIJAK
Terima kasih.
@wlfs4eva

Sumber: ig fashasandha