Dalam diam-diam, pelakon Elisya Sandha kini selamat bernikah dengan anak sulung pelakon dan penerbit, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy. Mereka sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 31 Januari yang lalu.
Pasangan berkenaan bernikah kira kira jam 3.11 petang tadi di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (PAID) berwalikan bapa Elisya, Mohd Faisal Abdullah.
Dalam majlis ringkas mematuhi prosedur operasi standard (SOP) itu, Elisya atau nama penuhnya, Nur Elisya Hassan menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas putih daripada Uzair yang bekerja sebagai pengurus produksi.
Majlis nikah petang tadi juga dipancarkan secara langsung menerusi aplikasi Zoom membabitkan adik beradik, sanak saudara dan rakan rapat.
Pasangan ini mula mengenali antara satu sama lain sejak lima tahun lalu ketika masing masing masih di bangku sekolah dan akhirnya kini sah bergelar suami isteri.
Adik kepada Fasha Sandha itu ketika dihubungi berkata, majlis akad nikah asalnya dirancang pada 22 Februari 2022.
“Memang perancangan bernikah hari ini berlangsung pada minit akhir. Dapat saja tarikh nikah dua minggu lalu, saya dan suami memulakan persiapan kahwin serba sederhana.
“Dengan situasi pandemik COVID-19 yang tak boleh dijangka dan peningkatan kes harian mendadak naik, segala segalanya perlu dipercepatkan.
Dalam pada itu, pasangan ini juga merancang untuk tinggal di rumah yang dibeli suaminya.
“Cuma kami akan habiskan masa dulu dengan keluarga. Lepas itu baru fikir nak pindah ke rumah berkenaan,” katanya.
“Paling utama yang membuatkan saya tertarik kepada Uzair adalah sikapnya menjaga dan menyayangi keluarganya.
“Itu antara ciri yang saya lihat menjadi jaminan dia boleh menjaga saya dengan baik… Insya-Allah. Dia juga rajin bekerja dan menghormati orang tua. Kami juga mengharungi pelbagai ujian hidup bersama sejak dulu,” katanya.
“Elisya cukup menenangkan saya. Kami cuba melengkapi diri masing masing.
“Ini fasa baru untuk kami lebih serius memikirkan soal tanggungjawab. Semoga ia dipermudahkan,” kata Uzair.
Dalam majlis itu juga, Elisya turut mengenakan barang kemas tajaan Habib Jewels menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520