Penangan bulan puasa kali ini memang dasyat betul. Semakin banyak resipi menarik dan kreatif telah dikongsikan oleh masyarakat Malaysia. Spicy orange chicken, menu yang menggunakan buah oren ini kelihatan sangat sedap. Rasanya yang mempunyai kombinasi pedas dan manis ini memang sesuai dimakan oleh warga emas dan kanak-kanak.
Resipi yang dikongsikan oleh @imannrashidd ini amat mudah kerana menggunakan ayam segera sahaja. Tambahnya lagi, buah oren yang digunakan dalam harus cari yang manis dan menu ini juga menggunakan madu sebagai pengganti gula.
Menarik bukan? Tak kenal maka tak cinta. Jadi, jika anda mahukan kelainan anda boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
Spicy Orange Chicken
Bahan-bahan:
Ads
Ayam segera
3 biji oren
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili kering
1 sudu kicap
1 sudu sos cili
Minyak bijan
Madu
Bancuhan tepung jagung
Cara Penyediaan:
– Perahkan 3 biji oren ke dalam mangkuk.
– Tumiskan 3 ulas bawang putih yang sudah dicincang bersama 3 tangkai cili kering yang dipotong. Kemudian, masukkan air oren yang telah diperah tadi.
Ads
– Masukkan sedikit parutan kulit buah oren.
Ads
– Masukkan 1 sudu kicap, 1 sudu sos cili, sedikit minyak bijan, madu secukup rasa dan sedikit bancuhan tepung jagung.
– Kemudian masukkan ayam, gaulkan sehingga rata dan taburkan sedikit bijan. Siap dihidang.
Ayam Goreng Ala Korea ini pasti menjadi kegemaran ramai. Lebih-lebih lagi peminat cerita Korea. Asyik betul apabila melihat mereka makan terus rasa terliur.
Rahsianya terletak pada sosnya yang terasa sedikit manis, masam dan pedas. Kalau biasa anda membeli untuk menikmatinya, apa kata kali ini buat jer Ayam Goreng Ala Korea sendiri resipi daripada Zurina Zulkefli.
Ayam Goreng Pedas ala Korea Salut Cheese Snek saya petang ini. Siapa sini suka perap ayam guna yogurt? Saya suka 🙋🏻♀️. Sebelum digaul dengan tepung saya biasa perap ayam guna yogurt perisa original, lebih senang berbanding guna susu.
Tepung pun lebih mudah melekat pada ayam. Tepung pula saya lebih suka guna tepung beras dicampur tepung jagung, sebab kalau guna dua tepung ni memang dijamin rangup. Resepi saya sertakan pada setiap gambar walaupun rasa saya ramai je yang dah biasa buat ayam korea ni ❤️.
Bahan-bahan:
Ayam bahagian kepak, dibersihkan dan dipotong dua.
Satu botol yogurt perasa original.
Tepung beras dan tepung jagung.
Serbuk lada sulah dan lada hitam.
Pes pedas korea, apa² jenama yang ada di pasaran.
Serbuk Cheese.
Minyak masak.
Cara membuat:
Taburkan serbuk lada sulah dan lada hitam (saya guna Ajishio) untuk perasakan daging ayam. Pastikan daging ayam dah defrost ya.
Kemudian masukkan sebotol yogurt.
Gaul sebati dan perap selama 5 minit.
Di dalam mangkuk lain, masukkan 1 cawan tepung beras bersama 1 sudu besar tepung jagung. Tepung digaul sebati. Masukkan ayam yogurt ke dalam tepung. Salut dan simpan tepi.
Panaskan minyak masak separuh penuh ke dalam kuali dan masukkan ayam. Goreng sehingga ayam bertukar garing dan keemasan. Sesudah masak, boleh angkat dan letak ke dalam mangkuk.
Sos Korea yang saya guna, buatan bumiputra Aroma Saji. Sangat sedap dan wangi, mengikuti citarasa Melayu. Tapi awas, bagi saya sos ni sangat pedas. Sekiranya anda sudah ada pes gochujang Korea, anda boleh buat sos pedas sendiri.
Ini pula serbuk cheese yang saya guna, buatan bumiputra juga Saudagar Rasa. Cuma perlu campur dengan air panas dan bancuh sehingga likat. Senang je. Anak saya suka sebab cheese dia sedap. Secukup rasa. Sesudah bancuh, boleh tuang ke atas ayam pedas korea tadi. Gabungan pedas korea dan cheese ni memang menyelerakan.Tuangkan 4 sudu besar sos pedas korea ke atas ayam goreng dan gaul sekata. Ayam pedas bersama cheese.
Teringin hendak masak kek tapi tiada ketuhar? Jadi apa kata kita sediakan kek kukus yang sangan ringkas penyediaanya ini. Bahan-bahan yang digunakan juga unik, malah jangan tak percaya, resipi kek ini tidak menggunakan telur mahu pun tepung. Cukup sekadar menggunakan 2 bahan utama sahaja.
Nak tahu detail, jom semak perkongsian daripada Puan Norashikin Ibrahim ini.
Kek mudah, senang dan cepat siap. Guna biskut chipsmore lebih moist.
Bahan-bahan:
1 peket besar biskut chipsmore
200ml susu dutch lady perisa coklat
Cara penyediaan :
1. Patah-patahkan biskut dan kemudian campur sekali dengan susu.
2. Blend hingga sebati.
3. Masuk dalam acua, kemudian kukus selama 30 minit.
4. Hiaskan dengan coklat cair dan coklat urai di atasnya. Sedia untuk dimakan.
kredit : Norashikin Ibrahim VIA MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nasi daging antara hidangan yang terkenal di sebelah utara. Tak sah rasanya kalau menu ini tidak disediakan. Baik bulan ramadhan atau hari biasa. lebih-lebih lagi apabila tibanya raya Aidiladha.
Kadang-kadang bosan juga kan kalau daging asyik dibuat menu kari atau sup sahaja. Apa kata cuba resepi nasi daging oleh Puan Ica Ashida ini. Walaupun simple tapi cukup istimewa.
Sesuai untuk andai yang mahu sediakan hidangan ringkas tapi sedap bolehlah cuba resipi ini. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya di bawah ini.
RESEPI NASI DAGING YANG MUDAH TAPI ‘POWER’
Bahan-bahan
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Rempah kurma – untuk 3 pot beras saya gunakan separuh paket rempah kurma
Rempah 4 sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis
Daging direbus sehingga empuk
Minyak sapi – saya guna 3 sudu penuh
Beras – beras biasa pun boleh, saya guna beras wangi 3 pot
Cara membuat:
1. Rebus Daging
Mula-mula, rebus daging hingga empuk. Simpan air rebusan daging untuk digunakan masa memasak nasi.
2. Basuh Beras
Beras dibasuh bersama 2 helai daun pandan. Saya masak 3 pot dengan menggunakan sukatan bekas beras tupperware.
Saya guna beras wangi, nak guna beras biasa pun boleh. Kalau nak lagi sedap guna beras Pulsa Gold Basmathi untuk masak nasi baryani.
3. Tumis Atas Kuali
Tumis rempah empat sekawan bersama bawang merah, bawang putih, halia dan rempah kurma. Saya gunakan minyak sapi untuk menumis.
Kemudian masukkan garam dan perasa secukup rasa. Bila dah sebati, tambahkan secawan air rebusan daging. Tunggu mendidih dan masukkan beras sampai agak kering.
4. Pindahkan Ke Dalam Rice Cooker
Pindahkan beras bersama bahan yang ditumis atas kuali tadi ke dalam rice cooker.
Kemudian, masukkan daging yang telah direbus. Masukkan juga tomato. Saya tak gunakan susu cair ya.
5. Tambahkan Air Rebusan Daging
Masukkan air rebusan daging mengikut keperluan beras. Saya hanya gunakan beras biasa jadi jumlah air saya sama banyak dengan beras. Caranya macam nak masak nasi putih biasa saja.
Kalau guna beras Basmathi, kenalah ikut sukatan dia.
6. Siap!
Nasi daging telah siap dimasak. Memang ‘power’ kalau dimakan bersama sambal air asam. Tambah pula dengan bawang goreng atau sup daging, memang tak nampak orang sebelah dah!
Cara buat sambal air asam lebih kurang macam buat sambal belacan, cuma guna air asam jawa. Oleh sebab ramai yang tanya, saya sertakan juga cara membuatnya di bawah ini.
CARA BUAT SAMBAL AIR ASAM
Bahan-bahan
Cili padi
Belacan
Garam
Gula
Perasa
* semua bahan ini ditumbuk sehingga lumat
Lada merah
Tomato
Bawang besar
* semua bahan ini dihiris
Cara membuat:
Bancuh air asam jawa, masukkan bahan yang ditumbuk. Kemudian masukkan bahan yang dihiris pula. Siap.
Sangat mudah kan.
Sumber: Sirap limau via Ica Asnida
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Erra Fazira 'tayang' gambar raya dengan puteri kesayangan, lawanya Engku Aleesya. Engku Aleesya puteri kesayangan Erra Fazira telah pun menginjak usia 16 tahun.