“Biar Apa Pun Yang Datang, Setiaku Hingga Hujung Nyawa.” DS Wan Azizah Titip Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Ke-40

Share

Kesetiaan dan kepercayaan adalah kunci kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Demi melihat orang yang disayangi hidup bahagia dan selesa, seorang isteri sanggup berkorban segalanya.

Pengorbanan seorang wanita yang bernama isteri dan ibu ini tidak terhitung nilainya. Mengandung, melahirkan, membesarkan dan mendidik anak-anak segalanya dilakukan tanpa berkeluh kesah sedikit pun.

Pengorbanan wanita bernama Datuk Seri Dr Wan Azizah ini bukan semua mampu melakukannya. Tolak ke tepi bab politik, namun sebagai isteri dan ibu dia telah melakukan yang terbaik usai suaminya dipenjarakan.

Biarpun sudah hilang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, namun wajahnya masih manis menguntum senyuman,menzahirkan  kekuatan diri untuk berhadapan dengan ujian sekali lagi.

Sukar diungkapkan dengan kata-kata bila mana ujian itu hadir di saat dirinya menyambut ulang tahun perkahwinan ke 40 hari ini. Datuk Seri Wan Azizah menerusi laman facebooknya memuat naik ucapan ringkas buat suami tetapi sangat menyentuh hati.

Biar ribut dan badai datang melanda. Biar hujan dan panas namun kita tetap bersama. Biar apa pun yang datang, setiaku hingga hujung nyawa.Selamat ulang tahun perkahwinan bersama @anwaribrahim_my yang ke 40.


Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 1980 dan dikurniakan enam cahaya mata iaitu Nurul Izzah, Nurul Nuha, Ehsan, Nurul Iman, Nurul Ilham dan Nurul Hana.

Dalam pada itu, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat menitipkan ucapan romantis buat isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerusi Facebook.

“Selamat ulangtahun perkahwinan, Dr Wan Azizah Wan Ismail. Thank you,” tulis Anwar ringkas.


Selain disertakan sekeping foto mereka berdua sedang memotong kek, beliau turut menyertakan tanda pagar #duniaakhirat #tilljannah menerusi kapsyen.

Sumber: Dr Wan Azizah Wan Ismail & anwaribrahim_my