Kita selalu dengar malah sering juga mengungkapkan, kalau boleh biarlah kita yang sakit daripada melihat anak yang sakit. Numun berbeza pula pandangan yang ingin dikongsikan oleh wanita ini.
Fahami apa yang dimaksudkan itu dan semoga ianya memberi ruang pada diri kita sendiri untuk tidak lagi tertekan mencari kesempurnaan dan menjadi terbaik tetapi jalani hidup ini dengan penuh tenang dan punya waktu yang membahagiakan diri.
Ini perkongsiannya.
Dulu, masa saya baru ada seorang anak, tiap kali anak demam atau sakit, saya susah hati. Sampai saya cakap kat mak saya, kalaulah sakit tu boleh berpindah, biarlah sakit anak tu pindah kat saya.
Tapi mak saya cakap, “Biar anak yang sakit, jangan mak yang sakit”. Masa tu saya rasa tak patut seorang mak cakap macam tu.
Tapi lama kelamaan, bila anak pun dah bertambah, baru saya faham apa yang mak saya cuba sampaikan.
Ads
BIAR ANAK SAKIT, JANGAN MAK YANG SAKIT.
Andai semua ahli keluarga sakit sekalipun, seorang mak boleh jaga semuanya. Tapi bila mak seorang yang sakit, semua isi keluarga jadi tak tentu arah, segalanya jadi kucar kacir. Sesungguhnya benar sekali.
Mak saya juga cakap, kalau makanan dah siap, ada masa makanlah dulu. Jangan risaukan anak belum makan. Sebab mak yang kena bertenaga. Jangan tunggu masa sesuai untuk makan, sebab seorang mak tiada masa sesuai. Kerana mak tiada me time.
Ads
Kalau ada duit, rasa nak makan makanan mahal sikit tapi tak mampu nak beli utk semua isi keluarga, belilah dan makan sendiri.
Contohnya, teringin sangat nak makan aiskrim Connetto (dulu aiskrim ni kira mahallah). Belilah & makan sendiri. Jangan rasa bersalah. Jangan rasa pentingkan diri. Sebab anak akan membesar, In Shaa Allah mereka akan ada masa utk menikmatinya, mungkin lebih dari kita. Doakan rezeki anak² dimudahkan.
Ads
Sbg mak, tak kiralah bekerja atau tak, kita tetap seorang mak. Kita tetap lalui perkara yang sama, tugas yang sama, rutin yang sama. Memasak, membasuh, mengemas, mencuci, mengajar, mendidik, membebel, semua tu tugas mak, tiada yang terkecuali. Carilah me time sendiri. Jangan tunggu me time itu datang, sebab ia takkan datang.
Tak perlu jadi sempurna untuk segalanya. Hidup ini bukan untuk jadi sempurna, tapi untuk dinikmati & menyimpan bekalan untuk hari kemudian. Jangan peduli kata orang sebab orang bercakap takkan pernah berhenti. Puaskan hati sendiri, bukan untuk orang lain.
Hidup untuk memberi, tapi simpan sikit untuk diri sendiri. Bukan kerna pentingkan diri tapi kerana kita manusia, ada kelemahan, kita tahu penat. Berehatlah jika nafas dah makin laju, jangan paksa diri. Minta bantuan jika perlu, walaupun adakala bantuan yang diminta, tiada yg peduli. Andai sukar didik suami, didiklah anak utk membantu.
Moga mak² diluar sana sihat selalu, sentiasa dilindungi Allah swt dan diberi pahala berlipat ganda di atas pangkat sebagai MAK.
Selepas hampir lima bulan melahirkan bayi sulung, pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah berkongsi wajah anak sulungnya Wan Khair Amir kepada tatapan umum
Suami bekas pengacara Nona ini, Wan Emir Astar memuat naik potret mereka sekeluarga di Instagram miliknya yang mendedahkan wajah anak tersayang kepada tatapan peminat.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Papa & Mama dan semua mendoakan moga @wankhairamir menjadi anak yang soleh, dan insan yang berbakti kepada agama, bangsa, dan Tanah Air. Papa & Mama sayang anak Papa Mama Wan Khair Amir, hingga ke akhir waktu.
— Papa & Mama
“Mira Junior Sangat”
Foto mereka sekeluarga mengenakan pakaian tradisional warna hijau muda dipercayai diambil dalam majlis akikah si comel yang manja dipanggil Amir berdasarkan perkongsian gambar-gambar pelamin dan sekitar majlis tersebut yang dimuat naik oleh beberapa tetamu jemputan.
Gambar-gambar tersebut diulang siar semula oleh Mira di Instagram Story.
Telatah Amir yang melemparkan senyuman manis dalam dukungan papanya menarik perhatian ramai peminat yang memuji kecomelan dan raut wajahnya yang saling tak tumpah seperti wajah mamanya.
Dengan busana baju melayu lengkap bersampin dan bersongkok, Amir kelihatan tidak meragam sepanjang majlis seolah memahami acara yang diadakan meraikan dirinya.
Perkongsian foto tersebut membuatkan ramai rakan-rakan artis dan peminat Mira mendoakan Amir menjadi anak soleh.
Mira dan Wan Emir mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020 dan dikurniakan anak pada 10 Mei 2022.
Sumber: IG Wan Emir Astar & Mira Filzah
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Anak-anak ni waktu kecil lah mudah nak diajar dan dibentuk. Segala apa yang masuk dalam minda mereka mudah untuk mereka ingati dan perlu selalu amalkan supaya apa yang dipelajari tidak mudah untuk lupa.
Baru-baru ini, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, berkongsi anak sulungnya, Siti Aafiyah yang sekali lagi mencuri tumpuan warganet apabila membaca potongan Surah ‘Abasa dengan lancar.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan puteri sulungnya itu menghafaz potongan ayat al-Quran tersebut dengan fasih.
“Semalam sambil kemas bilik office, sambil nyanyi lagu dan buka mikrofon, ingat nak karaoke dua atau tiga lagu. Tak sempat ibu nak nyanyi, Aafiyah dah take over.
“Ibu saja suruh dia baca Surah ‘Abasa ayat 1 hingga 8..masih ingat tak?
“Alhamdulillah ingat lagi..hujung-hujung tu biasalah dah tak fokus,” tulis Siti di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen tersebut, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum apabila mendengar hafazan Aafiyah dalam membaca potongan surah tersebut.
Malah pendakwah, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman turut meninggalkan komen dengan mengharapkan Aafiyah dapat menjadi seorang Qariah yang berjaya suatu hari nanti.
Sebelum ini, gelagat Aafiyah menyanyikan lagu tamil popular, Munbe Vaa nyanyian penyanyi dan komposer terkenal, AR Rahman turut mendapat perhatian.
Tiada yang membahagiakan bagi pasangan suami isteri apabila dikurniakan zuriat. Enam tahun berusaha untuk menambah ahli baru dalam keluarga, akhirnya Allah makbulkan doa pasangan ini.
Dalam satu perkongsian di Instagram, Shuib mengumumkan isterinya Siti Sarah Raissuddin kini hamil anak keempat mereka. Sarah dikatakan sudah melepasi trimester pertama kehamilan.
Menerusi Instagram TV penyanyi lagu Semakin itu, satu video yang dirakamkan pada 15 Februari lalu menunjukkan suaminya, Shuib Sepahtu memegang alat ujian kehamilan sekali gus mengesahkan yang dia hamil.
“Saya akan buat pemeriksaan doktor minggu depan untuk mengesahkan lebih tepat sudah berapa bulan kehamilan ini.
“Namun dalam kerendahan hati, saya memanjat kesyukuran kerana ini hadiah paling bermakna dikirimkan Allah untuk kami sekeluarga.
“Sebelum ini ada yang nampak perubahan saiz badan saya. Termasuk di kalangan wartawan sendiri. Tapi saya meminta mereka mengunci dulu mulut bab ini. Biar saya umumkan sendiri kepada semua,” kata Sarah yang ketika itu belum berani berkongsi berita kehamilannya.
Menurut Sarah selepas enam tahun melahirkan anak ketiga, Ariq Matin, dia tidak menyangka akan hamil lagi.
“Jujur, selepas enam tahun, saya tak menyangka akan merasai lagi pengalaman berbadan dua. Tapi saya dapat ulangi momen itu lagi.
“Sekarang pun orang kata kandungan sudah kuat, barulah saya berani bercerita lebih. Saya pun sebelum ini ada berdepan situasi kebimbangan, jadi memilih untuk tidak tertekan masa awal kehamilan.
“Doakan kandungan saya baik baik saja. Saya juga doakan buat semua ibu di luar sana yang mahu merasai saat kehamilan lagi, moga Allah murahkan rezeki kalian,” katanya.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...