Semakin dekat nak peperiksaan, semakin debaran buat anak dan juga ibu ayah. Biarpun anak tak pandai, tetapi ibu ayah bagilah harapan buat anak. Cara ini memberinya semangat buat dirinya.
Walaupun kadang, tanggungjawab berat sebagai ibu bapa mencari rezeki, namun apa salahnya selit sedikit ruang waktu untuk memberi semangat dan harapan buat anak-anak. Ingatlah, masa emas bersama anak-anak semasa kecil tidak akan berulang kembali. Moga kita muhasabah diri untuk menjadi terbaik kepada anak-anak .
Begitu juga dengan perkongsian guru ini dalam status laman facebooknya Mohd Fadli Salleh III. Beliau berharap setiap ibu bapa meluangkan sedikit masa untuk memberi semangat dan harapan buat anak-anak. Biarpun anak-anak kurang bijak, namun, harapan masih menggunung tinggi untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Kita bukan yang menentukan hari esok apa yang akan berlaku, hanya tuhan yang menentukan segalanya. Ikuti perkongsian guru ini .
Petang semalam sewaktu dalam kelas saja aku survey tanya murid tahun 6,
“Siapa mak ayah dia tak boleh datang solat hajat malam ini?”
Lebih 10 orang angkat tangan. Terkejut aku. Tak sangka ramai juga. Tu baru sekelas.
“Awak balik rumah, cakap kat mak dengan ayah kata cikgu suruh datang malam ini. Solat hajat beramai-ramai di sekolah malam ini adalah solat hajat terakhir untuk awak semua menjelang UPSR.
Jika mak ada adik, bawa adik sama. Tiada masalah. Jika ayah ada kerja, suruh tinggal sekejap kerja. Datanglah solat hajat. Semua ini bukan untuk cikgu, ini semua untuk awak juga.”
Murid menganggukkan kepala tanda faham. Dan malam tadi, Alhamdulillah bertambah bilangan dari survey awal aku petang semalam.
Namun masih ada beberapa murid hadir tanpa diiringi oleh sesiapa. Mak, ayah atau abang hantar kat pagar sahaja dan pulang.
Malam tadi masa ke kantin lepas solat hajat untuk jamuan makan, seorang murid perempuan dari jauh memanggil aku,
Ads
“Cikgu! Tunggu!”
Aku perlahankan langkah tunggu dia mengejarku dan kami berjalan beriringan. Sambil-sambil itu aku tanya,
“Awak datang dengan siapa?”
“Ayah hantar,” balasnya pendek.
“Mana ayah?”
“Ayah hantar kat pagar sahaja. Jam 9:00 nanti ayah akan datang ambil. Ayah kata ada kerja,” balas dia perlahan.
Mata hanya pandang lantai tempat kaki melangkah. Sekilas aku perasan, sedikit perasaan sedih dan sebak terbayang di wajah anak itu.
Orang lain, berjalan beriringan dengan ibu ayah ke kantin. Yang berpimpin pun ada. Sambil-sambil berborak dan bercerita dengan gembira.
Ads
Mungkin itu sebab dia panggil aku. Nak berjalan beriringan seolah berjalan dengan ayah sendiri. Dia nak perasaan itu hadir dalam hatinya walau sedikit. Walau tidak sama.
Dia dan segelintir yang lain, hanya cuba menghiburkan diri dengan guru dan kawan-kawan senasib. Bergelak ketawa, bergurau senda dan bermain sesama mereka.
Nampak luaran gembira, namun percayalah. Di dalam hati mereka terasa satu perasaan mengharap ibu dan ayahnya hadir sama.
Ibu bapa. Bila pihak sekolah anjurkan program tolonglah luang masa dan hadir.
Terutama jika anak kita di tahun peperiksaan. Program bertemu waris, program solat hajat, program diskusi bersama pihak sekolah dan guru, tolonglah hadir.
Itu anak kalian. Anak kandung kalian yang dari kecil kalian dukung, tatang, mandikan, suap makanan, belai, hiburkan dan segala macam.
Ads
Kenapa bila rasa anak sedikit besar, maka boleh lepaskan begitu sahaja?
Mereka masih anak yang sama kalian pernah suap nasi dahulu. Anak yang sama kalian pernah basuh berak kencing mereka.
Susuk tubuh mungkin sudah besar bagai orang dewasa. Namun mereka tetap anak kecil kesayangan kalian suatu ketika dahulu lagi.
Mereka sangat perlukan sokongan dan semangat dari kalian. Meski pun tidak berjalan beriringan, tidak berkepit dengan mak ayah sewaktu program sekolah, namun sesekali mereka akan mencari-cari.
Ya, anak-anak ini mencari-cari wajah ibu dan ayah mereka dicelahan ratusan wajah-wajah lain.
Sebaik terpandang wajah ibu atau ayah, satu perasaan lega dan selamat pasti hadir dalam lubuk hati. Satu perasaan yang sukar aku nak ungkap dengan kata-kata. Seolahnya hati berkata,
‘Oh, ayah dan ibu aku ada.’
Pasti hadir perasaan tenang, lega, selamat dan memberi semangat.
Kita pernah menjadi anak kecil suatu ketika dahulu. Aku yakin kalian faham perasaan itu.
Biar Anak Tak Pandai, Bagilah Harapan Buat Anak Untuk Peperiksaannya. Status Cikgu Ini Penuh Pengisian
Tak kiralah anak kita itu tidak pandai ke, langsung tiada harapan dalam peperiksaan ke, atau pandai berdikari dan urus diri sekali pun.
Itu anak kita. Hadir dan beri mereka satu perasaan yang istimewa buat mereka. Tolong ya!
Pandemik Covid-19 kian menular, rata-rata berkongsi kisah diri sendiri dan keluarga dijangkiti . Terbaru, penyanyi dan juga aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi dan adiknya Hazwani Helmi mengesahkan mereka juga merupakan bekas pesakit pandemik maut itu.
Hal ini dikongsikan Heliza di akaun Instagramnya dengan memaklumkan sebenarnya mereka telah dijangkiti wabak tersebut pada November 2020 dan dibenarkan pulang ke rumah pada 1 Januari 2021.
PERJALANAN YANG PANJANG . Lama sebenarnya simpan perkara ni, lama kami fikir, perlu share ke or tak perlu… perlu ke tak perlu…kisah dan perjalanan yang panjang, keluar rumah dari november 2020, december 2020 sampai 1/1/2021( sempena tahun baru ) barulah kami balik rumah 😅 jumpa keluarga . Panjang kan?
menerusi perkongsian di instagramnya, Helisa memuat naik video perjalanan mereka dari dijemput menaiki ambulans ke Hospital Sungai Buloh sehingga dibenarkan discaj kerana telah sembuh.
Aturan ALLAH itu begitu indah dan cantik . Ingat tak Kakja pernah cakap ada rahsia nak bagitau… tapi tulah.. nama pun rahsia.. takkan nak bagitah pula..
Menurutnya, wabak ini adalah satu penyakit yang tidak pernah mereka rasai sebelum ini. Sepanjang positif Covid-19 Heliza memaklumkan dirinya berasa seperti melayang dan mahu membangunkan diri juga tidak berdaya.
QadarAllah. Alhamdulillah ala kulli hal Ketentuan Allah itu yang terbaik.
Sebenarnya taktau nak mula dari mana. Dalam kepala ni banyak sangat nak share , jika ada manfaat alhamdulillah
Alhamdulillah, perjalanan panjang Allah bagi… keluar rumah tinggalkan keluarga november 2020, 1 januari 2021 alhamdulillah akhirnya dapat kembali ke pangkuan keluarga…
Biarpun berhadapan dengan virus kronik, namun Heliza dia dan adiknya tetap tabah dan putus semangat. Bahkan, adiknya, Hazwani masih tetap mengikuti kelas secara online.
Satu pengalaman tak pernah rasa sebelum ini. Sakit yang tak pernah rasa sebelum ini. Kakja dan Ika motivate each other. Dalam keadaan rasa sakit sangat @hazwanihelmi still kena attend kelas dan xm online .moga Allah merahmati beliau aamiin
Bukan itu sahaa, heliza turut berkongsi pengalaman dan pengorbanan barisan frontliners yang bertungkus-lumus setiap masa kerana ambulans yang membawa pesakit baru sentiasa ada tak kita waktu. . Kami melihat bagaimana setiap hari keluar masuk ambulans terlalu kerap, pesakit daftar terlalu ramai, frontliners pula macam tak pernah rehat..
Setiap waktu akan ada annoucement. 2 pagi, 3 pagi 5 pagi.. kita kena sentiasa bersedia nama kita di panggil.. . Di situlah lagi jelas nampak bagaimana PENGORBANAN FRONTLINERS TERLALU BESAR. Tulis ni pun sebak YA ALLAH… . Siang malam mereka berjaga. Sungguh. Kami x mampu balas jasa baik kalian… . Dan benar, Covid 19 is real. Almost semua simptom ALLAH bagi rasa.. alhamdulillah hari ni ALLAH masih pinjam nyawa. Alhamdulillah syukur pada ALLAH
. Perlu ke kakja dan Ika buat video di Youtube Channel The Helmis dan share apa kami lalui? . Masa kena Covid, nak bangun pun macam tak mampu sebenarnya 🙁 . Nak sujud pun rasa macam melayang dah..
Perkongsian tersebut mendapat reaksi dari warganet, rata-rata mendoakan Heliza dan adiknya segera sembuh. Selain berharap mereka dapat berkongsi pengalaman sepanjang dikuarantin sebagai panduan untuk mereka di luar sana yang masih degil dan melanggar SOP yang ditetapkan.
Indah aturan Allah
ardellaryana Alhamdulillah 🙏🏻… semua nya dah selamat , bermacam rasa Allah berikan kepada 2 insan hebat ini Allahu 😢 . Indah aturan Allah untuk kak ja dan wani ❤️ semoga syurga buat 2 wanita ini Aamiin ya rab
ummu_syaurahkakjaa.. tolong bg kesedaran pada geng2 konspirasi yg x percaya covid ni wujud.. saya x tahu la nk kata apa lg.. bila diri sendiri yg sdg mengandung juga menjadi kontak rapat 😭
noynorizahBuatla…pengalaman yg patut dishare spy lebih ramai yg ambil iktibar
zyrahasnanYa Allah.. tekaan benar .. alhamdulillah syukur The Helmis baik² saja. Moga terus dilindungi 😭
Buka mata orang perlekeh Covid
fidashaharudinDi penghulu segala hari ni,akak doakan Heliza dan Wani kurniakan syifa’ dan diangkat segala kesakitan dan utk semua pesakit covid di dunia ini yg telah dijangkiti.Kongsilah pengalaman kalian agar ia memberi manfaat,peringatan dan pedoman buat ❤️semua.
izzati_zulcar9Semoga Allah beri kekuatan & kesembuhan pada Ija, Ika & semua covid fighter. Semoga Allah berikan kesabaran & kemudahan pd frontliners. Amin. 😍🥰💞
syimamohamed Please share Heliza & Hazwani, semoga membuka mata org2 yg memperlekehkan covid ni. Semoga Allah lindungi dan rahmati kalian berdua.
Kenapa saya sering menulis tentang bahaya alat-alat serta barang permainan kecil kepada anak-anak kita? Apa bahayanya kepada mereka?
ℹ️ Sebagai doktor yang bertugas di bidang telinga, hidung dan tekak, memang banyak kes-kes seperti ini yang saya terpaksa hadapi. Kes bayi termasuk alat mainan di telinga bukanlah suatu yang jarang untuk ditemui. Banyak sebenarnya.
ℹ️ Bukan itu sahaja, bahkan alat permainan seperti ini juga boleh termasuk ke rongga seperti hidung. Perkara seperti inilah sebenarnya yang paling perlu ditakuti. Mengapa?
Apabila objek masuk ke rongga hidung, ia amat berisiko untuk tersedut dan seterusnya masuk saluran pernafasan. Apa yang lebih merisaukan ialah ia juga boleh sampai ke paru-paru. Nyawa pesakit boleh terancam!
ℹ️ Adakah setakat itu sahaja? Tidak tuan-tuan dan puan-puan. Objek seperti duit syiling dan bateri juga perlu diberi perhatian. Bukanlah suatu perkara yang jarang ditemui di kalangan anak-anak yang dirujuk ke hospital kerana tertelan duit syiling. Dan Ia bukanlah suatu tugasan yang mudah untuk ditangani dan dirawat.
Pesakit perlu ‘ditidur dan dibius’ bagi melalui prosedur di bilik bedah, semata-mata untuk mengeluarkan objek yang tertelan!
ℹ️ Oleh itu, sebagai ibu bapa yang prihatin, ibu bapa yang sayangi anak-anak kita, pesan dan beritahulah mereka berulang kali. “Kalau jumpa duit syiling, kalau jumpa barang-barang kecil, beri kepada ayah dan ibu.” Pesan selalu kepada mereka, InshaaAllah mereka akan terbiasa. Nampak macam perkara remeh bukan, tetapi ini amat penting untuk ‘dibudayakan’ dalam institusi keluarga di rumah kita.
Langkah bijak dan perlu untuk ibu bapa :
✅ Sentiasa letakkan duit syling di suatu bekas khas yang tidak dapat dicapai oleh anak. Atas meja atau dalam almari contohnya.
✅ Berhati-hati dalam membeli alatan permainan untuk anak-anak. Elakkan terlalu kecil yang berisiko untuk masuk ke rongga hidung, telinga dan hidung.
✅ Perhatikan pergerakan anak terutama ketika bermain-main di dalam rumah bersama alatan permainan. Anak kecil memang cenderung untuk masukkan apa-apa objek ke dalam mulut.
✅ Elak letak bateri-bateri kecil merata-rata, terutama bersaiz kecil seperti bateri jam. Sangat bahaya jika ia masuk ke rongga hidung atau tertelan!
✅ Hati-hati bagi ibu yang memakai tudung ‘berbatu-batu’ yang cantik itu. Kadang kala ia tertcabut tanpa disedari dan diambil oleh anak kecil.
Semoga pesanan kali ini mampu memberi kesedaran buat kita semua. Sama-sama kita berpesan… marilah kita saling beringat. Anda dijemput untuk kongsi tulisan ini jika anda rasa ia amat berharga. Selamat beramal!
Sumber: Fb Dr. Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak (ENT)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Di dalam sesebuah rumah tangga kena ada sikap memberi dan menerima dari kedua belah pihak baik suami mahupun isteri tidak boleh hanya sekadar menerima namun tidak mahu memberi. Itu menyebabkan rumah tangga menjadi pincang sekali gus mengundang konflik.
Usah terlalu membiarkan isteri melakukan semuanya sendirian, mungkin ada antara wanita yang suka berdikari namun kena ambil tahu juga. Elakkan ego yang tinggi melangit, andai berlaku perbalahan usah dibiarkan berpanjangan.
Isteri merajuk minta dipujuk namun suami hanya endah tak endah sahaja patut membaca perkongsian dari wanita bernama Marliya Ramli. Hadam apa yang ingin disampaikan.
SUAMI YANG PAPA KEDANA.
1 – Memanglah… Kita rasa remehnya bila isteri merajuk. Rimasnya dah lama kawen masih mengada-ngada.
2 – Malas eh nak pujuk-pujuk cam zaman bercinta dulu. Tak de masa. Lagipun isteri kita sekarang garangnya bukan kepalang. #apeni
3 – Isteri marah namun sebenarnya isteri cuba bagitau. Kenapa kita tak seperti dulu? Mana hilang kelembutan kata-kata dan pujukan? Namun kita ego… Kita cuba menjustifikasikan kebodohan kita.
4 – Dah lama kawen. Anak pun dah berderet empat lima. Tak payah la nak pujuk-pujuk. Lantak pi lah isteri pujuk diri sendiri.
5 – Kita rasa ini isu kecik bukan? Alah.. Dah jadi isteri bukannya perlu dihargai hatinya lagi. Tanpa kita sedar perlahan-lahan cinta isteri bertukar menjadi benci.
6 – Isteri tarik muka kita buat tak cakna. Hingga bermula dari bebelan biasa suara isteri mula meninggi. Amukan isteri mula berbisa di hati kita.
6 – Biadapnya isteri bukan? Tanpa kita sedar puncanya apa? Apa salah kita? Tak nak sejenak kita gunakan akal sembilan untuk membuat penilaian?
7 – Kita bukan suami yang kaya raya. Bukan tahap raja yang mampu petik bintang atau permata untuk dihadiah pada si dia. Nak hadiahkan dinar emas atau goldbar berketulenan 999 sebulan sekalipun kita tak mampu. Tak apa…
8 – Isteri tak mahu pun. Jika isteri mahukan kekayaan, sejak awal dia tidak mengahwini kita. Isteri cuma harapkan perhatian. Tak kaya tak apa tapi jangan papa kedana dengan kasih sayang.
9 – Jangan kedekut dengan pujukan. Ini bukan pertandingan yang perlu kita menegakkan bahas itu ini. Ini perkahwinan yang memerlukan pengertian. Jika kita tidak mampu berikan harta, berilah cinta.
10 – Awas suami! Jangan biasakan isteri terlalu berdikari. Jangan biasakan isteri hatinya tidak dibelai dengan kasih sayang. Jangan! Jangan membuat kesilapan ini jika tidak mahu rumahtangga kecundang.
11 – Kerna suatu hari nanti, pada saat hatinya telah hilang cinta, yang bersisa hanyalah benci. Waktu itu ruangan untuk suami semakin sempit. Waktu itu terimalah hakikat bahawa perpisahan adalah ehsan yang terbaik berbanding terus mendera emosi isteri.
12 – Ya… Isteri kita nampak lembut, lemah dan tidak kuat hatinya. Tapi percayalah bila berkali-kali diuji, bimbang nanti tiada ruang untuk diperbaiki lagi. Akan tiba masa dia lebih bahagia tanpa kehadiran kita.
13 – Tak ada rupa dan tidak berharta tak apa. Tapi jangan miskin dengan ucapan baik dan pujukan yang menyejukkan hati. Jangan asalkan buka mulut pemilihan perkataan kita mencalarkan jiwa.
14 – Hanya kata-kata yang baik, kelembutan dan pujukan. Percuma bukan? Jika itupun tidak mampu diberi, layaklah kita dianggap SUAMI YANG PAPA KEDANA. Menyedihkan, malang dan hinanya kita.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...