“Biar Anak Tak Pandai, Asal Jadi Baik.” Dilema PdPR & Kerja Buat Ibu Tunggal Ni Tertekan, Anak Jadi Mangsa Tanggung Lebam!

Share

Bekerja dan dalam masa yang sama memberi perhatian kepada anak-anak di rumah bukan satu kerja yang mudah. Kalau sebelum ini bab mengajar dan mendidik anak-anak tak perlu difikirkan sangat kerana ada guru di sekolah yang boleh membantu.

Namun dalam situasi pandemik Covid-19 ini dan fasa pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang diputuskan oleh pihak berkuasa mahu tak mahu ibu bapa yang terpaksa hadap.

Bagi mereka yang berstatus ibu tunggal, bebanan ini cukup kuat terpaksa dilalui. Dalam satu perkongsian oleh guru dan aktivitis terkenal,Mohd Fadli Salleh, memuat naik satu kisah seorang ibu tunggal meluahkan perasaannya kerana terpaksa struggle sendirian membesarkan anak-anak dan dalam masa yang sama bekerja bagi meneruskan kehidupan.

Tekanan yang dilalui menyebabkan dia tidak mampu menahan sabar dan akhirnya dilampiaskan kepada anak.

Panjang luahan hati seorang ibu tunggal malam tadi. Cukup aku ambil rangkap ini sahaja.


Betapa dia struggle nak teruskan kehidupan. Dibuang kerja, cari lain, diberhentikan lagi, cari lagi. Keluar kerja 7 pagi pulang 1 pagi. Hutang banyak perlu dibayar, duit semput, bil, sewa dan komitmen perlu diselesaikan.
Bekas suami pula tak bertanggungjawab sangat.

“Biar anak tidak pandai, asal jadi anak yang baik”.
Dan bebanan kelas PdPR sangat menekan perasaannya. Dia cuba sehabis baik ajar anak di rumah. Dengan badan penat, dengan bebanan hutang, bebanan masalah, tekanan keperluan anak belajar PdPR, dia mengajar dalam stress dan marah.

End up, anak itu dipukul hingga lebam. Sebelum akhirnya dia sedar, dia lakukan kesilapan.
Sejak itu dia tanam,
“Biar anak tidak pandai, asal jadi anak yang baik”.
Betapa dia meluahkan anak ini anak yang sangat baik, suka membantu ibu, diam dan pendam sahaja rasa rindu pada ayah kerana nak jaga hati ibu.

Gambar sekadar hiasan

Mencederakan diri sendiri dan anak mereka
Dan anak yang baik ini dipukul kerana dia tertekan dengan PdPR yang anak tidak mampu ikuti. Allah, aku baca kisah dia dengan penuh perasaan sebak dan hiba.
Sebenarnya, pm seperti ini berpuluh-puluh masuk sejak PKP dilaksanakan. Sangat ramai ibubapa melepaskan tekanan dan stress mereka pada anak-anak.


Bahkan ada sampai mencederakan diri sendiri dan anak mereka. Allahu…

Jika penat jangan terus paksa diri. Tak mampu berhenti seketika. Abaikan tanggapan orang kerana yang nak tanggung beban bukan mereka tapi diri kita dan anak-anak.

Kawan-kawan…
Jika kalian sibuk, penat, tidak cukup masa, tertekan dan stress, tak perlu tambah tekanan pada diri untuk perfect dalam mengajar anak-anak di rumah.
Jika ada satu dua kelas yang terlampau padat dan anak tak mampu nak belajar tanpa bantuan kalian, abaikan saja kelas itu.
Biar la ada guru (segelintir kecil) yang menyindir dan sebut nama anak kita dalam group wasap pun, abaikan. Buat-buat tak nampak.

Gambar sekadar hiasan

Tambah Cikgu Fadhli lagi, dalam situasi sekarang tidak dinafikan semua sedang menghadapi tekanan hebat, begitu pun  nasihatnya jangan menjadikan anak-anak mangsa dan tempat melepaskan rasa. Kerana kesannya akan ditanggung anak sampai bila-bila.

Emosi anak-anak yang terdera, yang terluka kesannya sampai bila-bila.
Biar lah anak kita sedikit tertinggal pun dalam pelajaran asbab ketidakmampuan kita mengajar dan atas pelbagai kekangan kita sebagai ibubapa, tak usah stress.
Jangan sampai ‘mendera’ dan memukul anak-anak. Jangan lepaskan semua tekanan, stress dan kepenatan itu dengan marah dan pukul anak-anak kita.

Emosi anak-anak sebenarnya telah tercedera tanpa kita sedar akibat PKP ini. Mereka terkurung sedangkan fitrah anak-anak itu bebas berlari dan bermain diluar sana.
Pelajaran boleh dikejar semula selepas ini.

Gambar sekadar hiasan

Anak-anak adalah anugerah yang tak ternilai buat ibu bapa. Justeru dalam apa jua keadaan, ibu bapa harus mengutamakan anak-anak daripada segalanya.

Namun emosi anak-anak yang terdera, yang terluka kesannya sampai bila-bila.
Tolong pentingkan emosi dan kesihatan mental anak-anak kita melebihi apa jua dalam dunia ini.
Kerana anak-anak ini tidak ternilai harganya. Tidak mampu ditukar ganti dengan apa sekali pun.
Begitulah.
#MFS


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club