Apabila menaiki kenderaan bersama anak kecil, sememangnya kita akan ‘berperang’ dengan anak kecil kita setelah meletakkan mereka di carseat.
Anak kecil pun sememangnya cukup rimas untuk duduk didalam carseat lagi-lagi apabila dalam kereta. Demi keselamatan anak, ibu bapa perlu tahan sebentat dengan tangisan anak , dari ibu bapa sendiri yang akan menangis dikemudian hari
Wanita ini kongsikan pengalamannya terselamat dari kemalangan jalan raya. niNasib baik anak-anaknya duduk dalam car seat.
“Saya ingin berkongsi pengalaman saya kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak. Walaupun kami berhati-hati, jika nak kemalangan, tetap tidak dapat dielakkan. Tetapi kita boleh meminimakan risiko. Pada 2 Julai yang lalu, kami sekeluarga mengalami kemalangan jalan raya.
Ads
Sebuah trak pickup melanggar belakang sebuah kereta sedan putih dan sedan putih itu, melanggar kami dengan kuat (Kereta kami berwarna hitam).
Bersama kami ada seorang anak perempuan berusia 3 tahun dan anak lelaki berusia 8 bulan.
Nasib baik anak-anak saya ada di dalam di carseat. Walaupun badan anak lebih kecil, dia tetap tidak terlepas dari car sear. Saya berharap setiap ibu bapa ambil perhatian serius tentang pentingnya car seat.
Kami sangat bertuah kerana anak kami selamat
Ads
Kami mungkin tidak akan bernasib baik jika tidak membenarkan anak-anak kita duduk di child seat. Sekarang ini, kerusi kereta tidak begitu mahal sehingga kita tidak boleh membelinya. Siap ada subsidi dari kerajaan.
Jika sesuatu berlaku kepada kanak-kanak, tidak kira berapa banyak wang yang anda ada, anda tidak boleh membelinya kembali.”
Sumber : My Lovely Baby
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perasan tak dalam hidup ni, kadang-kadang kita selalu nak bandingkan kehidupan kita dengan orang lain?
“Eh, kereta dia besarlah. Kenapa aku pakai kereta kecik aje? Padahal mula kerja dulu sama-sama.”
“Dulu masa aku mula-mula masuk kerja, semua kerja aku buat. Maklumlah budak baru, itu kena buat, ini kena buat. Tapi aku tengok budak-budak baru ni semua tak nak buat. Pemalas!”
“Aku ni kerja siang malam, kerja part time lagi. Tapi masih hidup tak senang macam dia. Kenapa ya? Tuhan dah tak sayang aku ke?”
Tuan-tuan, puan- puan dan anda semua..
Hidup kita ni, kalau asyik nak membanding-bandingkan dengan kehidupan orang lain, memang tak akan pernah habis.
Setiap orang memang dah ada bahagian masing-masing di dalam hidup ni.
Mereka mungkin kaya dari segi harta. Ada rumah besar, kereta besar, serba-serbi semua mewah. Tetapi anda mungkin kaya dengan kasih sayang daripada anak-anak dan keluarga.
Orang yang kita nampak sentiasa cemerlang di dalam hidupnya, mungkin sahaja setiap malam mendambakan tangisan seorang anak.
Ada kala, dalam hidup ni kita perlu melihat ke belakang. Tengok balik diri kita yang dulu. Bukan apa, supaya kita sedar betapa jauhnya kita sudah berjalan.
Asyik meratapi hujan yang turun sedari pagi, sehingga lupa akan ada pelangi sedang menanti.
Percayalah. Hidup kita akan lebih bererti jika kita sentiasa melihat diri sendiri.
Berhenti membandingkan kehidupan orang, jadilah diri kita sendiri.
Kita akan bahagia.
Kredit: Dr Ezairy M.Sallih
Suka melihat mereka bahagia
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lain orang , lain kepakarannya! Ada yang jaguh ketika di dapur, ada yang jenis kaki pembersih memang bab menguruskan rumah serah pada dia, dan sebagainya. Lebih-lebih lagi bagi yang ada adik beradik ramai, sememangnya akan berbahagi tugas untuk menolong ibu di rumah.
Sama seperti pelakon dan pengacara, Yasmin Hani yang mengakui dirinya tidak gemar memasak dan lebih menitikberatkan kebersihan di persekitaran rumahnya.
Menurut Yasmin, dia hanya akan memasak hanya apabila perlu sahaja.
“Saya boleh memasak cuma tidak sampai level seperti ibu. Saya seorang yang suka outdoor dan mengemas. Tahap keyakinan saya dalam bab mengemas ni sampai rasa boleh buka business mencuci..
“Kalau memasak, saya rasa basic saja boleh sebab pada akhirnya saya tanya diri sendiri, saya nak rumah bersih ke nak dapur berasap tapi rumah kotor berlemuih?
“Saya sanggup berlapar asalkan rumah saya bersih. Nombor satu pada saya ialah kebersihan. Saya suka masak bila saya nak saja,” katanya.
Mengulas lebih lanjut, Yasmin sering berdoa agar suatu hari nanti hatinya terbuka untuk minat memasak serta menjelaskan keadaan ketika dia membesar menjadi punca lebih gemar mengemas.
“Dulu bila saya masuk dapur, saya kena marah dan halau. Dah ada tiga orang (kakak Yasmin) di dapur, jadi yang bongsu ni tak pandai masak buat apa? Saya keluar kemas satu rumah.
“Saya rasa lebih suka mengemas sebab keadaan saya membesar macam tu. Saya suka diberi peluang untuk sertai program masakan Dapur Tempur ni sebab saya dapat banyak belajar.
“Saya fikir balik dan berdoa ‘Ya Allah, tolonglah buka hati saya untuk suka memasak, suka tau bukan pandai memasak’.
“Sebelum ni saya doa untuk luangkan masa dengan anak-anak, Allah makbulkan dengan maid saya lari. Jadi sekarang ni saya minta doa untuk minat memasak, zapp saya dapat peluang jadi host untuk program masakan.
Dapur Tempur bakal bersiaran sebanyak 8 episod akan menemui penonton bermula 3 November 2022, setiap hari Khamis, jam 8.30 malam di TV9 dan juga melalui strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.
Sumber : Xtra
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ketika anak berjuang untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan, mak ayah juga perlu turut sama berjuang dibelakangnya bagi mendoakan yang terbaik buat anak.
Apa mak ayah boleh lakukan? Salah satunya adalah bersedekah sepanjang hari peperiksaan anak. Tip ini dikongsikan oleh Guru Cemerlang, Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Petai, Melaka, Ustazah Aminah Mat Yusoff di akaun Facebooknya baru-baru ini.
“Terdapat lima amalan terbaik yang boleh dilakukan ibu bapa sepanjang anak-anak menduduki peperiksaan.
“Saya kumpulkan di sini segala amalan terbaik, hasil perkongsian sahabat-sahabat yang mempunyai anak cemerlang,” ujarnya.
1) Doa yang paling baik, rugi jika tidak amalkan
اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا
“Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla, wa ‘anta taj-alul hazna idha shi’ta sahla”
Maksud: “Ya ALLAH, tiada kemudahan melainkan apa yang engkau jadikan mudah dan engkau dapat menjadikan tanah (yang sulit dan keras), (yakni kesusahan) itu mudah jika engkau mahukan” – Hadith diriwayatkan Ibnu Sinni & Ibnu Hibban
Semasa bacakan doa ini, niatkan dalam hati supaya anak-anak dipermudahkan menjawab soalan, dipermudahkan memahami kehendak soalan dan dikurniakan kekuatan oleh ALLAH untuk memberikan jawapan yang terbaik.
2) Sedekah mengikut jumlah hari peperiksaan
Pada hari-hari peperiksaan, ibu ayah dermalah dalam tabung masjid. Jika jumlah hari peperiksaannya tujuh hari maka infaq yang dilakukan juga tujuh kali.
Jumlah tidak semestinya banyak sebaliknya sedekahlah mengikut kemampuan. Ingat, jangan sampai rasa terbeban dan hilangnya keikhlasan.
Jangan lupa niatkan sedekah ini atas nama anak dengan tujuan merungkaikan segala kekusutan dan kepayahan yang dihadapi. Paling penting, mohon ALLAH kurniakan kesihatan yang terbaik buat mereka.
3) Baca al-Quran
Saya pernah kongsikan satu kisah di mana seorang ayah yang mengambil cuti sepanjang anaknya menghadapi peperiksaan. Bermula anaknya menjawab soalan sehingga selesai kertas pertama kedua dan seterusnya dia setia berada di kawasan sekolah.
Dalam kereta dia mengalunkan ayat suci al-Quran tanpa henti dan antara surah yang dibaca ialah surah Yasin.
Akhirnya usaha itu memberi kejayaan yang sangat cemerlang kepada anaknya iaitu dari 1A semasa percubaan melonjak kepada straight A dalam peperiksaan sebenar. Kuasa ALLAH, tidak ada yang mustahil untuk dicapai.
Saya selalu pesan pada murid, jangan takut untuk meminta yang hebat-hebat dari ALLAH, kerana ALLAH itu Maha Berkuasa untuk tunaikan permintaan kita. Sungguh tidak ada yang mustahil bagi Ya Rabb.
4) Belanja makan dan tunaikan hajat anak yatim
Belanja makan fakir miskin, anak yatim, kawan dan jiran. Boleh juga belikan air minuman dan kismis kemudian sedekahkan kepada rakan sekelas anak-anak kita.
Kemudian, tunaikan hajat dan permintaan anak yatim. Gembirakan hati mereka dan layani dengan perkara yang anak-anak ini suka. Setiap kebaikan yang ibu ayah lakukan demi anak mesti kesannya sangat hebat.
5) Puasa dan solat hajat
Doa orang yang berpuasa sangat mustajab. Lebih-lebih lagi jika ia dari seorang ibu dan bapa. Amalan ini sangat popular, selalu sangat dilakukan dan kesannya memang sangat hebat.
Ada anak yang mengakui mudahnya mereka menjawab soalan malah urusan lain juga ALLAH permudahkan. Sebenarnya segala usaha dan amalan di atas adalah bukti bahawa ibu bapa sedang meredai segala usaha yang dilakukan oleh seorang anak.
Daripada reda ibu bapa, anak-anak akan mendapat reda ALLAH dan ini adalah resipi sebenar kejayaan seorang anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.