“Biar Anak Kotorkan Tangan, Basah Kena Air.” Ayah Ni Ajak Anak Buat Aktivti Semai Pokok, Cara Cipta Memori Bersama!

Share

Seronok apabila dapat meluangkan masa melakukan aktiviti bersama anak-anak. Walaupun aktiviti biasa-biasa sahaja, namun yang penting dapat mengeratkan hubungan dengan anak-anak, mencurahkan kasih sayang dan perhatian sewajarnya. Lebih-lebih lagi ketika mereka masih kecil.

Sebagaimana yang dikongsikan oleh Dr Syahr Musafir yang menggunakan kaedah menanam untuk meluangkan masa dengan anak-anak sekali gus mencipta memori indah bersama untuk kenangan apabila anak-anak dewasa kelak.

Saya tahu je ramai orang baca postings saya tetapi tak Like, tak komen. Betul tak?

Kepada yang suka perkongsian saya, saya ucapkan terima kasih dan saya hargai kesudian berkawan dengan saya di alam maya ni.

Kepada yang tak suka jika ada, saya nak pesan janganlah tak suka sampai membenci saya tak buat salah apa pun kat awak 🙂

Ni saya tulis begini sebab saya tahu ada orang follow saya untuk tenangkan jiwa tengok saya share pasal kehidupan biasa-biasa saya sekeluarga ni.

Nak semai petang ini, semuanya bahan dapur saya kumpul dalam besen ni.
Rajin Angah tolong susunkan. Ini semua saya semai petang tadi. Saya rasa ‘satu pasar’ ada ditanam di rumah saya ni. Pokok yang sudah ada ditanam pun saya masih tanam yang baru juga. Entah apa yang tak ada, saya pun tak pasti 😅😅😅

Memang biasa-biasa saja, petang ini saya libatkan anak-anak semai benih tumbuhan. Sayur kangkung yang dibeli dari pasar pun saya simpan akarnya untuk semai ke tanah siap ajak anak-anak buat sekali. Saya biar je anak-anak kotorkan tangan, basah kena siram air, bla bla bla. Ada masa sengaja saya kotorkan atau basahkan anak-anak, orang putih kata nak create memories 💕💕💕

Saya nak ambil cocopeat, sejenis bahan sabut kelapa yang digunakan untuk jadi tanah semaian biji benih. Anak-anak nak bantu, saya alu-alukan saja. Terutamanya Aboy HE (4 tahun 7 bulan) dan Adik AL (2 tahun 8 bulan) paling excited nak tolong.
Ada pembantu-pembantu. Aboy dan Adik tolong kacaukan tanah, manakala Angah IY (7 tahun 9 bulan, Darjah 2) tengah susun biji benih untuk ditanam. Along ST (10 tahun, Darjah 4) sedang bersama Mama ketika ini beri susu kepada bayi-bayi arnab.

Saya pun selamba saja berkebun pakai kain pelikat pun ambil gambar letak di Facebook. Tak malu betul 😅😅😅

Siap semai semua biji benih, ini saya ambil gambar yang avocado Sabah saja. Teruja kerana perlu kesabaran tinggi, sebab 4 hingga 5 tahun nanti baru ada hasil buahnya jika biji benih ini berjaya menjadi pokok dan hidup dengan baik. Mohon doakan, boleh?
Daripada arnab dewasa, saya belajar cara nak jaga bayi arnab yang baru lahir. Saya ajak Along dan Angah belajar sekali. Hasilnya sekarang Along dan Angah lebih pandai uruskan bayi arnab berbanding saya, sampai besar dah anak-anak arnab nak sama besar dengan ibunya dah dijaga Along dan Angah. Aboy dan Adik paling teruja bab nak beri makan kepada arnab-arnab dewasa. Alhamdulillah.
Dapat 5 ekor bayi arnab yang baru. Along dan Angahlah jaga setiap hari. Mendidik Along dan Angah tentang disiplin (beri makan ikut masa), tanggungjawab, kasih sayang terhadap makhluk dan juga keseronokan. Pengalaman dan didikan sebegini tak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Bukan apa, di Facebook saya ni saya memang share pasal benda-benda santai sosial sebegini. Maaflah kalau bab kerjaya saya hampir tak share langsung atau mungkin share 1 kali je dalam 200 postings kot.

Dulu saya aktif juga menulis teori keibubapaan dan kekeluargaaan tetapi saya rasa menulis santai seperti sekarang masih tetap bertema keibubapaan dan kekeluargaan, maksud tersirat tetap dapat beri manfaat….

Betul kan? Jawab la saya tanya ni 😁😁😁

FB Syahr Musafir Jumaat 30/07/2021


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web  https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster