Alangkah bertuah menantu dan mentua yang hubungannya sentiasa wangi dan mesra. Dan betapa pedihnya bagi mereka yang hubungannya sentiasa panas dan meruncing.
Apabila menantu dan mentua tidak sebulu, orang lain dalam keluarga akan turut sama merasakan tempiasnya,
Gambar sekadar hiasan
Kita semua nanti akan dapat rezeki jadi mak mertua. Moga Allah mudahkan. Bila dah jadi mak mertua nanti, bacalah post ni balik.
1. Kalau anak perempuan, minta ajelah menantu bg mas kahwin semampunya. Tak payah mintak hantaran bagai. Kahwinkan anak dengan simple sekali. Kalau menantu tu anak Sultan Brunei, tak apa. Buatlah kenduri 40 hari 40 malam. Tak ada siapa kisah. Jgn lupa jemput saya.
2. Jangan bagi anak dan menantu tinggal kat rumah lebih dari 2 bulan. Bulan ketiga kahwin, suruh aje dia orang keluar rumah dan cari tempat lain.
3. Tak payahlah masuk campur hal anak menantu. Sukahati dia oranglah nak susun perabot macamana, nak potong sayur style apa, nak masak nasi pakai dapur apa! Lantaklah dia orang
4. Menantu kalau perempuan, biarlah dia nak buat apa kat rumah dia. Nak mandikan anak ke atau mandikan anak 2 hari sekali ke. Biarlah. Kalau cucu tu masam sangat, mandikan sendiri.
5. Biar anak kita hidup dengan orang yang dia sayang cara dia. Kalau anak lelaki kita nak tolong isteri dia masak dan mengemas, biarkan. Dia kan dah besar, taulah dia nak hidup
6. Tak payah gosip ngan anak2 lain pasal menantu. Ingat! Anak kita pun menantu orang gak
Ads
7. Kalau anak ngan menantu bergaduh, bgtau anak, tak payah mengadu. Selesaikan sendiri.
8. Kalau menantu tu jenis orang susah tak berduit, jangan dibezakan dia. Mana tahu masa depan nanti dialah yang basuhkan berak kencing kita dalam seluar sebab dia yang paling free sekali. Menantu yang kaya tu busy kerja. Jangan menyesal pulak.
9. Jadilah mertua yang waras dan beriman.
10. Jangan buat tak tentu ngan anak orang. Allah tu tak lupa.
gambar sekadar hiasan10 cara jadi menantu favourite!
Ads
Selalu senyum
Apabila berdepan dengan ibu mertua, jangan sesekali menarik muka masam sebaliknya berusaha untuk senyum seikhlas mungkin. Ini kerana bimbang ibu mertua terasa hati walhal punca anda monyok tidak ada kaitan dengannya. Jadi perlu senyum sentiasa walaupun dalam hati anda tidak begitu gembira.
Elak masuk campur
Anda sangat tidak digalakkan untuk masuk campur dalam perihal anak menantunya yang lain selagi apa yang berlaku itu tidak bertentangan dengan syariat. Elakkan bergosip dan menjadi batu api kerana tersilap langkah, ia akan memakan diri anda sebagai menantu. Jadi, berbaik-baiklah dengan mertua dan ipar-duai yang lain.
Murah hati
Untuk mengambil hati mertua, anda tidak boleh kedekut sebaliknya perlu bermurah hati misalnya belikan ibu mertua hadiah, pakaian atau paling kurang barang keperluan rumah. Anda juga boleh beri wang kepadanya untuk dia berbelanja.
Ringan tulang
Ingat, di rumah mertua anda perlu ringan tulang! Bangun awal pagi, solat Subuh dan segera bantu ibu mertua di dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Anda juga perlu tunjuk skil memasak dan soal sedap atau tidak itu bukan keutamaan. Yang penting anda rajin ke dapur.
Selalu minta pandangan
Sebagai ibu, hati mana yang tidak gembira jika anak menantu selalu menghubungi atau menziarahinya. Selain bertanya khabar, sebagai menantu anda juga boleh bertanya pendapatnya tentang sesuatu perkara misalnya yang melibatkan anak-anak anda yakni cucu-cucunya. Sesekali anda juga boleh bertanya resipi kegemaran suami anda yang juga anak kesayangannya. Pasti ibu mertua anda gembira.
Ads
Usah cemburu dengan ibu mertua sendiri
Asyik anda sahaja layan suami! Sesekali berilah peluang untuk ibu mertua melayan anaknya misalnya ketika anda balik kampung. Bukan setiap hari ibu mertua anda berpeluang layan anak lelakinya seperti zaman bujang mereka dulu. Jadi biarkan jika ibu mertua manjakan suami anda. Cemburu biarlah bertempat!
Jaga air muka suami
Isteri yang baik dan bijak adalah isteri yang pandai menjaga aib suaminya. Jadi, elakkan memarahi suami di depan ibunya walaupun apa yang dilakukan suami ketika itu benar-benar menyakitkan hati anda. Kawal emosi anda depan ibu mertua! Usah sesekali memperkecilkan suami di depan ibu mertua anda dan adik-beradiknya yang lain. Ini boleh memberi gambaran positif pada ibu mertua anda bahawa anda seorang yang sangat menghormati suami.
gambar sekadar hiasan
Jaga percakapan
Usah biarkan kerana mulut badan binasa! Jika anda seorang yang dikategorikan sebagai ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar kurang bercakap. Dan pastikan anda sentiasa alert apa yang bakal diperkatakan anda, bimbang ia mengecilkan hati ibu mertua. Fikir sebelum bercakap!
Dahulukan dia
Sebagai menantu yang baik, anda perlu dahulukan ibu mertua anda dalam apa jua keadaan. Sebagai contoh mudah, apabila ibu mertua naik kenderaan bersama anda, pelawa dia untuk duduk di hadapan iaitu di sebelah anaknya. Beri dia peluang bersembang dengan suami anda dan sesekali anda duduk di belakang bersama anak-anak tidak mengapa.
Puji suami anda
Hati seorang ibu pasti gembira jika ada orang lain yang selalu memuji anaknya. Jadi, anda perlu selalu memuji kebaikan suami anda di depan ibu mertua. Sesekali ucaplah begini, “Syukur sangat Allah beri suami sebagai jodoh saya. Pandai sungguh mama didik dan ajar dia. Saya rasa sangat beruntung dapat suami macam dia”
Sumber: Majalah Keluarga Januari 2016 & Normaliza Mahadi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Buat penggemar hidangan berasa pedas, tentu tidak lengkap menu yang terhidang jika tidak ‘menyengat’ rasanya.
Kalau boleh setiap hari ingin dimasak sambal. Tapi bab menyediakan bahan-bahan tumisan sambal memang diakui sedikit leceh dan memerlukan masa yang lama untuk ditumis hingga pecah minyak.
Oleh itu, untuk lebih mudah apa kata ikut cara penyediaan pelbagai jenis sambal untuk dijadikan stok seperti yang dikongsikan oleh Ummu Naielah.
Ini perkongsiannya.
Ade sedikit masa free, saya suka menyambal untuk buat stok…senang nanti kerja-kerja memasak.
Ambik masa separuh hari, hari ni untuk buat 4 jenis sambal / pes yang banyak kegunaannya
Saya sertakan resepi di setiap gambar, boleh tekan tengok
PES TOMYAM HOMEMADE
SERAI (BANYAK)
-DAUN LIMAU PURUT (BANYAK)
LENGKUAS 1INCI
-GULA NISAN
-UDANG KERING
-BELACAN (2INCI)
CILI KERING BLEND
JUS LIMAU NIPIS
AIR ASAM JAWA
GARAM
1.Blend semua bahan
2.Tumis dengan api perlahan sampai betul-betul pecah minyak.
PES SAMBAL BELAD0 (SERBAGUNA)
-CILI BESAR
-CILI PADI (JIKA NAK PEDAS)
-BAWANG BESAR
-BAWANG PUTIH
-BELACAN 1INCI
GULA NISAN
GARAM (2 SUDU KECIL)
-AIR ASAM JAWA
1.Blend kisar kesemua bahan kecuali gula.
2.Tumis sampai pecah minyak
3.Last sekali baru masukkan air
4. Asam jawa dan gula
5.Boleh letak daun limau purut untuk aroma.
SAMBAL BILIS
CILI KERING BLEND
BAWANG BESAR
BAWANG PUTIH
HALIA 2INCI
GULA NISAN
GARAM
KICAP PEKAT
BILIS
1.Goreng bilis sampai garing.
2. Guna minyak yang sama untuk tumis bahan blend sampai betul-betul garing/pecah minyak.
3. Perasakan garam, gula dan asam jawa.
4. Kicap tu just nak menggelapkan, bubuh sikit sahaja.
5. Last campak bilis
PES AYAM GORENG MAMAK
CILI KERING BLEND
SERBUK KARI
SERBUK LADA MERAH
SERBUK LADA HITAM
HALIA 1INCI
LENGKUAS 1INCI
GARAM
SERBUK KETUMBAR
TEPUNG BESTARI
TEPUNG JAGUNG
DAUN KARI
PEWARNA MERAH (OPTIONAL)
1.Blend kesemua bahan kecuali daun kari
2.Perap ayam 2 atau 3 jam sebelum nak
goreng
Ekstra info : Simpan sambal di dlam chiller dan melalui experiment sendiri, tahan la sebulan dua.
Sebagai ibu bapa, anda sepatutnya mengawasi anak-anak lebih-lebih lagi apabila berada di tempat awam. Ini kerana, akibat kecuaian ibu bapa atau penjaga boleh berlaku perkara yang tidak diingini kepada anak-anak seperti culik, kemalangan dan lain-laian.
Seperti yang tular baru-baru ini apabila seorang kanak-kanak tertinggal di sebuah stesen minyak selepas ibunya tidak menyedari kehilangan anaknya.
Nasib menyebelahi kanak-kanak ini apabila pekerja stesen minyak ini sudi untuk meminjamkan telefon pintar miliknya kepada kanak-kanak ini untuk menghubungi ibunya.
Panggilan kanak-kanak ini turut diaktifkan loud speaker serta dirakam.
Namun apa yang mengejutkan adalah reaksi ibu kanak-kanak tersebut yang seolah menyalahkan kanak-kanak tersebut walaupun ianya terang-terang adalah kecuaiannya.
Reaksi ibunya seolah berang dan bercakap kasar dengan anaknya manakala reaksi kanak-kanak ini yang sedang dalam ketakutan akibat ditinggal dan dimarah jelas kelihatan pada video tersebut.
Apa yang menjadi perhatian dalam kes ini adalah cara si ibu malah berkomunikasi dengan anakya.
Malah ramai meluahkan rasa kurang senang terhadap respon si ibu ini menangani masalah anak tertinggal di stesen minyak.
Tiada angin tiada ribut, aktor Azlee Khairi dalam satu perkongsian mengesahkan dia kini sudah berkahwin buat kali kedua. Rupa-rupanya, dia sudah setahun memegang status sebagai suami dan ayah.
Pelakon yang pernah meledak menerusi drama Love You Mr Arrogant pada 2013 bernikah pada Januari 2021 dengan kru penerbangan dikenali dengan nama Nurul Hidayah atau Dhiya.
Azlee sebelum ini pernah berkahwin ketika namanya berada di puncak populariti dengan wanita dari Brunei sekitar tahun 2014. Ketika itu dia memilih menetap di sana dan tidak lagi aktif berlakon.
Bagaimanapun sekitar November 2019, Azlee kembali ke Malaysia dan berlakon semula. Pada 2020, dia turut mengesahkan yang dirinya bukan lagi suami orang.
“Ya, saya sudah bernikah buat kali kedua. Ini juga perkahwinan kedua buat isteri dan memiliki dua anak. Cuma saya tak boleh berkongsi butiran tepat mengenai isteri kerana dia tak gemar akan hal itu.
“Alhamdulilah perkongsian hidup kami kini turut dikurniakan anak lelaki berusia lima bulan.
“Majlis nikah kami pun secara atas talian secara sederhana dan dibuat membabitkan ahli keluarga serta sanak saudara masing masing,” katanya.
Terdahulu, entri perkongsian gambar sambutan hari lahirnya yang ke 33 tahun dimuat naik empat hari lalu di Instagram turut mengundang pelbagai spekulasi.
“Saya rasa ini waktu yang terbaik untuk menjelaskan perkara sebenar. Lagipun saya jenis yang tak suka menggembar gemburkan hal peribadi.
“Cuma ada yang yang netizen salah faham dan mengandaikan saya sudah ada dua anak. Salah seorang itu, anak tiri saya sebenarnya,” katanya.
Azlee atau nama sebenarnya Azlee Khairi Zulah Hainee berkata dia dan isteri sepatutnya mengadakan majlis persandingan pada Mac tahun lalu.
Bagaimanapun kerana situasi semasa COVID-19, perancangan itu tergendala.
“Selepas setahun juga, majlis yang ditunda itu akan diadakan pada 18 Mac depan di sebuah lokasi di ibu kota.
“Masa itu, saya akan berkongsi juga gambar pernikahan kami. Saya kena hormat permintaan keluarga masing masing,” katanya.
Ditanya mengenai kisah perkahwinannya yang terdahulu dan kedua kelihatan penuh misteri dan rahsia, Azlee percaya semua yang terjadi sesuatu yang tak terduga.
“Saya percaya soal kahwin ini paling penting keluarga tahu sudah memadai. Selepas itu, apa juga percaturan atau kesudahannya kita ikut rentak saja. Saya ‘just go with the flow’.
“Seperti mana manusia dan lelaki lain yang mendambakan kebahagiaan, saya tidak terkecuali. Cuma ada kalanya apa yang kita harap dan impikan tidak berakhir dengan kemanisan.
“Macam perkahwinan pertama saya yang tidak kekal. Sebelum berjumpa isteri pun saya ada kenal dan bercinta dengan orang lain. Tapi putus di tengah jalan. Ia proses kehidupan yang semua kena lalui.
“Apa pun, saya harap ikatan perkahwinan kali ini akan dirahmati dan kekal sampai bila bila,” kata pelakon drama Hari Kita Jatuh Cinta ini.
Tragedi pusingan U, bayi perempuan 2 bulan meninggal dunia. Seorang bayi perempuan berusia dua bulan dilaporkan meninggal dunia selepas kenderaan yang dinaikinya bersama kedua ibu bapanya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ), berhampiran Batu Gajah, pada petang Selasa.