Adakalanya kita takut hendak ambil satu-satu makanan itu kerana bimbang memudaratkan tubuh badan kita. Tak kurang juga ada makanan yang dikaitkan dengan kecantikan kulit, tak kurang juga dengan masalah bau badan.
Soalnya benarkah makanan ini sangat mempengaruhi? Atau ia hanya sekadar mitos? Semuanya terpulang pada diri kita sendiri dan ikutlah kesesuaian badan.
Apa yang kita perlu tahu, setiap kandungan yang terdapat di dalam makanan mempunyai khasiat tersendiri. Mitos atau salah faham mengenai sesetengah makanan ini timbul mungkin kerana sikap masyarakat dulu-dulu yang terlalu berhati-hati. Jadi tepuk dada dan tanyalah selera.
1. Bawang punca badan berbau?
Jangan takut makan bawang kerana bawang bukan punca badan anda berbau. Bau badan muncul apabila peluh bercampur bakteria yang hadir pada lipatan tubuh seperti ketiak.
Bawang hanyalah penyebab suhu tubuh badan meningkat sehingga membuatkan anda berpeluh tetapi bukan bau badan!
2. Biji jambu punca sakit usus?
Ads
Ada yang berpendapat memakan biji jambu boleh menyebabkan masalah pada usus. Hakikatnya, penyakit usus adalah disebabkan oleh hadirnya bakteria patogen yang menjangkiti usus besar.
Biji pada jambu tidak mungkin tersumbat di dalam usus kerana biji jambu keluar ketika membuang air besar.
3. Timun punca keputihan?
Ramai wanita gerun memakan timun kerana khuatir berlaku keputihan. Keputihan terjadi kerna keadaan alat sulit yang lembab dan sikap malas menukar seluar dalam sehingga menyebabkan pertumbuhan bakteria. Malah, timun tidak mengandungi bahan yang boleh menyebabkan keputihan.
Ads
4. Lemon campur kicap punca sakit perut?
Jika sebelum ini anda pernah disuruh mengamalkan mengambil perahan limau nipis atau lemon dan ditambah dengan kicap untuk menyembuhkan batuk, jangan ragu-ragu melakukannya.
Hal ini kerana, limau atau lemon mempunyai asid tinggi yang dapat membunuh bakteria punca batuk. Kicap pula bertindak sebagai penyeimbang rasa masam dari limau nipis atau lemon. Ia sama sekali tidak memudaratkan perut anda.
Ads
5. Buah salak punca sembelit?
Ramai yang menjauhi buah salak kerana khuatir najis akan menjadi keras. Tolak tepi kepercayaan ini kerana buah salak mempunyai kandungan serat yang tinggi sehingga memudahkan anda membuang air besar dengan lancar.
6. Bayam punca urat timbul?
Memilih bayam atau pucuk ubi sebagai menu boleh menyebabkan urat timbul dan sakit. Jangan risau kerana ia tidak benar kerana semua jenis sayuran adalah baik untuk keperluan tubuh malah sayuran ini mengandungi banyak serat untuk melancarkan pencernaan. Sakit urat adalah berpunca daripada toksin yang banyak serta pengambilan garam berlebihan.
7. Buah nenas punca gugur?
Tidak ada bukti ilmiah mengenai hal ini. Malah, nenas mengandungi enzim bromelain yang dapat mencerna protein di dalam makanan agar lebih mudah terserap oleh tubuh. Secara tidak langsung, janin berkembang dengan baik kerana cukup zat. Mengambil nenas membantu mengurangi masalah kolesterol dalam darah, diabetes dan penyakit jantung.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi anda yang tengah berdiet, waktu bersahur tetap kena minum supaya esoknya bertenaga untuk berpuasa. Bagi ibu-ibu yang tidak suka ambil makanan berat, boleh cuba jus sihat ini untuk memastikan anda tyetap fit dan bertenaga di siang hari.
Perkongsian jus sihat ini mungkin boleh membantu ibu-ibu. Kaedah ini dipraktikkan oleh Sharinaz Redwan dengan hanya menggunakan 4 bahan asas sahaja. Antaranya, Epal Hijau, Timun, Lemon dan juga Madu.
Bahan-bahan ini pastinya boleh di dapati di dapur dan sememangnya memiliki banyak khasiat untuk kesihatan tubuh.
Menurut Sharinaz lagi, selepas minum anda akan rasa kenyang berpanjangan, badan rasa fresh, rasa fit. Tunggu apa lagi, jom cuba!
Bahan Asas: timun epal hijau lemon madu.
TIMUN DAN KHASIATNYA Antara kelebihan timun ia mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun. Selain tu timun ni jugak boleh membuang toksin dalam badan dan berikan rasa sejuk dalam badan.
EPAL HIJAU DAN KHASIATNYA Epal hijau dapat mengurangkan tahap kolestrol dalam badan, kurangkan risiko sakit jantung. Sesiapa yang mempunyai masalah sembelit, elok amalkan makan epal hijau ni tau.
LEMON DAN KHASIATNYA Tidak dinafikan buah lemon lagi tinggi dengan Vitamin C, boleh kurangkan risiko kanser dan juga dapat membersihkan usus kita.
BAHAN-BAHAN: 1 biji epal hijau 1/2 biji timun 2 slice lemon, amik jus je 1-2 sudu besar madu Air suam untuk kisar
CARA-CARA:
Semua atas ni dikisar. Nak tapis boleh. Lagi bagus tak di tapis kerana hampas itu menjadikan fiber lebih tinggi. Minum macam tu je. Bila cantik dalam, baru lah terserlah kat luar. Nak cantik kena seimbang. Bukan jaga kulit ,tepek tu tepek ni, pemakanan pun kena jaga tau. Baru kebabom!
Sumber: Sharinaz Redwan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa yang tak kenal dengan keluarga pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sertanya anaknya, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah yang sentiasa menarik perhatian peminat.
Muat naik di akaun Tiktok, Hairul Azreen memaparkan gaya pelakon aksi lasak ini sedang menjamah makanan segera.
Dalam video berkenaan cara Hairul mengucapkan rasa syukur telah menarik perhatian peminatnya.
“Sedapnya, Ya Allah. Alhamdulillah. Syukurnya.”
Dalam pada itu, kapsyen menjelaskan bahawa dia sedang menjaga pemakanan untuk aksi lasak dalam filem terbarunya. Lantaran setelah sekian lama terpaksa berdiet makana segera setelah diberi peluang menikmati makanan itu, Hairul meluahkan rasa syukur.
“Tuhan je tahu perasaan lapar sy bila diet, Video ni selepas scene buka baju, Maybe senang kalau diet hanya belakon tp kalau tgh diet kena fight kena berlari MASHAAALAH. Lepas tu dapat minum air manis. Guys The Assistant masih kuat di pawagam jom beli tiket sekarang!”
Para peminat teruja melihat perkongsian video pelakon Filem Paskal, malah ada yang menyamakan cara bersyukur itu menyerupai anak sulungnya, Yusuf Iskandar.
Bila bercerita tentang mentua, tidak dinafikan ramai menantu takut kalau dapat mentua yang banyak ragam. Lagi-lagi untuk menantu perempuan dan hidup sebumbung pula. Macam-macam yang dibimbangkannya.
Kalau boleh biarlah dapat mentua yang baik hati dan dapat menerima kehadiran diri dengan seadanya.
Itu satu kebiasaan yang yang diharapkan oleh semua menantu wanita.
Lantaran itu, perlu diingat suatu hari nanti diri kita juga akan menjadi mentua pada seseorang juga. Sebaiknya persiapkan diri untuk kita pula menjadi mentua yang baik dan elakkan diri daripada menjadi mentua yang bermasalah.
Ini sebagaimana menurut perkongsian di TikTok, Ustaz Elyas Ismail ada mengulas lanjut berkenaan ada 3 jenis mertua paling bermasalah, semoga ianya menjadi panduan bersama.
3 Jenis Mentua Paling Bermasalah
Beliau mendedahkan ada 3 jenis mentua yang disifatkan sebagai bermasalah di dalam video yang dikongsikannya itu.
Pertama : Mentua yang bersikap pilih kasih dan gemar membandingkan anak menantu berdasarkan status kerja serta tangga gaji. Jika pendapatan tinggi, maka layanan baiklah yang akan diberikan namun jika gaji sederhana maka lebih kurang sahaja layanan diberikan.
Kedua :Mentua jenis mata duitan, memandang dikalangan menantu-menantu yang mana banyak duit dan banyak harta. Barulah dia suka dan baik.
Ketiga : Mentua yang suka mengongkong, semua benda hendak di kawal padahal dalam hidup anak menantu biarlah mereka yang buat keputusan. Mentua sepatutnya sekadar bagi idea, cadangan sahaja.
Selain itu dalam sebuah video lain, pendakwah ini juga berkongsikan tentang jenis-jenis mak ayah yang dengki melihat kebahagiaan anak menantu sendiri. Tatkala rumah tangga anak-anak bermasalah, mereka semakin galak memburukkan keadaan sehingga mengundang kemudaratan lain.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.