Semua manusia yang hidup di dunia ini mahukan kebahagiaan. Bahagia itu juga adalah suatu rasa gembira dalam hati kita. Tiada masalah yang menganggu.

Begitu juga dengan perkahwinan. Jika bermasalah tentu akan cetuskan rasa tidak puas hati dan tidak bahagia.

Jadi, jika nak tahu kita  bahagia, ikuti tanda-tanda ini. Jika sebaliknya, cuba ubah gaya hidup dan cara layanan kepada pasangan.

Ikuti perkongsian ini.

Betul Ker Kita Bahagia? Lihat 5 Tanda Ni Supaya Lebih Pasti.

5 Tanda kita dan pasangan sedang bahagia

IKLAN

Apakah erti kebahagiaan dalam perkahwinan? Setiap orang ada definisi kebahagiaan masing-masing. Ada yang merasa bahagia hanya dengan memiliki pasangan yang saling memahami, ada pula yang menginginkan pasangan yang boleh menjanjikan kemewahan hidup, dan ada juga yang bahagia dengan hanya hidup beserdahana tapi saling melengkapi.
.
Tiada kayu ukur untuk mengatakan sesebuah rumahtangga bahagia atau tidak. Hanya pasangan itu sendiri yang boleh merasakan kebahagiaan bersama. Namun, ada beberapa ciri-ciri tertentu yang menjadi tanda anda dan pasangan sedang menjalani kehidupan yang bahagia.

Jom ikuti perkongsian tentang 5 tanda anda dan pasangan sedang bahagia..

1. TIDAK SELALU MEMPAMERKAN HUBUNGAN DI MEDIA SOSIAL.

Ramai pasangan yang fikir dengan ‘upload’ gambar selfie dan aktiviti seharian bersama pasangan ke media sosial merupakan tanda mereka hidup bahagia. Sebuah penyelidikan membuktikan bahawa pasangan yang benar-benar bahagia tidak akan kerap berkongsi saat-saat indah di media sosial.

Pasangan yang benar-benar bahagia dan menghargai satu sama lain tidak akan mengorbankan masanya untuk selalu update di media sosial. Mereka akan lebih menghabiskan masa untuk bersama. Ini juga menunjukkan bahawa anda tak dahagakan pengakuan dari orang lain tentang hubungan anda dan pasangan.

IKLAN

2. SELALU MELUAHKAN DAN SERING BERBINCANG DENGAN PASANGAN.

Kebahagiaan sesuatu perhubungan dapat dilihat dengan rasa percaya yang kuat antara anda dan pasangan. Kepercayaan ini membuatkan anda sudah tidak malu-malu lagi untuk bercerita tentang apa sahaja. Anda boleh berbicara tentang hal-hal yang paling memalukan dalam hidup atau berkongsi perkara yang menyedihkan atau saling bertukar pendapat tentang sesuatu perkara.
.
Rasa percaya juga membuat kita tak perlu bersusah payah menyembunyikan hal yang tak ingin diketahui pasangan. Menyembunyikan sesuatu perkara dari pasangan anda sebenarnya menunjukkan bahawa hubungan itu tidak sihat.

3. BOLEH MENJADI DIRI SENDIRI.

Pasangan yang bahagia menjadikan satu sama lain sebagai satu-satunya orang yang mereka inginkan untuk menghabiskan sisa hidup bersama. Anda dan pasangan saling mengetahui bahawa anda tidak boleh bahagia jika hidup dengan orang lain. Masing-masing tidak dapat membayangkan diri sendiri tanpa pasangan.
.
Namun, anda dan pasangan tetap boleh menjadi diri sendiri tanpa kehadiran pasangan. Anda tidak perlu berpura-pura menjadi seorang yang menyenangkan pasangan. Anda juga senang meluahkan perasaan tanpa merasa bersalah.

IKLAN

4. SELALU MENGHABISKAN MASA DENGAN PASANGAN.

Betul Ker Kita Bahagia? Lihat 5 Tanda Ni Supaya Lebih Pasti.

Berapa kerap anda dan pasangan menghabiskan masa bersama dapat menjadi petanda kebahagiaan dalam hubungan. Tidak perlu menghabiskan banyak tenaga dan belanja mewah, cukup dengan hanya meluangkan masa berduaan melakukan aktiviti santai seperti minum kopi, memasak, menonton TV atau berkebun bersama.
.
Walaupun begitu, menghabiskan masa bersama pasangan tidaklah sehingga mengganggu waktu ‘me time’ masing-masing untuk mengerjakan hobi atau berehat sebentar. Anda perlu faham yang anda dan pasangan bukanlah sepasang kembar siam yang harus melakukan semua perkara bersama. Berilah waktu untuk pasangan dan anda sendiri.

5. SALING MENYOKONG SATU SAMA LAIN.

Sebuah hubungan yang bahagia adalah apabila anda dan pasangan boleh berkembang menjadi individu yang lebih baik. Saling memberi nasihat untuk menyelesaikan masalah bersama juga adalah tanda hubungan yang bahagia. Jadikan konflik yang hadir sebagai peluang untuk lebih mengenali pasangan dan menjadi lebih romantik. Anda dan pasangan mungkin mempunyai matlamat yang berbeza tetapi harus sentiasa saling menyokong satu sama lain untuk mencapainya.

Akhir sekali, komunikasi, perhatian, keikhlasan dan sokongan adalah beberapa asas utama untuk membina hubungan bahagia dan harmoni. Jika rumahtangga anda memiliki 5 tanda-tanda ini, inilah petanda anda sedang menjalani rumahtangga yang bahagia.

Kredit: Diyana Tahir

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI