Merancang perbelanjaan adalah langkah pengurusan kewangan yang bijak tidak kira sama ada gaji anda besar ataupun kecil.
Di antara kesilapan yang sering dilakukan berkaitan duit ialah terlalu banyak berhutang, lambat membayar bil dan tidak menyimpan wang untuk kegunaan masa depan.
Anda boleh mengelak daripada melakukan kesilapan yang sama dengan mengawasi tabiat berbelanja anda.
Sehubungan itu anda harus tahu mengurus wang anda dengan bijak seperti menentukan matlamat kewangan anda, menjejaki ke mana perginya wang, menilai tabiat berbelanja anda dan menulis perbelanjaan anda.
Dengan cara di atas, anda akan tahu kenapa kewangan anda bermasalah. Selain itu terdapat beberapa tanda atau simptom yang anda boleh tahu jika menghadapi masalah kewangan.
Simptom 1
Tidak dapat mengawal perbelanhaan iaitu perbelanjaan melebihi pendapatan.
Simptom 2
Hutang atau pinjaman melebihi daripada apa yang boleh anda uruskan
Simptom 3
Kadar kebergantungan pada kad kredit sangat tinggi.
Simptom 4
Tidak mampu membayar kos penyelenggaran rumah dan insuran/ road tax kereta secara teratur.
Simptom 5
Melambatkan pembayaran segala bil atau kos penyewaaan
Simptom 6
Tiada tabungan untuk menghadapi kecemasan peribadi atau keluarga
Justeru, jika anda ada tanda-tanda begitu segera ubah cara perbelanjaan anda. Sediakan pelan perbelanjaan supaya membantu anda merancang kewangan dengan sempurna.
Sumber: Agensi Antidadah Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Isteri Tak Akan Balik Selamanya, Perjuangan Bergelar Bapa Harus Diteruskan. Deep!
Bukan mudah menguruskan anak tanpa isteri. Lebih-lebih anak-anak yang sedang membesar yang punya pelbagai karenah. Bagi Encik Khairul Abdullah yang kehilangan isteri tahun lepas, mengakui cabarannya memang ada bergelar bapa tunggal.
Melalui perkongsiannya di laman facebooknya baru-baru ini, Khairul Abdullah telah berkongsi cerita cabaran yang dihadapi apabila hanya seorang sahaja yang menguruskan anak-anak. Namun harus dilalui dengan tabah dan sabar demi anak-anak.
Kisahnya ketiadaaan isterinya pernah disiarkan di sebelum ini di link ini www.keluarga.my/meruntun-jiwa-video-throwback-pemergian-isteri-akibat-jangkitan-kuman-bapa-ini-tabah-demi-tiga-anak/
Khairul Kongsi 4 Barang Kenangan Arwah Isteri | Dia Bidadari | Keluarga #THROWBACK
Cintanya hingga ke hujung nyawa. Sungguhpun kehilangan isteri tersayang akibat serangan kuman di paru-paru, Khairul Abdullah tabah menggalas dua tanggung jawab, iaitu sebagai bapa dan juga ibu. Dia tabah menempuh hari-harinya berbekalkan semangat yang ditinggalkan bidadarinya Marleena bersama anak-anak.
Posted by Keluarga on Thursday, 14 February 2019
Tak sangka boleh uruskan tiga anak
Saya tak pernah menyangka yang saya boleh tahan dalam menguruskan 3 orang anak kecil ini.
Dulu setiap kali arwah isteri out-station atau kerja overtime saya akan rasa stress gila dan asyik menunggu sahaja bila lah dia nak balik.
Bukan saya tak boleh buat atau uruskan.
Saya boleh buat semuanya, dari urusan pakaian ke makan minum dan sebagainya. Yang saya tak tahan adalah melayan kerenah budak-budak yang sedang membesar.
Saya mudah marah.
Yang si abang terjun sofa, yang si adik panjat meja, yang si baby sepahkan segala. Tadi baby panjat meja makan dan tuang bubur semangkuk habis ke lantai. Saya sedang di sinki baru basuh tangan nak suapkan dia makan.
Lantai habis melekit dengan segala sisa, sofa habis penuh dengan cap tangan, cap hidung dan cap kaki masing-masing. Habis diconteng segenap ceruk dinding, sofa, meja, tv, malahan di dalam kereta pun penuh contengan.
Stress, nak marah, nak tampar pun ada. Biasanya meninggikan suara namun tak jalan juga. Lalu beristighfar dan menahan sabar sahaja.
Kalau dulu bila dengar sahaja kereta isteri dah sampai, maka nafas panjang boleh dihela. Nampak sahaja dia buka pintu, anak-anak mula menerpa, maka terlepaslah segala beban di bahu.
Padahal dia pun penat juga, bekerja, tetapi tetap akan ambil-alih dari saya.
Demi anak
Kini, penat macamanapun, stress macam mana sekalipun saya tidak boleh menunggu pintu dibuka dan ada orang akan muncul membantu. Tiada lagi bunyi kereta, pintu dibuka, derap kaki atau kelibat dia.
Tiada.
Kadang-kadang hanya terlintas, ehh bila lah nak balik dia ni, lama dah out-station. Letih sangat dah rasanya. Tetapi tersentak dan tersedar kembali yang dia tak akan balik lagi.
Tak akan balik selamanya.
Jadi, kerahlah semua tenaga dan semangat yang ada, walau sakit kepala, walau selsema melanda, walaupun penat dan jerih tak terkata.
Tanggungjawab ini harus dipikul juga.
Berjuanglah!
“Forgive Me.” Atlet Angkat Berat OKU Muat Naik Status Terakhir 6 Jam Sebelum Maut Dalam Kebakaran
Seorang atlet angkat berat (OKU) meninggal dunia kerana terlibat dalam kebakaran di rumahnya di Taman Pagoh, Jaya Muar, Johor semalam. Muhammad Ata Maarof, 28 merupakan atlet angkat berat OKU yang mewakili Johor dalam saingan Para Sukma 2018 dan memenangi pingat gangsa dalam kategori yang diwakilinya.
Menerusi laporan dari Astro Awani, Muhammad Ata yang bekerja di Kuala Lumpur telah pulang ke kampung kerana bercuti selama lima hari. Dia yang tinggal bersama ibunya gagal menyelamatkan diri ketika berada di dapur rumah kerana tinggal berseorang berikutan ibunya pergi ke kedai.
Menerusi laporan juga, badan mangsa telah melecur hampir 80 peratus berpunca daripada kebakaran yang berlaku tengah hari tadi. Kediaman tersebut turut megalami kemusnahan hampir 60 peratus dari keseluruhan kawasan.
Sebelum insiden, Allahyarham sempat memuat naik status di laman Instagram dengan menulis ‘forgive me’ dengan latar belakang warna hitam. Seakan-akan tahu ajalnya, memuat naik status terakhirnya di Instagram story kira-kira enam jam sebelum insiden tersebut.
Abangnya Mohd Akmal Maarof, 34 tahun berkata, adiknya sedang bercuti dan telah berada di rumah ibunya sejak Rabu lalu dan dijadual pulang semula ke ibu kota pada sebelah pagi tadi.
Ujarnya, kali terakhir dia bersua muka dengan adik bongsu dari lapan beradik itu ialah pada November lalu dan hanya sempat berbual di aplikasi WhatsApp pada sebelah malam tadi.
Jelas Mohd Akmal, dia pada mulanya tergamam apabila dimaklumkan adiknya meninggal dunia selepas kediaman ibunya terbakar memandangkan sepatutnya dia telah pulang semula ke rumah sewanya di Kuala Lumpur lebih awal.
Sementara itu, personaliti terkenal, Ras Adiba Radzi dalam catatan di Facebook peribadinya turut memuat naik status merakamkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham Ata dalam tragedi berkenaan.
“Hati kami luruh hancur berkecai. Salah seorang ahli OKU Sentral, Ata Maarof, telah kembali ke rahmatullah. Ata terperangkap di dalam rumahnya yang terbakar di Johor Baru. Pohon titipkan doa buat sahabat seperjuangan kita ini,” tulis Ras Adiba lagi.
Sumber: Astro Awani
“Pilih ‘Ikat’ Anak-Anak & Isteri Di Rumah.” Suhaimi Saad Kongsi Sebab Tidak Hantar Anak Ke Sekolah. Nombor 5 Paling Touching!
Pasangan ini pernah dilanda kontroversi suatu ketika dahulu, namun senyap begitu sahaja. Tiba-tiba kisah mereka kembali ‘hot’ di media sosial bila mana si suami memuat naik satu perkongsian di facebook dengan menggunakan nama Mosus.
Berbeza pandangan dan cara didikan, rupa-rupanya Suhaimi memilih untuk tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah.
Sebaliknya, bekas anggota kumpulan nasyid In Team, ini alasan tersendiri memilih untuk tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah.
Sebelum ni menurut Suhaimi, dia pernah menghantar anak-anak ke tahfiz.
Tapi disebabkan ada masalah dengan pihak pentadbiran dia menukar anaknya ke tahfiz lain. Di sana anak-anaknya dibuli dan dipukul.
Justeru, Suhaimi memilih untuk membiarkan anak-anak belajar di rumah.
Suhaimi yang mendirikan rumah tangga bersama Ina Naim dikurniakan empat cahaya mata, Ehmad Hadie El Fardie, 11, dan Sallman El Khoyri, 9, Phyrosh El Fadwah, 7, dan Nurlayla El Ghufrony, 5.
Jika ada kebaikan dan kebenaran,maka ambillah ia sebagai ilmu dan panduan.
Jika ia tidak sesuai,maka tinggalkanlah.
tak perlu kecam.
Kalau nak kecam juga,silakan..tapi bukan di sini.di wall masing masing ya?
Bismillah.
Setiap orang,
Hidup dan beramal dengan ilmu,kepercayaan dan sesuatu yang dia yakini.
ss pernah belajar di tadika,sekolah rendah,sekolah menengah,maahad tahfiz dan universiti.
ss pernah mengajar di beberapa buah sekolah kerajaan dan swasta.
ss pernah tinggal di bandar besar dan pernah tinggal di kawasan pedalaman.
ss dibesarkan oleh seorang guru.
5 dari 8 ahli keluarga ss merupakan guru dan ss juga ada ramai kawan dan kenalan dari kalangan guru.
Dengan pengalaman hidup itulah Allah memberi ilmu,kefahaman dan kepercayaan berbeza ini.
Bukan berniat untuk mengecam,memburuk burukkan atau menghasut orang lain.
Sekadar berkongsi cerita dan rasa dengan harapan tidak timbul lagi persoalan dan spekulasi.
Inilah 7 sebab mengapa ss tidak menghantar anak anak ke sekolah.
1. Sistem Pendidikan.
Sejujurnya,
ss tidak percaya kepada sistem pendidikan yang sedia ada.(minta maaf)
Ia berubah ubah tahun demi tahun.
Seolah olah tidak ada dasar yang jelas.
ss juga melihat ia tidak banyak membantu anak anak ss memahami dan mengamalkan islam dengan baik.
Waktu dan pendedahan untuk mereka memahami Al Quran dan hadis sangat terbatas kerana diisi dengan perkara perkara lain yang kurang perlu.
Al Quran dan hadis sepatutnya bukan saja menjadi perlembagaan,tapi subjek utama dan teras dalam sistem pendidikan negara.
ss juga tidak suka anak anak ss dididik dalam suasana bercampur di antara lelaki dan perempuan dalam satu kelas.
Kebanyakan sekolah agama pun dah guna sistem yang sama.
Dari kecil dibiasakan bercampur lelaki dan perempuan sehingga percampuran tu jadi perkara biasa.
Hasilnya anak anak lelaki dan perempuan hilang rasa malu.
Kesannya mungkin bukan sekarang.nanti..
Kalau kita pernah tersilap dan berdosa,adakah kita mahu anak anak kita juga ikut tersilap dan berdosa?
Kalau ibubapa kita dulu bagi kita makan ubi kayu,takkan kita pun nak bagi ubi kayu pada anak anak,sekurang kurangnya bagilah laksa?
Selagi kita tidak meletakkan itu sebagai teras dalam pendidikan awal,generasi kita akan terus menerus gagal memahami agama dan mengamalkan akhlak yang baik.
Buktinya ada ramai netizen yang pergi ke sekolah,belajar agama,tapi jadi haters dan musuh kepada sesama muslim.
Pergi sekolah,belajar agama,
tapi berwudhuk dan solat pun tidak betul.
Tidak tahu hormat ibubapa dan guru.
Pakai tudung hanya di sekolah saja.
Sekolah agama dan belajar akhlak,tapi makan sambil berjalan dan hisap rokok.
Inilah hasilnya bila akhlak islam tidak dapat difahami dan dihayati dengan sebetulnya.
Akhirnya lahirlah graduan graduan yang bijak pandai dan berkelulusan tapi bila berkerja tidak ada integriti.
Nampak hebat dan berjaya secara luaran,tapi jiwa kosong dan jauh dari agama dan amalan.
Kerana kejayaan telah dipaternkan dan diukur dengan banyaknya A,ada sijil,ada ijazah,ada master dan PHD,ada banyak harta dan tingginya kedudukan dan tangga gaji.
Padahal kejayaan sebenar adalah kemuliaan akhlak dan kehebatan dalam hidup beragama.
Pentingnya pendidikan awal ini kerana ia akan menjadi asas dan dasar pertama yang akan membentuk kefahaman dan pegangan hidup mereka.
2. Tanggungjawab.
Tanggungjawab mendidik atau memberi pendidikan kepada anak anak adalah tanggungjawab ibubapa.
Bukan guru,bukan sekolah.
Sekolah itu platform.guru hanya pembantu.
Allah akan tanya setiap kita bagaimana kita didik anak anak kita.
ss ambil tanggungjawab itu sekadar yang ss mampu.
Tak sempurna,tapi mencuba.
ss percaya tidak semua orang mampu mengajar anak anak sendiri.
Jadi tak perlu kecam.kita lebih kurang sama je.?
Apa yang wajib dalam agama ini adalah belajar,menuntut ilmu.
Memang ramai anak anak yang pergi ke sekolah.tapi adakah semuanya belajar?
Berapa ramai yang tak sampai ke sekolah pun?
Kalau macam tu lebih baik belajar di rumah?
3. Kos.
Perkembangan teknologi dan perubahan zaman membuat ss mengubah cara berfikir.
Dulu kita tidak ada jaringan internet.
Hari ni,
semua ilmu dan informasi boleh didapati hanya di hujung jari.ada handphone,youtube dan google.
Dengan kenaikan harga barang dan kos hidup,ss tidak fikir ss perlu buang duit untuk tol,minyak kereta dan perbelanjaan buku dan keperluan sekolah yang lain.
ss pun bukan orang kaya.
So di rumah boleh belajar.
Di masjid boleh belajar.
Waktu bercuti,di hotel dan di kampung pun boleh belajar.
Kehidupan adalah sekolah yang real.
4. Masa
Bukankah kalian juga merasa bahawa hidup kita terlalu singkat?
ss sangat menyedari hakikat itu.
Bukankah kita banyak membuang masa di atas jalan raya,menunggu di hadapan sekolah dan dalam masa sama ada tugas lain yang tak kurang penting untuk diselesaikan.
ss tidak suka situasi itu.ss pilih untuk mengelak.
Tapi kalau tidak ada pilihan,anggaplah itu sebagai pengorbanan.kita sama sama berkorban.
ss juga fikir,
Sistem pendididkan kita mengambil masa yang lama bagi seseorang pelajar mencapai hasrat dan cita citanya.
Ini kerana setiap pelajar perlu belajar semua perkara dan subjek meskipun yang bukan dalam kemampuan dan minatnya.
Akhirnya dia buat kerja lain.
Belajar engineering,tapi jadi grafik dizainer.
ss beri kebebasan untuk anak anak memilih bidang yang mereka minati.
Kerana minat setiap anak tidak sama.begitu juga bakat dan kemahiran mereka.
Kenapa perlu ikat dan paksa.
Belajar,fokus dan jadilah apa yang kamu suka dan mahu.tapi Al Quran dan sunnah,jangan tinggalkan.
5. Kasih Sayang
Inilah part yang paling touching.
ss percaya bahawa ss akan mati.
Apa pun kata orang,demi Allah ss juga sayang pada isteri dan anak anak ss.
Sayang sampai tak mahu berpisah.
Nak hantar ke sekolah pun tak sanggup.
Anak pindah belajar ke Kelantan,ss dan ina ikut pindah duduk di Kelantan.
Padahal ss orang Pahang..Ina orang Johor.
ss pilih untuk hidup bersama.
Mudah mudahan mati pun bersama,amiiin..
ss mahu lihat mereka membesar depan mata.
Hari ini ramai orang jadi pelik pelik sebab kurang perhatian dan kasih sayang.
kerja jadi lebih utama daripada orang yang kita sayang.
Padahal kita berkerja untuk mereka.
tapi sangat kurang masa bersama mereka.itulah pilihan kita.
Sebelum ni,
ss hantar mereka ke tahfiz.
tapi ada masalah dengan pihak pentadbiran.
ss keluarkan.
Hantar pula ke tahfiz lain.
Mereka dibuli dan dipukul.
ss keluarkan.
Sementara mereka besar dan pandai membawa diri,ss lebih rela melihat mereka belajar di rumah.
ss boleh pantau solat mengaji dan akhlak mereka.alhamdu lillah..itu pun orang tuduh ss macam macam..takpe,ss maafkan.diorang tu bukan tahu semua perkara.
Ramai orang yang bimbang sangat pada nasib anak anak ss kalau ss mati dulu.terima kasih..
ss nak bagitau, Kalau kita hidup lagi 100 tahun pun,belum tentu kita mampu jaga dan tentukan nasib anak anak kita.betul tak?
Berapa ramai anak anak yang rosak akhlak dan agama mereka,derhaka pada ibubapa, padahal mak ayah dia masih hidup lagi.
Hidup kita,
Semua berada dalam genggaman dan pencaturan Allah.
Kalau kita ajar anak anak kita jaga Allah, Allah pasti akan jaga anak anak kita walaupun selepas kita dah tak ada lagi di dunia ni.itu kefahaman ss.
6. Cara Kerja.
Panas,sendu atau beku,
sejak 20 tahun yang lalu,
inilah pekerjaan utama ss.Penyanyi.
Kalau tak kenal,sila taip Suhaimi Saad atau Doa Buat Ibu di ruangan carian Youtube?
Boleh juga la kalau nak taip Inteam – Nur Kasih.
So cara kerja penyanyi ni,tak sama macam cikgu,macam kerja kilang atau kerja pejabat.
Waktu kerja pun tak menentu,cuti pun tak tentu.
Kadang kadang out station 3 hari,5 hari.so ss pilih untuk teruskan kerja ni.sebab ss percaya,inilah rezeki dan minat ss.
Kerja ni tak memudahkan untuk ss hantar dan ambil anak di sekolah.
ss lebih faham keluarga dan kerja ss.so tak perlu susun aturkan.terima kasih.
7. Hadis Akhir Zaman
Beberapa tahun lepas,
ss ada terbaca sebuah hadis tentang Dajjal dan akhir zaman.
Memahami hadis itu,fitnah akhir zaman dan realiti hidup hari ini,ss pilih untuk ‘ikat’ anak anak dan isteri di rumah.
Semoga Allah selamatkan kami daripada tipudaya Dajjal.amiin
Setelah usaha ini,ss serahkan seluruh hidup dan mati ss dan keluarga hanya kepada takdir dan iradat Allah.
Pada hemat ss,
Kalian tidak mampu buat sepertimana yang ss buat.
Tapi sebagai muslim,
Doakanlah yang baik baik,usahakanlah segala yang terbaik dan teruslah berdoa agar Allah memberi kekuatan untuk kita semua kembali beramal dengan cara hidup yang Allah suka dan redha.
WAllahu a’lam
Suhaimi Saad
Sumber: Facebook Mosus