Betul Ke Bila Cantik Ramai Nak Dekat? Ini Jawapan Padu Erra Fazira Yang Buat Ramai Tergamam..

Share

Sambil tersenyum manis apabila diajukan soalan mengenai jodoh. Era Fazira tenang menjelaskan satu persatu pertanyaan para wartawan mengenai hal jodohnya yang sentiasa mendapat perhatian daripada peminatnya.

Tidak jemu mata memandang aktres jelita ini. Raut wajah bujur sireh manis bertudung litup serta tutur kata yang sopan membuatkan dirinya punya aura tersendiri.

Pesona yang dimiliki oleh pelakon jelita ini, Fazira binti Wan Chek atau dikenali sebagai Erra Fazira sungguh istimewa.

Mempunyai sepasang mata yang menawan serta susuk tubuh yang tinggi, langsing dan fotogenik. Bekas ratu cantik Malaysia ini sentiasa manis dipandang mata. Dia kini hidup bahagia bersama anak perempuan tunggalnya.

Soal Jodoh
Soal jodoh, ajal, maut dan rezeki bukan dalam genggaman tangan kita. Semuanya dalam genggaman yang Maha Pencipta. Ia telah tertulis sejak azali lagi atau sering kita baca telah tersurat di loh Mahfuz. Siapa kita untuk menidakkannya dengan kuasa dan izin-Nya.

“Mencari jodoh bukan mudah.”

“Jika jodoh itu membuatkan hidup tidak tenang lebih baik menjalani kehidupan sendirian.”
Namun ini tidak bermakna dia gembira dengan kehidupannya sekarang. Tetapi jauh disudut hatinya dia redha dengan ketentuan Ilahi buatnya.

Bila Cantik Ramai Nak Dekat!
Dalam pada itu, apabila diajukan soalan mengenai memiliki wajah rupawan menjadi aset untuk membuatkan ramai yang ingin mendekatinya. Namun dakwaan itu disangkal dengan penuh makna oleh pelakon filem Pasrah ini.

Dengan spontan Erra menjelaskan bahawa ia dakwaan itu adalah mitos sambil tersenyum manis.

“Itu mitos! Orang cantik, artis. Ramai nak dekat.”

“Bagi saya itu tak relevan. Oleh kerana artislah, ada yang takut nak approach.”

Katanya lagi, jika dirinya bukan artis bekerja dengan membuat andaian sebagai guru atau kerja pejabat mungkin ada yang berani melamarnya.

“Saya dari dulu peka dengan hal ini. Nama saya dikenali dalam industri ini. Pada mereka, artis ini high maintenance, high profile. Orang biasa-biasa tak layak untuk approach. Saya hadapi masalah itu.

Namun katanya ada pro dan kontra apabila dikenali ramai. Katanya sebagai orang yang dikenali ramai dia juga perlu berhati-hati dalam memilih siapa yang ingin mendekatinya.

Banyak Kali ‘Dikahwinkan.’
Sudah lali dengan pelbagai gossip mengenai jodoh dirinya, membuatkan pelakon jolokan Primadona Filem Melayu ini, tidak mudah melatah apabila terpali dengan dakwaan yang sedap didengar termasuk menjadi isteri kedua.

“Dah biasa dari dulu banyak kali ‘di kahwin’.”

Baginya sukar untuk menghentikan dakwaan sedemikian lantaran penggunaan media sosial.

“Saya tidak boleh menghalang tapi jika ia memberi kesan kena buat sesuatu. Tetapi jika ia tidak memberi kesan, saya tak kisah nak cakap apapun. Saya rasa yang perlu berubah adalah orang itu.

Mengenai jodohnya, Erra berharap para peminatnya mendoakan yang terbaik buat dirinya.
“Saya hanya nak minta doa. Apa jua jodoh, siapa jodoh dan apa juga status, doakan terbaik buat Era.

“Tak ada masalah untuk Era nak kahwin. Tak nak kahwin ker. Saya bukan kanak-kanak ‘rebina’ atau remaja yang baru nak mulakan kehidupan.

“Saya dah ada kehidupan. Cuma sekarang ni nak teruskan macam mana. Doakan yang terbaik buat saya,” ujarnya mengukir senyuman manis.