
Anak itu adalah rezeki bahkan mempunyai anak yang ramai sememangnya suatu anugerah yang tidak ternilai.
Baru-baru ini pelakon Fizo Omar telah berkongsi berita gembira apabila isterinya , Fazeera Nazri Azrai kini sedang mengandung anak kedua mereka, meskipun belum sampai tujuh bulan menimang cahaya mata perempuan sebelum ini.
Dalam perkongsian tersebut, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 38, meluahkan rasa syukur di atas rezeki zuriat yang diberikan. Turut memaklumkan usia kandungan isterinya itu sudah pun melepasi trimester pertama dan kini mencecah lima bulan.
“Syukur Alhamdulillah, rezeki lain dari Allah buat kami semua.
“Beza Khaleeda dan adik dia ini 11 bulan saja, kilang buka terus produce,” tulis Fizo yang dilihat teruja apabila bakal bergelar bapa kepada tiga orang cahaya mata.
Menerusi video yang dimuat naik itu juga, Fizo memberitahu bahawa anak keduanya, Wan Khaleeda akan bergelar Kak Ngah manakala anak sulungnya, Wan Maryam pula akan mempunyai dua adik.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
ARTIKEL MENARIK
- Wang Bantuan Awal Persekolahan Sebanyak RM 109,000 Lesap Disamun Penjenayah. Ni Kronologinya!
- Anak Bongsu Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof Jalani Hidup Sederhana & Bahagia. Raih Pujian Ramai!
- Sebulan Pengambaran Di Langkawi, Alif Bawa Sekali Isteri & Anak Menetap Di Sana. Raih Pujian!
Perkongsian Fizo itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk rakan artis yang mengucapkan tahniah buat pasangan itu serta tumpang gembira dengan berita tersebut.
“Tahniah! seronok anak rapat-rapat. Nanti dah besar macam sebaya.”
“Hebat! Tahniah Fizo dan isteri. Semoga mummy dan anak dalam kandungan sihat-sihat selalu.”
“Ok geng! nak besarkan rasa macam kembar… sekarang dua-dua dah besar serentak. Alhamdulillah! Rezeki abe joe and wife🤲”
“Betul-betul rapat jarak ini, nanti besar macam kembar masing-masing,” antara komen-komen netizen yang mencuri tumpuan.
Sumber : Instagram Fizo Omar
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Betul Ke Anak Muda Hari Ini, Dapat Gaji RM4000 Sebulan Pun Masih Memilih Berhenti Kerja?

Kemana hala tuju anak muda kita hari ini ? Itu persoalan yang bermain di fikiran saudara Mohd Faisal menerusi penulisannya di laman facebook.
Isu ini timbul berikutan ada di kalangan anak muda yang mendapat gaji tinggi namun masih tetap memilih untuk berhenti kerja.
Itulah yang berlaku di tempat kerja anaknya sendiri. Daripada 50 orang yang masuk kerja sama-sama, namun akhirnya yang kekal tinggal adalah 18 orang, selebihnya memilih untuk meninggalkan pekerjaan tersebut.

Anak sulung saya yang berusia 22 tahun bekerja dengan di bidang customer service dalam sebuah syarikat penerbangan di Pusat Bandar KL.
Beliau mula bekerja hampir setahun yang lepas. Boleh dapat gaji RM 3000.00 lebih sebulan. Ini sudah cukup bagus bagi orang yang berusia sepertinya dan masuk kerja hanya berbekalkan diploma dan kemahiran berbahasa inggeris. Suasana tempat kerja bagus. Kemudahan segalanya lengkap. Lokasi pun bagus kerana senang diakses dengan LRT.
Kumpulan yang masuk kerja bersama2 anak saya dulu 50 orang. Semasa sesi latihan selama dua bulan, 10 orang cabut. Apabila mula bekerja secara rasmi, setiap bulan ada yang cabut dan tinggal lagi 18 orang.

Sekarang syarikat penerbangan mula kembali sibuk. Kerja semakin bertambah. Syarikat mula mewajibkan kerja lebih masa (berbayar). Bayaran kerja lebih masa mereka bukannya RM 5 atau RM 10 satu jam. Berpuluh2 RM per jam. Boleh mencecah RM 250 jika kerja 8 jam sehari.
Mulai bulan Jun, syarikat mewajibkan semua staf OT satu hari seminggu di hari cuti mereka. Semalam 15 orang hantar surat berhenti. Alasan mereka syarikat melanggar kontrak. Janji kerja lima hari seminggu, sekarang kena kerja enam hari seminggu.

Saya beritahu anak, kamu jangan berhenti. Jangan terikut2 kawan. Kalau kamu berhenti saya tidak akan pedulikan kamu lagi dan jangan minta tolong apa2 dengan saya.
Tidak ada istilah langgar kontrak dalam hal ini. Kamu diminta bekerja pada hari cuti dalam keadaan berbayar. Dan bayaran bukan kecil. Gaji kamu akan jadi RM 4500 sebulan. Apa lagi yang kamu nak ?
Saya beritahu kepadanya, kerja perlu konsisten, ikhlas dan istiqomah. Untuk mendapat jawatan dan gaji yang lebih besar dimasa depan, kita perlu kerja kuat dan timba pengalaman dari sekarang. Apatah lagi kamu masih muda dan bujang. Jangan harap pangkat besar atau gaji tinggi akan datang bergolek. Kalau tidak dipecah ruyung mana hendak dapat sagunya ?
Alhamdullilah beliau beritahu saya tidak mahu berhenti dan tidak akan mengikut jejak rakan2 sekerjanya. Alhamdullilah juga, malam tadi beliau dapat emel daripada syarikat memaklumkan tentang kenaikan gajinya bermula bulan Mac 2022.
Kemana hala tuju anak-anak muda kita hari ini ?
Jika ada kerja yang baik, tempat kerja yang selesa, gaji yang bagus, masih lagi tidak puas hati. Apabila tidak ada kerja, kerajaan yang dipersalahkan.

Sebab itu saya tidak berapa bersetuju dengan kehadiran kerja seperti Grab, Food Panda dan penjual2 di lampu isyarat sekarang ini. Kerana ini akan melahirkan masyarakat yang tidak mahu maju ke depan dan budaya malas belajar. Jika sebagai kerjaya sementara, isi masa lapang atau sebagai pendapatan tambahan, tidak ada masalah. Sebagai kerjaya tetap tidak berapa baik untuk jangka panjang bagi diri sendiri dan negara.
Dunia pekerjaaan hari ini, majikan semua tidak betul walaupun bayar gaji mahal dan beri pelbagai kemudahan. Pekerja sentiasa betul, amanah dan jujur.
ARTIKEL MENARIK: “Muka Mummy, Perangai & Cara Cakap Baba.” Berlakon Jadi Doktor, Warganet Puji Bahasa Melayu Jebat Jayden
ARTIKEL POPULAR: “Teruja Nak Kongsi Berita Indah. Saya Hamil!.” Alahan Teruk, Dr Amalina Syukur Suami & Ibu Banyak Bantu
BACA INI JUGA : “Heykal Sakit Ke? Nampak Kurus Betul.Hampir Tak Kenal.” Penampilan Suami Faezah Elai Raih Perhatian
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
“Kena Cekal & Kuat Demi Anak-Anak. Anggaplah Kita Kesayangan Allah & Sakit Ni Hadiah DariNya. Perkongsian Seorang Pesakit Kanser

Dia disahkan menghidap kanser 3 tahun lepas iaitu sekitar bulan 5, 2015. Usai mengetahui diri menghidap penyakit yang cukup digeruni, kehidupan Nor Asiah Noh, 39 berubah 360 darjah.
Berkongsi cerita awal ketika mengetahui diri ada kanser tersebut, Nor Asiah berkata, ia bermula pada 2015 apabila melihat ada bintik-bintik merah seperti darah di bra iaitu hujung puting payudaranya.
Tetapi ketika itu katanya, dia tidak berasa sakit di bahagian tersebut dan anggap mungkin kerana gigitan nyamuk seterusnya tidak terus berjumpa doktor.
“Namun, apabila telah berlarutan beberapa hari, saya buat keputusan berjumpa doktor dan ketika itu doktor memberitahu bahawa gejala itu hanya ulser puting sahaja.
“Saya bertanya lagi sama ada ia kanser? Doktor menjawab, jika kanser pun mungkin kanser puting sahaja dan doktor hanya memberi ubat antibiotik dan krim untuk sapu luka.
“Bagaimanapun, tidak juga pulih, dan semakin merebak di sekitar payudara. Kemudian baru saya rasa ada ketulan apabila sudah hampir datang haid. Bila buat pemeriksaan doktor, sah itu kanser,” kongsinya.
Anak kelahiran Kelantan ini juga melakukan pembedahan membuang sebelah payudaranya setelah setahun mengetahui ada kanser. Selain itu, dia juga perlu melalui tempoh kemoterapi selain banyak berpantang demi menjaga kesihatan.
“Banyak benda yang akak tak boleh makan, contoh daging lembu, taufu fa(soya bean), gula putih dan sebahgainya. Waktu itu, kehidupan akak hanya di hospital, berulang alik untuk rawatan dan temu janji.
“Dulu akak aktif bersukan tapi dah kena kurang kan sebab cepat penat. Tapi akak masih lagi terlibat dengan aktiviti kumpulan kanser mcm fun run, charity. Malah dari situ akak kenal ramai kawan-kawan senasib melalui support grup.
Ibu kepada empat cahaya mata ini bagaimana pun bersyukur kerana anak-anak banyak memberi sokongan untuk dia lebih kuat.
“Pada asal nya susah untuk akak nak terangkan pada anak-anak. Tapi alhamdulillah yang besar-besar rajin mencari info melalui bahan bacaan bagaimana nak handle pesakit kanser mcm diet semua tu. Sebagai ibu, akak bersyukur sangat dapat anak-anak yang cukup prihatin.
“Yang ada kini hanyalah untuk anak-anak, jadi saya perlu kuat. Tidak boleh tunjuk yang saya ini sakit depan mereka. Anak yang sulung umur 19 tahun, kedua 18 tahun, ketiga pula tingkatan dua dan bongsu darjah enam. Alhamdulillah anak-anak faham dengan penyakit yang saya alami terutama yang sulung dan kedua.
“Mereka selalu mengingatkan saya agar jaga kesihatan, jaga makan, bersenam dan rehat secukupnya. Sebagai ibu saya sangat terharu. Kerana mereka jugalah perasaan untuk sihat tu kuat, ada semangat juang. Semua itu sebab anak-anak.
“Bagi akak, anak-anak hanya ada akak je. Kalau akak tak ada, mana mereka nak tuju. Tiap kali sedih, akak akan lawan. Menangis tu perlu kerana daripada situ akak mencari kekuatan.
“Lagi satu mak dan ayah yang banyak berkorban masa dan tenaga menjaga akak masa dalam rawatan. Terutama sekali mak yang masakkan bubur, suap kan lagi. Belum bab tak tidur menjaga akak. Jadi, akak bertekad untuk cepat baik agar dapat membalas jasa mak dan ayah.
“Selain itu, akak sendiri nak tengok anak-anak membesar dan berjaya depan mata,” ujar Asiah yang kini masih lagi dalam rawatan susulan di Pusat Kanser Negara.
Mengakui bukan mudah melalui semua ini, ditambah pula apabila ada benda yang membuatkan diri mula ‘down’.
“Bila sebut bab ‘down’ memang susah nak elak perasaan ini. Ditambah pula di sekeliling kita ni sebenarnya banyak negatif vibes tau. Terutama orang di sekeliling kite. Sebab itu seboleh mungkin, elakkan dari toxic people ni.
“Mereka tak penah kena kanser jadi takkan faham kita. Cuba cari apa yang buat kita happy. Create masa bersama family. Minta dengan Allah untuk reda, bila kita reda, perasaan bahagia tu akan automatik hadir.
“ Insyallah. Allah tu selalu ada untuk kita. Kena yakin dan percaya bahawa ini lah hadiah untuk kita. Dengan cara ini Allah sedang mengampuni dosa dan mengangkat darjat kita.
Menurut Asiah lagi, dia bukan orang pertama menghidap kanser.
“Arwah nenek di sebelah mak mengidap kanser tiroid. Begitu juga arwah nenek di sebelah ayah, kanser ovari.
“Nasihat akak pada pejuang kanser di luar sana, terus kan berjuang. Cekal kan diri, kuat kan semangat. Kita adalah insan kesayangan Allah dengan diuji dengan nikmat kesakitan yang tiada hujung, tapi kena ingat, syarat mati bukan lah kanser.
“Kepada masyarakat, akak mohon agar sama-sama membantu golongan pesakit kanser ini. Tak kisah la kanser ape pun. Sokongan moral anda semua amat berharga. Terima kasih juga kerana meraikan pesakit kanser payu dara melalui kempen-kempen di sepanjang bulan Oktober ini.
Kos Rawatan RM5.4 Juta, Ibu Ini Gigih Bawa 30kg, Sembilan Bayi Kembar Lahir Serentak, Pecah Rekod Dunia.

Hebatnya, Wanita Ini. Pecah Rekod Dunia, Ibu Ini Gigih Bawa 30kg, Sembilan Bayi Kembar Lahir Serentak!
Rezeki itu datang pelbagai cara bukan hanya wang sahaja. Kisah seorang ibu pada tahun 2021 telah meraih perhatian dunia apbila seorang ibu pernah memecahkan rekod dunia apabila berat perutnya mencapai 30 kilogram (kg) sewaktu mengandungkan kembar sembilan seperti yang dilapor Daily Mail.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Siapa sangka, mereka telah mendapat sembilan bayi kembar serentak. Pasangan bertuah ini berasal dari Mali, Halima Cisse, 26, dan suaminya, Kader Arby, 35, meraikan kedatangan sembilan anak kembar mereka dengan memuat naik gambar-gambar bersama.
Pasangan ini tidak menyangka dikurniakan cahayamata seramai sembilan orang setelah doktor memaklumkan bahawa (hayat) anak-anak itu hanya mampu bertahan sebanyak 50 peratus. pasangan ini hanya menyangka bakal menimang kembar tujuh tetapi kuasa Tuhan siapa untuk kita menidakkkan.
Akhirnya sembilan kembar berjaya dilahirkan dalam keadaan selamat. Ibu kepada kembar sembilan yang gigih ‘membawa’ perut seberat 30 kg termasuk air ketuban itu melahirkan kesemua bayi berkenaan di Klinik Ain Borja di Casablanca, Maghribi.
HAMPIR MERAGUT NYAWA
Menerima rawatan selama dua minggu di Hospital Point G di Bamako, ibu negara Mali, sebelum dipindahkan ke Maghribi berkat (bantuan) Presiden Peralihan Mali, Bah N’Daw pada ketika itu.
Difahamkan, setiap anak dilahirkan melalui proses pembedahan (caesar). Bagaimanapun, Halima dilaporkan hampir meninggal dunia ekoran kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan kesemua kembar sembilan itu serentak.
LAHIR TAK CUKUP BULAN & KOS RAWATAN RM5.4 JUTA
Tambahan pula, setiap daripada mereka lahir dengan berat antara 0.5 kg hingga 1 kg dan terpaksa berada dalam inkubator di unit perawatan intensif klinik berkenaan sejak Ogos hingga beberapa bulan, sebelum dibawa pulang ke rumah mereka di Timbuktu, Mali.
Kesemua kos rawatan perubatan yang perlu dibayar bernilai RM5.4 juta dan sebahagian besarnya ditanggung oleh kerajaan Mali. Sementara itu, Kader yang berkhidmat sebagai tentera laut pula mengakui bahawa membesarkan keluarganya adalah sesuatu yang mencabar, khususnya dari segi kewangan.
Difahamkan, Halima dan Kader mula mendirikan rumah tangga mereka pada tahun 2017 lalu dan sudah memiliki seorang anak perempuan bernama Souda yang berusia dua tahun setengah – sebelum kehadiran kembar sembilan.
EMPAT LELAKI LIMA PEREMPUAN
Berdasarkan gambar-gambar yang dirakam oleh jurufoto, Peter Allen, kesemua kembar sembilan itu terdiri daripada empat lelaki dan lima perempuan. Difahamkan, kesemua anak lelaki kembar itu dinamakan sebagai Oumar, Elhadji, Bah dan Mohammed VI yang memakai baju berwarna hijau.
Manakala lima lagi anak perempuan yang memakai pakaian berwarna merah jambu dan biru muda pula dinamakan sebagai Adama, Oumou, Hawa, Kadidia dan Fatouma. Comel kan?
Setiap daripada mereka mempunyai berat yang berbeza dengan didahului Kadidia (2.8 kg), Mohammed VI (3.3 kg), Fatouma (3.1 kg), Oumar (2.4 kg), Hawa (1.5 kg), Adama (2.7 kg), Bah (2.9 kg), Oumou (2.7 kg), dan El Hadji (1.8 kg).
Untuk pengetahuan pembaca, sesuatu yang menarik di sini adalah, nama Bah yang diberikan kepada salah seorang kembarnya adalah bersempena (idea) campur tangan presiden Mali, manakala Mohamed VI pula sebagai penghormatan kepada Raja Maghribi.
Kesemua anak kembar sembilan Halima dan Kader diberikan nama masing-masing selepas tujuh hari kelahiran mereka, seiring dengan apa yang digalakkan ajaran Islam. Tambahan pula, walaupun lahir di Maghribi, kembar sembilan itu mendapat kerakyatan Mali.
Terdahulu, pada tahun 2009 rekod kembar teramai dipegang oleh Nadya Suleman yang berasal dari Amerika Syarikat. Menurut laporan Daily Mail, wanita itu telah melahirkan kembar lapan serentak dengan selamat.
Sumber: Daily Mail
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club