‘Sejuk perut ibu mengandung’, kita biasa dengar ungkapan ini disebut-sebut bila seorang anak itu dilihat begitu baik ikhlaknya, mendengar kata dan membahagiakan ibu bapanya. Pastinya sebagai ibu, bila dianugerahkan anak-anak ini kita akan berasa sungguh beruntung dan bersyukur tidak terhingga.

Itulah juga yang dirasakan oleh Ozlynn dan meluahkan rasa syukurnya di instagram berkongsi cerita berkenaan anak lelakinya Haziq. Haziq dilihat sebagai seorang anak yang rajin dan sanggup pula menemaninya ketika menjayakan sesi penggambaran.

Menurut Ozlynn walau dia lewat habis kerja sekali pun, anaknya itu tetap menjalankan tanggungjawab dengan baik dan ikut setiap pesanan ayahnya.

Betul-betul Ikut Cakap Papa

“Betul-betul Ikut Pesan Papa..”- Ozlynn Terharu Anak Lelaki Teman Pergi Shooting, Jadi PA!

Setiap kali pengarah cakap ‘cut, Haziq akan terus datang dan membawa sebotol air serta skrip. Sebagai ibu, Ozlynn terharu dan memberi pujian buat Haziq kerana berjaya menjadi pembantu peribadi yang sangat baik. Tambah Ozlynn, Johan sudah memberi pesanan kepada Haziq sebelum mengikutnya pergi bekerja. Setiap pesanan yang diberikan oleh Johan ternyata berjaya dituruti oleh Haziq.

The Best p.a … lewat mcm mane pon abes keje ttp jalankan tanggungjwp jaga mama, air botol mama kat tgn dgn skrip.. director cut je air smp trus depan muka dgn skrip.. betul2 dia ikut apa yg papa dia pesan..

Bercerita lanjut berkenaan sikap anak lelakinya itu, Ozlynn akui di rumah juga Haziq memang sangat ringan tulang untuk membantunya membuat kerja-kerja rumah hatta ketika memasak sekali pun ada sahaja bantuan yang diberikan oleh Haziq.

haaaaaa masalah dia satu.. tdo lewat nk bgn subuh jek… hekk hekkk hekkk.. rengek… haaa part nih mama kena bwk bersabar sikit la.. 😂.. makna ada kelebihan ada jugak kekurangan.. tp yg paling best dia selalu offer diri nak tlg .. even kita tgh masak pon dia akan tanya.. ada benda yg haziq boleh tlg.. haihhh my bambam yg syomel!!

Diposting yang sama juga, Ozlynn turut bercerita tentang sikap suaminya.  Johan juga seorang yang sangat rajin dan sentiasa membantunya untuk mengurukan kerja rumah. Tambah Ozlynn lagi, suaminya sudah tahu apa yang perlu dibuat tanpa perlu disuruh itu dan ini. Berikutan daripada itu, Ozlynn berasa senang hati dan bersyukur kerana dianugerahkan suami dan anak-anaknya yang tahu laksanakan tanggungjawab dan tugas masing-masing.

Ads

 

Sumber : Ig @jozlynnhanania

Jom tonton video menarik adik-adik Bintang Kecil di Scream Park Sunway Lagoon.

Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.

Ads

ARTIKEL MENARIK : DIY Rak Tinggi Di Dinding Untuk Tambah Ruang Simpan Barang. Praktikal & Jimat Ruang!

Baca Ini Juga :Rupanya Kalau Ada Ekzema Bukan Makanan Laut Je Kena Pantang, Tapi 12 Jenis Sayur & Buah Ni Juga!

Ads

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

“Betul-betul Ikut Pesan Papa..”- Ozlynn Terharu Anak Lelaki Teman Pergi Shooting, Jadi PA!

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI