“’Betting’ Dengan Suami Teka Jantina Anak. Best Lah Kalau Dapat Baby Girl.” Elfira Loy Dedah Diri Sedang Berbadan Dua.

Share

Teka teki pelakon kecil molek ini berbadan dua akhirnya terlerai bila mana empunya diri mengesahkan perkara tersebut. Menurut Elfira, dia dan suami, Muhammad Faris Khairol Anuar antara orang yang paling gembira dan bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Yang Maha Esa.

 

“Alhamdulillah. Memang kalau orang orang tanya dengan saya memang saya akan jawab. Tapi sebelum ini masih baru, cuma ini saya lebih yakin sebab sebab dah ‘check up’ dan baby pun sihat. Pengumuman saya pada hari ini dengan keizinan daripada suami. Dia pun terkejut dan bersyukur kerana katanya bayi kami sihat.

 

“Saya sangat gembira kerana sekarang ini banyak kes wanita yang susah untuk mendapatkan cahaya mata. Saya tak sangka rezeki saya datang awal walaupun baru empat bulan berkahwin.

“Saya harap semua orang terus mendoakan saya seperti mana sebelum ini. Rezeki ini datang lebih awal dan ini satu anugerah dan rahmat dariNya. Salah satu doa saya termakbul dengan cepat” ujar Elfira yang enggan menghebahkan usia kandungannya.

Dia dalam pada itu mengakui

Elfira ditemui usai majlis pelancaran koleksi raya, ‘Elfira X McVogue’ di Flora Terrace, Kuala Lumpur hari ini.

Tambah Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, dia tidak mengalami sebarang alahan semasa hamil.

“Sebelum  ini saya memang ada buat pemeriksaan sendiri tapi tak percaya, tetapi selepas itu berjumpa doktor dan sahkan saya hamil. Setakat ini, saya tidak mengalami sebarang alahan kerana pada awalnya saya tidak tahu saya hamil.

“Cabaran paling kuat waktu itu saya tengah shooting dua drama selain dua telemovie. Waktu itu trimester pertama, memang penat tapi saya cuba kuatkan kerana tengah kerja. Alahan semua tiada sangat, apabila balik rumah terus keluar semua.

“Kalau ikutkan tahun ini nak bergiat aktif dalam lakonan semula. Tapi nampaknya tak boleh berbuat demikian. Saya cuba shooting waktu hamil tapi susah. Jadi tak boleh nak ambil tawaran berlakon. Badan penat dan walau sekuat mana pun badan kita tapi ada nyawa lain dalam diri kita. jadi susah nak kawal.

“Ada production yang tahu saya hamil lagi mereka nak ambil, tapi saya rasa tak boleh terlalu memaksa kerana ini kandungan pertama. Kita tak tahu macam mana, kita rasa ok dan aktif tapi akan datang tak tahu, jadi lebih baik saya berhenti sekejap,” ujar El lagi.

“Saya tak kisah jantina janji dia keluar dengan selamat. Tapi saya dan suami saja ‘betting’ dengan suami sama ada perempuan atau lelaki. Tapi tak tahu yang mana lagi. Tapi bestlah kalau dapat anak perempuan,”ulas El lagi.

Mengulas lanjut mengenai kolaborasi bersama  MC Vogue, akui El terdapat empat rekaan terhasil melalui kerjasama ini. Hadir dengan empat rekaan unik koleksi Hari Raya Aidilfitri, cetusan ilham idea Elfira dan sentuhan kreativiti pereka bentuk pakaian MC Vogue sendiri, pastinya koleksi ini juga menyerlahkan sisi gaya dan karakter Elfira yang bergelar isteri 1 Januari yang lalu. Lalu terhasillah nama Elfira Loy X MC Vogue.

Berkongsi keterujaan itu, Elfira Loy sendiri juga amat realistik dengan kerjasama terjalin.
Gaya minimalis yang diserlahkan pelakon berkenaan juga memberi inspirasi kepada pihak MC Vogue untuk menampilkan kolaborasi unik dengan konsep ‘Fairy Forest’.

“Ini adalah kolaborasi pertama saya bersama jenama fesyen. Saya bersetuju untuk jalinkan kolaborasi ini kerana MC Vogue sendiri sentiasa mengeluarkan pakaian dengan harga yang berpatutan kepada ramai orang. Ia tepat dengan konsep saya yang bergaya dengan gaya berpatutan atau ukur di badan sendiri .

“Butik MC Vogue memang antara destinasi pilihan saya setiap kali membeli belah. Memang berbaloi. Tak sangka pula ditawarkan kerjasama ini beberapa bulan lalu. Memang terkejut pada awalnya. Tapi saya bersyukur kerana menjadi pilihan mereka.