Mengamalkan penjagaan kulit wajah tidak semestinya dengan produk  yang mahal sahaja. Sebaliknya, bahan-bahan semula jadi juga boleh membantu. Selain itu, menjaga pemakanan dan pengambilan makanan tambahan juga termasuk dalam list untuk penjagaan kulit. Tak salah juga kalau kita nak cuba pelbagai petua. Biarlah seiring petua dan pemakanan. Baru hasil nampak lagi mantap!

Dua kaedah guna bahan semulajadi ini boleh kekalkan kecantikan sebenar kulit kita. Malah paling penting membantu mengatasi pelbagai masalah lain. Jom amalkan sama-sama.

Betik Rawat Kulit Mati

Macam tak percaya dengan kuasa betik ni. Tapi itulah hakikatnya. Kalau nak tahu, betik adalah antara bahan alami yang digunakan untuk mencantikakan kulit. Ia boleh menanggalkan sel kulit mati dan mengurangkan masalah jerawat. Tapi macam mana nak cantikkan kulit dengan betik ni? Ikut petua ini.

Bahan-Bahan:

Betik

Air mawar

Ads

1. Pilih betik yang masak ranum.

2. Lenyek betik sehingga halus.

3. Tuangkan sedikit air mawar dan gaulkan lagi hingga sebati.

4. Kemudian lumurkan dan gosok perlahan pada wajah. Lakukan amalan ini setiap hari.

Ads

Rawat Mata Sembab

Tak hanya betik, kentang yang selalu kita gunakan dalam masakan pun ada banyak kelebihannya. Kentang paling berkesan merawat masa sembap. Nak rawat macam mana?

Bahan-Bahan:

Kentang

Ads

1. Gunakan ubi kentang yang segar.

2. Hiris nipis ubi kentang dan letakkan potongan tersebut di atas mata selama beberapa minit.

3. Basuh dan bilas muka dengan bersih.

4. Lakukan proses ini berkali-kali hingga mata kembali pulih.

Tak susah bukan? Kalau kita perasan memang banyak produk kecantikan menggunakan dua bahan ini sebagai bahan utama. Itu membuktikan kedua bahan ini memang terbaik dan mujarab. Selamat mencuba!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI