Betik Muda Pulihkan Sakit Tumit, Petua Terbaik Pulihkan Masalah Ibu Mentua.

Share

Siapa pernah alami rasa sakit pada tumit kaki memang terasa seksa nak berjalan. Paling ketara apabila baru bangun daripada tidur. Kaki tak dapat memijak lantai dengan baik dan sudahnya jalan pun terhencot-hencot. Memang sakit.

Ubat-ubatan moden memang membantu, namun setelah ubat habis, kaki akan kembali sakit seperti sediakala. Jika mengalami sakit secara berterusan, ada baiknya anda cuba berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Manalah tahu anda mengalami masalah tumit serius seperti Calcaneal Spurr atau sebagainya.

Tapi anda juga boleh usahakan cara tradisional untuk mengurangkan sakit. Manalah tahu dengan izinNya, sakit akan makin berkurang. Berikut merupakan petua yang dikongsikan oleh AuntyN

di blog peribadinya, auntyn.blogspot.my. Sangat membantu. Jom ikut cara yang dilakukannya.

Aku post kat sini petua ni untuk sapa-sapa yang sakit tumit tu supaya boleh amalkan. Manalah tahu kan, ada yang dah lama menderita sakit tumit tu, dah cuba macam-macam tapi tak menjadi kan. Sama-sama kita cuba dan bertawakal kepada Allah sebab Allah yang menyembuhkan. Petua ni hanyalah ikhtiar dari kita dengan ilmu yang diberi kepada sesiapa yang DIA mahu.

Petuanya adalah seperti berikut :-

1. Ambil betik muda (betul-betul muda).

2. Letak atas api dapur dan bakar hingga hangus (bakar one side, dan letak atas api, jangan di balik-balik, biar jer gitu)

3. Dah hangus sebelah, angkat dan alaskan dengan kain (beberapa lapis).

4. Letakkan kaki atas betik (Jangan sampai kaki terbakar, kalau panas tambah kain lagi).

5. Biarkan kaki atas betik sehingga betik tu suam. Alihkan kain.

6. Tekan lagi kaki sehingga betik berlubang. Dalam lubang ada air, rendamkan tumit ke air ni.

7. Siap dan lapkan kaki dengan kain kering.

Kalau ada gout atau toksin, akan terdapat lebam-lebam dekat kaki. Mungkin juga akan kena cirit-birit. Begitu kata AuntyN lagi.

Selamat mencuba!

Cara Legakan Sakit Kaki
Diantara cara lain yang boleh dilakukan untuk melegakan masalah tumit yang sakit ini adalah menjaga beberapa perkara ini. Semua ini amat membantu tumit kaki kita menjadi lebih baik. Sambil amalkan petua di atas, amalkan juga kaedah ini. Semua ini akan turut sama membantu.

1. Ketika bangun dari tidur, jangan terus berjalan sebaliknya lakukan sedikit senaman kaki. Lakukan regangan kaki dengan memusingkan kaki secara perlahan-lahan.

2. Gerakan dan senaman pada kaki membolehkan oksigen dan darah sampai pada kaki dengan baik dan sakit pun makin reda.

3. Rendam kaki dengan air suam yang diletakkan garam atau air herba.

4. Jaga kaki dengan pemakaian kasut sesuai. Keluarkanlah sedikit bajet yang besar untuk membeli kasut yang selesa dan baik untuk kaki.

5. Mulakan memijak hujung kaki dan kemudiannya barulah tumit.