Sering kali kita mendengar tentang ketabahan dan pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak istimewa. Namun, jarang sekali kita membaca mengenai kisah anak yang menjaga ibu bapa istimewa.

Itulah yang ingin dikongsikan oleh wanita bernama Richie Anne Castillo yang mempunyai ayah yang menghidap sindrom Down. Mengakui awalnya dia malu untuk berhadapan dengan orang sekeliling ketika masih kecil, namun segalanya berubah apabila menginjak ke alam dewasa.

“Betapa Indahnya Ayah Luar Dalam. Saya Kuat & Berani Kerana Ayah.”Pernah Dibuli, Anak Ini Kongsi Rasa Bangga Miliki Ayah Sindrom Down.

 

Malah, Anne yang berasal dari Filipina berbangga memiliki ayah yang kuat dan menjadi inspirasi buat dirinya. Ini yang dikongsikan oleh Anne pada 2 Jun lalu, dia memuat naik ucapan hari lahir kepada ayahnya di Facebook bagi menunjukkan betapa istimewanya insan tersebut dalam hidupnya.

“Betapa Indahnya Ayah Luar Dalam. Saya Kuat & Berani Kerana Ayah.”Pernah Dibuli, Anak Ini Kongsi Rasa Bangga Miliki Ayah Sindrom Down.
Gambar: Facebook Richie Anne Castillo

“Ayahku sayang, hari ini merupakan detik yang istimewa dalam hidup ayah. Hari ini genap usia ayah 50 tahun dan saya berasa dirahmati kerana ayah terus menjalankan hidup yang indah dan panjang.

Ads

“Saya tahu ayah takkan mampu baca luahan ini tapi saya mahu seluruh dunia tahu betapa bangganya saya mempunyai ayah sebagai ayah saya. Saya ingin mereka tahu betapa indahnya ayah luar dan dalam.

“Betapa Indahnya Ayah Luar Dalam. Saya Kuat & Berani Kerana Ayah.”Pernah Dibuli, Anak Ini Kongsi Rasa Bangga Miliki Ayah Sindrom Down.

“Ayah, saya mengambil masa bertahun-tahun untuk mengumpul kekuatan menghadapi semua orang. Semasa sekolah rendah, saya dibuli kerana mereka cakap ayah berbeza. Sebagai kanak-kanak, saya tidak nampak perbezaan itu, yang saya nampak ialah ayah merupakan ayah saya. Saya tidak faham kenapa mereka mengejek dan memanggil saya tidak normal. Setelah beberapa lama, barulah saya faham. Saya menjadi penakut setelah itu.

“Betapa Indahnya Ayah Luar Dalam. Saya Kuat & Berani Kerana Ayah.”Pernah Dibuli, Anak Ini Kongsi Rasa Bangga Miliki Ayah Sindrom Down.

Ads

Anne turut menyifatkan ayahnya sebagai insan yang paling berani dan kuat kerana jarang sekali mengeluh walau terpaksa menjalani pelbagai prosedur kesihatan.

“Selama ini, ayah jarang sekali merungut walau terpaksa disuntik, dibedah di sana sini, dialisis dan banyak lagi.

“Betapa Indahnya Ayah Luar Dalam. Saya Kuat & Berani Kerana Ayah.”Pernah Dibuli, Anak Ini Kongsi Rasa Bangga Miliki Ayah Sindrom Down.
Gambar: Facebook Richie Anne Castillo

“Saya pernah tengok ayah ketika ayah terlalu penat dan sakit. Saya pernah lihat ayah menangis kerana lutut ayah sakit. Saya tidak dapat rasa kesakitan itu tapi saya harap mampu mengambil tempat ayah supaya ayah tidak sakit lagi.

“Ayah, maafkan saya jika tidak membawa ayah ke pantai dengan lebih kerap atau tidak bawakan dimsum kegemaran ayah atau tak cukup kerap melawat ayah.

Ads

“Betapa Indahnya Ayah Luar Dalam. Saya Kuat & Berani Kerana Ayah.”Pernah Dibuli, Anak Ini Kongsi Rasa Bangga Miliki Ayah Sindrom Down.

“Satu perkara yang saya kesali ialah menyembunyikan ayah dari hidup saya kerana saya masih lagi kanak-kanak sama yang takut dibuli. Tapi saya sayangkan ayah lebih dari yang ayah tahu dan saya sentiasa terinspirasi dengan ayah.

“Selamat hari lahir yang ke-50 ayah! Saya kuat dan berani kerana ayah. Saya sayang ayah. Saya dah cukup besar untuk pertahankan diri dari pembuli.”

Sumber: Richie Anne Castillo 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI