Betapa Beruntungnya Direzekikan Jadi Suri Rumah. Ni Perkongsiannya!

Share

Memilih untuk menjadi suri rumah tangga sepenuh masa mungkin tidak semua antara kaum wanita memandang ia sebagai satu kerjaya yang istimewa.

Sedangkan hakikatnya andai direzekikan untuk menjadi surirumah sepenuh masa, terlalu banyak kebaikannya kepada keluarga bahkan untuk diri sendiri. Hal ini tidak semua wanita memperolehi kelebihan itu.

Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Azlia Ajid.

Ini perkongsiannya.


Untung sangat seorang wanita yang ada rezeki jadi suri rumah walau tak bergaji. Seronok ya amat sebenarnya.

1. Boleh susun masa sebaiknya nak baca Al-Quran, Dhuha, Qada Solat yang tinggal masa muda remaja dan solat awal waktu. Kitalah boss kat rumah masa kita “kerja” uruskan rumah sepanjang siang. Tak payah risau nak curi masa or terlajak ambil waktu bekerja nak jaga bab-bab Ibadah sunat ni.

Bagi saya, ini nikmat paling besar. Semua ni amalan paling baik nak jadi mulia disisi Allah dan juga boleh jadi amalan terjemputnya rezeki keluarga. Ada rezeki dapat jaga perkara paling mahal didunia ini, beruntungnya kita.

2. Semua kerja dalam rumah jadi ladang pahala bila buat kerana Allah. Kemas dapur, masak, buang sampah, lipat baju, mandi kan anak, sikat rambut anak, setiap satunya Insya-Allah pahala banyak gais.

Bonus, sambil buat kerja kita dapat exclusive bonding time dengan anak-anak. Ya Allah, ini rahsia paling besar nak didik anak cemerlang dunia akhirat. Bila besar nanti Insya-Allah anak tetap sayang dan selalu nak balik jumpa kita.

3. Kalau kita nak, boleh sahaja di uruskan bisnes online dari rumah. Katalah nak buat duit extra untuk beli reward diri, nak bantu suami atau apa sahaja. Seronok tau kita boleh susun masa sendiri.

Yang utama, pastikan perniagaan yang kita buat ni menceriakan dan melengkapkan keperluan hidup , bukan akan buat kita stress kejar reward sampai terabai keluarga. Ini penting kita jaga supaya kesejahteraan keluarga terjaga.

4. Rumahku Syurgaku. Haa masa nilah ada banyak masa nak hias rumah DIY ke apa-apa kan. Nak buat ruang lepak, deco sana-sini. Kita buat sampai rumah jadi anggun, bila suami balik rasa tak nak keluar je lepas waktu bekerja. Haa syiok ehhhhh.

5. Kalau rumah mak ayah atau mentua dekat, kena pula kita kamcing dengan mentua, sehari seminggu buat aktiviti melawat mereka dengan anak-anak. Biarpun suami sibuk kerja, kita santuni orang tua, bantu suami raikan ibu bapa suami, Insya-Allah hidup sangat bahagia dan rezeki melimpah ruah.

Ini pun boleh jadi “kerja” tetap kawan-kawan. Banyak hikmah bila buat tugas ni setiap minggu!

6. Dapat fokus didik anak nak jadi soleh solehah. Ini paling agung wey. Kita sendiri jadi guru juga di rumah bertungkus lumus susun dan rencana perjalanan nak jadikan anak kita khalifah Allah yang cemerlang. Allahuakbar. Nikmat dia lain macam tau.

Seronokkan bila baca kelebihan suri rumah begini, apatah lagi bila sendiri dapat melaluinya. Subhanallah. Memang best ya amat.

Ini baru sebahagian dari kenikmatan seorang suri rumah, sebenarnya banyak lagi kalau nak tulis.

Kawan-kawan. Percayalah tidak kira jika ada apa pun tanggapan orang lain pada suri rumah yang mungkin menyedihkan hati kita satu ketika, tapi bila kita sayang Allah, kita paham peranan kita di dunia sebagai isteri dan ibu, Insya-Allah kita akan hargai nikmat jadi suri rumah ini.

Suri rumah adalah pekerjaan paling mulia buat seorang isteri.

sumber : Azlia Ajid