
Sudah pastinya sekarang laman media sosial dibajiri posting daripada bekas calon SPM 2020 yang mempamerkan slip keputusan masing-masing bagi berkongsi kegembiraan.
Penat lelah berjuang demi kejayaan berbaloi akhirnya apabila mendapat keputusan yang cemerlang. Malah dapat membanggakan ibu bapa dan keluarga.
Apa yang menarik salah satu posting menerusi tiktok menarik perhatian ramai apabila sebuah keluarga menyaksikan penuh debar keputusan SPM. Namun akhirnya bersorak bagaikan menyaksikan ‘game’ bola apabila keputusan diketahui.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 308.3K tontonan dan 44.8K tanda suka perkongsian di TikTok
Perkongsian video daripada Amir Ashman, ia memaparkan ahli keluarganya sedang menunggu keputusan SPM adik perempuannya yang terpampang di skrin TV.
Meluahkan kata tidak percaya kecemerlangan adiknya yang mendapat straight A’s.
“Omg am I even her brother, pandai bongok,” .
Kelihatan ibu dan ayahnya memeluk adik perempuannya tanda bersyukur atas kecemerlangan adik perempuannya.
“Dah macam tengok bola.”
Meninjau di ruangan komen ramai yang mengucapkan tahniah atas kejayaan. Namun apa yang mencuit hati ada yang menyifatkan cara keluarga ini melihat keputusan peperiksaan SPM ahli keluarganya bagaikan melihat permainan bola sepak. Bahkan ada yang memuji melihat keharmonian keluarga bahagia.
Sumber: @amirashman (TikTok)
Belian menarik di sini
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR BUAT ROTI UNTUK KELUARGA secara online, daftar segera! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
“Nikmat Perasaan Allah Bagi Pinjam Tak Dapat Gambar Dengan Kata-Kata.” Manjakan Anak Perempuan, Netizen Puji Norman Hakim Ayah Yang Sweet!

Isi Kandungan
ToggleMelihatkan hubungan anak dan ayah ni memang cukup meruntunkan jiwa yang memandang. Betapa erat dan mesranya hubungan mereka.
Biar sibuk dengan urusan kerja, namun si ayah selalu ‘mencuri masa’ untuk bertemu dan bertanyakan khabar si anak. Keprihatinan Norman Hakim terhadap anak-anaknya membuatkan netizen respek dan menjadikannya bapa contoh.
Bahkan, setiap kali masa terluang mereka sekeluarga akan keluar bersama. Walaupun sudah berpisah, namun demi anak-anak hubungan Norman Hakim dan Abby Abadi tetap baik demi anak-anak. Lagipun masing-masing sudah punya kehidupan dan pasangan sendiri.
Terbaru, suami kesayangan Memey Suhaiza memuat naik satu video ketika melawat anak perempuannya, Marissa Dania di asrama sekolahnya.
Menurut Norman menerusi kapsyen, dia dari Port Dickson singgah untuk melihat anak perempuannya di asrama.
“Dropping by to visit my cenonet kat asrama otw back to KL from PD.Nikmat perasaan Allah bagi pinjam yg tak dpt nak gambar dgn kata2 walaupun sekejap bila dapat lepas rindu kat anak,”tulis Norman.
Gelagat Norman bersama anak perempuannya itu diambil oleh Abby Abadi. Perlakuan ayah-anak tersebut membuatkan netizen terharu dan mendoakan semoga keluarga tersebut sentiasa dirahmatiNya.
ellisngau Tahniah kpd keluarga ni yg sentiasa disanjung dibanggakan nitigen kerana keharmonian dan kebahagian mereka indah seperti menonton drama bersiri tapi hakikatnyua reality.Begitu indah.so bagi kita yg follow mereka jadilah follower yg sentiasa mendoakan semoga kebahagian mereka bisa kekal selama-lamanya.Amin
nazlina19 Hensemnya la bapaknya pon ?. Pandai didik ank lebih kpd agama.. tudung labuh, tahfiz..
yarn_marziana for sure sy mesti sebak tgok moment2 terindah mcm ni..
maz_a_rahman Suka tgk family nie,semoga semua nya dibawah lindungan allah swt ameen
mekfifiey Mcm pakwe makwe dating hahahahaha. Ini kalau anak dia dia nak kawin habis la laki tu kena selidik
ana_syhzlin Ala sweet…anak2 prmpuan perlukan ayah yg sweet mcm ni..bru la depa xduk gatai nak cari boifren..huhu sbb dh cukup ksh syg
izyanpauzi @razalizaini sebak i tgok vedeo ni. InshaAllah ayuh kita berusaha jd ibu bapa yg soleh utk anak anak yg soleh ❤️
limitoxless_by_arriana Subhanallah..beruntungnya kamu…siap pgg tgn tu yg gugur jntung..ksh sygg smp syurgaaa
aiensuhaizan91 Btul ustaz kata,ayah mnjakn la ank perempuan… Belai la,bg dgn penuh kasih syg… Ilmu agama, sbb bila dye ada semua tuh, ank perempuan ni akn merasa diri disayangi dye xkn cri kasih syg kt luar… Tahniah @normanhakim_786
Sumber: IG normanhakim_786
Rupanya Ada 9 Cara Tanam Daun Sup Nak Jadi ‘Giant’ & Subur!

Siapa tidak suka jika sayur yang ditanam gemok merimbun kan? Nak hasilkan pokok sayur yang sebegini jika tahu teknik dan cara penjagaannya memang tidak mustahil.
Melalui perkongsian Cikgu Kebun yang viral ini, beliau berkongsi di facebook cara nak hasilkan pokok daun sup giant. Jom kita ikuti langkah demi langkah teknik Cikgu Kebun ini.
Ini antara tips dari CK yang hangpa boleh cuba semai daun sup dari biji benih supaya berjaya tanam.
Tips tanam pokok Daun Sup dari biji benih ni mudah sahaja.
Ramai orang gagal tanam pokok daun sup tapi pokok ni ramai orang suka sebenarnya.
CK juga ada kongsikan tips mudah secara LIVE bagaimana nak tanam pokok ni. Pokok daun sup untuk bagi tahan lama dan subur gebu kita kena semai dia dengan biji benih.
Selalunya orang akan beli pokok sup di pasar dan tanam dia semula. Tapi pokok tak dapat hidup lama. Last2 kita kecewa..
Jadi CK cuba bantu hangpa bagi berjaya tanam pokok daun sup.. raya korban dah dekat ni..hangpa mesti nak masak sup daging kan nanti ..hehe
Ada 9 teknik mudah yang hangpa boleh cuba dengan step yang CK nak ajar ini.
- Pemilihan jenama biji benih, selalunya CK akan guna brand yang berkualiti supaya peratus tumbuh tinggi antara jenama yang selalu CK guna adalah GreenWorld dan Ria Organik
- Teknik Semaian biji benih, CK suka gunakan teknik macam tabur dedak ayam atas medium supaya anak pokok sup tumbuh banyak. Medium semai yang CK guna adalah Peatmoss
- Lokasi semai dan tanam, ada 2 kaedah yang selalu CK buat iaitu semai terus di tempat panas atau semai dan letakkan di tempat redup. Kedua-dua cara ini berjaya jika faham teknik cahaya dan siraman air.
- Kadar siraman air, semasa semai kita kena pastikan media semai sentiasa lembab dan bila tumbuh kekalkan sehari 2 kali siram
- Penjarangan anak pokok, cara ini akan memberi ruang untuk pokok sup besar dan menjadi giant, hangpa pastikan sepasu hanya sepokok sahaja hangpa tanam.
- Pemilihan baja CK menggunakan 2 jenis baja iaitu Baja wangi serbuk organik dan Baja Liquid Organic Fertilizer(LOF). Hangpa tabur baja serbuk 2 minggu sekali seronok baja ni sebab dia bau wangi dan siram baja cecair LOF kekerapan seminggu 3 kali.
- Kawalan Serangga dan Kulat, selalunya serangga jenis bena putih dan kulat akan rosakkan pokok kita bagi menjaga pokok sup tahan lama semburan Cuka Kayu dan Bio Control dibuat seminggu sekali.
- Medium tanaman untuk pokok sayur jenis ini CK suka mengunakan campuran Tanah Merah, Sabut kelapa, Sekam bakar, sekam mentah dan baja wangi serbuk di gaul di dalam medium dengan nisbah 3:2:1:1:1.
- Pencahayaan pokok jenis daun sup ini tidak suka cahaya terus jadi bagusnya hangpa letak pokok ini bernaung di bawah pokok lain atau ditepi kawasan rumah hangpa yang cahaya cerah sahaja
Insya allah inilah teknik mudah yang CK gunakan untuk kaedah penanaman daun sup giant.
Kalau hangpa nak belajar cara tanam pokok-pokok ni bagi berjaya subur cantik, Macam mana cara pembajaan, kawalan serangga dan teknik tanaman yang betul supaya hangpa tak “give up”, Insya allah hangpa boleh belajar bersama cikgu kebun di TikTok cikgu kebun, page Gardening by Cikgu Kebun dan YouTube channel Cikgu Kebun.
Moga perkongsian dari saudara Mohd Syafiq Ahmad Khasasi atau lebih dikenali sebagai Cikgu Kebun dapat membantu mereka yang berminat bercucuk tanam dan berkebun. Berbudi pada tanah pasti ada hasilnya.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Turun Berat 30kg Tanpa Bantuan Ubat Kurus, Ikut Perkongsian Wanita Cantik Ini Jaga Badan!

Sebut pasal berat badan, bukan sahaja wanita, lelaki sekarang pun alert. Jaga makan dan minum serta pengambilan produk pelangsingan antara kaedah yang diparktikkan. Namun, ada masanya kaedah tersebut tidak membuahkan hasil pun.
Seorang wanita yang dikenali sebagai Cik Ain berkongsi kisah bagaimana dia menurunkan berat badan. Menerusi facebooknya, Cik Ain berjaya menurunkan berat sebanyak 30kg adalah satu kejayaan paling besar buat semua wanita. Ini membuatkan ramai yang terinspirasi untuk mengikut caranya.
Paling penting Cik Ain atau nama sebenarnya Nurfarahain Aziz langsung tak gunakan sebarang ubat kurus untuk turunkan berat badannya. Hanya amalkan pemakanan yang sihat sahaja katanya. Jadi kalau Cik Ain boleh mengapa kita tak boleh kan?
Jom ikut cara Cik Ain.
Cik Ain nak bagi tip ni sapa yang duk tanya apa tip. Ok ni rahsia cik ain?
Empat tahun memang saya alami masalah berat badan. Dulu tak makan nasi sehari memang tak boleh duduk. Sehari makan nasi 2 kali..hehehe pastu mesti ambil makanan manis seperti coklat, kek dan minuman manis. Dulu air putih lagi la tak minum, semuanya minum air ais ja.
Petang nak jogging tak larat, badan rasa letih, jalan lama pun tak larat. Naik tangga jadi penat sebab berat badan.
Tahun 2016 saya dah start nak diet. Memang betul betul nak diet, bukan sebab nak cantik Tapi nak jaga kesihatan.
Minggu Pertama
Start diet minggu pertama tu ambil jugak nasi cuma ambil sedikit nasi sahaja. Lepas tu ambil air putih banyak, sehari 2 botol air.
Makanan berminyak, berlemak, bertepung semua tak ambil, sebelum pukul 7 malam saya cuma makan buah atau benda-benda yang tak berat.
Minggu Kedua
Teruskan juga makan macam minggu pertama, sebab nak kurus kan…hehehe. Sarapan pagi wajib ambil telur 2 biji separuh masak, tengahari ambil nasi tapi sedikit sahaja, lauk ayam bakar, sup sayur makanan yang berebus, sayur dan ikan bakar dan rebus.
Petang makan buah dan air suam sahaja. Lapar macam mana pun, kena minum air putih banyak. Malam dah rasa kenyang sebab minum air putih banyak.
Minggu Ketiga
Makan juga macam minggu pertama dan minggu kedua, yang penting ambil air kosong banyak. Sangat bagus. Lepas pada minggu ketiga pelan-pelan tak ambil nasi cuma ambil lauk sahaja contoh bakar, rebus, dan sup sayur.
Nasi saya tak ambil. Kalau rasa lapar minum ja air putih buat kita ada tenaga sikit.
Minggu seterusnya
Sarapan pagi 2 biji telur separuh masak dan (wajib) air putih
Tengahari
Ayam bakar, sup, air putih
Petang (Sebelum 7 malam)
Buah buahan, sup sayur dan air putih
Tip nak jaga perut tak nak buncit
Lepas makan jangan mandi dan lepas makan jangan minum air selama satu jam. Lepas tu baru minum air, tapi air kosong ja..hehehe
Alhamdulillah berat semakin turun, amal jaga permakanan, jaga kesihatan ada masa petang mesti jogging seminggu 3 kali pun dah ok. Bagi keluar peluh saja. Sahari mesti minum 3 botol air kosong, buat kita jadi kenyang.
Siapa yang nak kurus, nak jaga kesihatan boleh ambil tip ni hehehe. Siapa tak nak kurus kan? Semua nak kurus kan, nak pakai baju cantik-cantik kan. So kena betul-betul tekad nak jaga badan, nak jaga kesihatan dan nak kurus.
Kalau ada perkataan “nantilah aku diet”? Sampai bila nak ‘nantilah’? Sampai sakit sebab lebih berat badan. Sekaranglah kita kena ubah, siapa lagi nak ubah kalau bukan kita sendiri. Tekad yakin dengan diri sendiri.
Siapa yang duduk tanya Cik Ain sangat macam macam nak kurus. Ambil tip atas tu semua dan cuba buat. Insyaallah kalau kita yakin dengan diri kita insyaallah berjaya.
Cik Ain memang tak ambil langsung sebarang ubat kurus, Cik Ain hanya amal permakanan sahaja. Kalau cakap orang tak akan percaya orang akan kata makan ubat kurus. Tapi sebenarnya cuba amal permakanan yang sihat macam cik ain cakap ni. Insyaallah. Alhamdulillah sekarang turun 30kg, cuma amal permakanan yang sihat sahaja.
Kredit: Nurfarahain Aziz