Ada orang mampu mempertahankan persahabatan mereka daripada zaman kanak-kanak hingga dewasa. Ada yang mula bersahabat ketika di universiti hingga ke alam pekerjaan, malah tidak kurang juga masih kekal bersahabat hingga beranak pinak.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Bagi mereka yang menghargai persahabatan merasakan, hidup tanpa sahabat rasanya pasti terasa sepi sekali. Tidak ada teman yang boleh menjadi pendengar terbaik untuk berkongsi rahsia. Tak ada orang yang boleh diharap untuk berbahagi rasa suka dan duka.
Kalau saat ini anda masih memiliki insan bergelar sahabat yang selalu ada di sisi, sungguh anda sangat beruntung. Ini kerana kawan mudah dicari namun sahabat yang sejati sukar ditemui.
Menyentuh tentang erti sahabat, baru-baru ini menerusi perkongsian di Instagram, Sheila telah memuat naik videonya yang sedang melihat bil ketika makan bersama rakan selebritinya Sharifah Shahora dan Maria Tunku Sabri.
“Ramai antara kita nak sahabat yang baik. Tapi pernah ke kita cuba jadi sahabat yang baik?
“Kalau ada sahabat yang baik, yang selalu membantu kita dalam ketaatan, mendengar masalah kita tanpa mengaibkan kita, maka genggam erat tangan mereka, kerana mencari sahabat tu susah, melepaskan super easy!!
“Thank you Maria belanja lunch Sharifah Shahora turn ko belanja kat Bangkok!! Love korang
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya kagum dan mendoakan agar persahabatan mereka bertiga berkekalan. Malah tidak kurang juga yang terhibur melihat gelagat mereka tiga sekawan yang terlihat begitu lucu saat melihat bil makanan mereka.
😂😂😂😂😂😂😂 risau mcm kena sawan 🤭🤭🤭🤭 tapi syok tau kwn2 perangai sekepala gila mcm ni… Susah senang sesama…tak Kira la dah kahwin ke belum ke…still bersama… Semoga kekal persahabatannya ye sis❤️, tulis cikgumanggis_
Manakala Jazslinsam pula mendoakan semoga persahabatan ini terus kekal hingga ke syurga.
Tidak dinafikan ada juga yang gembira melihat persahabatan yang terjalan antara mereka bertiga, ini sebagaimana komen nisakhayraa,”Suka la tgk uolls bertiga ni..moga persahabatan sis ni bertiga till jannah.Aamiin❤️”
Walaupun kucing kadang-kala berperangai seperti dialah tuannya, tetapi ada masanya keletah dan gelagat si comel ini tetap mencuit hati kita. Pada masa yang sama, ada juga yang meraikan hubungan dengan kucing lebih daripada sekadar tuan dengan haiwan perliharaan.
Oleh sebab itu, ada sesetengah pemilik menghargai jasa kucingnya yang telah menemani sepanjang kehidupan harian dengan menyambut hari kelahiran kucing tersebut seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial, Rohaya Salleh di Facebook Kumpulan Kucing Sepahkan Apa Hari Ini?
Difahamkan kucing yang diberi nama ‘Kim Tae O‘ itu telah di jaga oleh Rohaya sejak berumur 5 bulan lagi, jelasnya. Dalam satu ucapan yang dimuat naik itu bertulis, “Happy birthday Tuan Muda. Hanya ini yang mampu bibik sekalian sediakan.
“Bibik tumpang makan sekali yer. Yang dalam bakul tu khas untuk tuan muda sorang jer, bibik tak teringin yang tu.
“Semoga sihat selalu dijauhkan dari merbahaya dan cepat bertemu jodohnya,” tulis Rohaya Salleh.
Menjengah ke ruangan komen yang dibanjiri oleh warganet lain, penuh dengan kata-kata positif yang disampaikan.
“Happy birthday sayang. Semoga sihat selalu, dipanjangkan usia serta bibiknya sentiasa dimurahkan rezeki untuk menjaga tuan muda sebaiknya. Bestnya, boleh achik mintak sikit SR tu. Tuan muda golongan have-have ni,” kata Ranizah Ali.
“Waw secret recipe. Kerlass kau ceng. Apa-apa pun eppy befdey to you,”komen Fitri Intan.
“Happy birthday tuan muda! Semoga cepat bertemu jodoh!,” kata Nurul Azyyati Faqihah.
Jika anda meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak berbumbung dengan sinaran matahari yang terik menyebabkan haba panas kuat terasa. Apa tidaknya bahang di dalam kereta menyebabkan anda berpeluh. Keadaan ini menimbulkan ketidaselesaan terutama sekali apabila menaiki kenderaan.
Untuk mengurangkan haba masa, kita akan membuka sedikit tingkap namun cara ini cukup bahaya. Tak pasal-pasal nanti kereta kita hilang kena curi atau mungkin jika hujan turun dengan lebat habis basah tempat duduk dek tempias.
Biasanya kita akan hidupkan enjin serta hidupkan aircond. Cara ini walaupun akan mengurangkan kepanasan, tetapi mengambil masa yang agak lama untuk menyejukkan suhu di dalam kereta anda.
Atau mungkin ada yang membuka pintu dan tingkap luas-luas bagi mengeluarkan haba tersebut. Kemudian, membuka air-cond bagi membolehkan kereta kembali sejuk. Sebenarnya, ada cara lain yang lebih mudah dan praktikal. Hanya dengan pulas butang fungsi ini maka masalah anda dapat diselesaikan.
1. Flap air-cond ditutup sewaktu memandu untuk kekal sejuk.
Waktu memandu pastikan anda tutup flap air cond kereta supaya pengudaraan kereta beredar hanya dalam kereta sahaja dan kekalkan udara sejuk. Rasanya semua orang lakukan semua ni bukan?
2 Sewaktu parking, pastikan flap air cond dibuka.
Ketika parking kereta, buka flap aircond tadi. Jadi, udara panas tidak akan terperap di dalam kereta dan membuatkan kereta berbahang. Itulah tujuan flap aircond.
Setelah seminggu beraya dan masing-masing sudah pulang ke kediaman masing-masing, rata-rata tidak lepaskan peluang untuk laksanakan ganti puasa puasa ramadan dan puasa enam.
Bila dah puasa ni, masuk pula pejabat, mula lah meriah kawan-kawan bawa makanan itu ini setelah seminggu bercuti. Kita pula yang jadi serba salah bila dijamu makanan tapi tak boleh makan sebab puasa ganti tersebut. Tapi… Sebenarnya, boleh ke kalau kita nak sesaja batalkan puasa tersebut ye? Hmm kalau nak tahu, jom semak jawapan dari Mufti Wilayah Persekutuan ini!
Soalan
Assalamualaikum, saya ada satu persoalan berkenaan dengan puasa ganti yang saya tinggalkan pada bulan Ramadan. Waktu saya ganti puasa tersebut, rakan saya menjemput saya untuk makan persoalannya, adakah boleh saya membatalkan puasa saya untuk memenuhi jemputan rakan saya itu. Sekian terima kasih.
Ringkasan Jawapan
Puasa ganti Ramadan adalah fardhu ain dan wajib ditunaikan. Oleh itu, tidak boleh memutuskannya atau membatalkan secara sengaja malah berdosa besar sekiranya melakukannya. Di samping itu, wajib menyelesaikannya sehingga sempurna melainkan dalam keadaan uzur yang disyariatkan seperti sakit, haid, atau bermusafir.
Huraian Jawapan
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Puasa Ramadan merupakan puasa yang wajib dikerjakan apabila tiba pada waktu yang ditetapkan. Ia telah ditetapkan oleh syarak ke atas setiap umat Islam sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Surah al-Baqarah, 183)
Namun, sekiranya seseorang itu tidak mampu untuk berpuasa atas sebab keuzuran seperti sakit, musafir, haid dan sebagainya maka wajib ke atasnya untuk menggantikan semula pada hari yang lain. Firman Allah SWT:
Maksudnya: Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain
(Surah al-Baqarah, 184)
Berbalik kepada persoalan yang diajukan, hukum menggantikan puasa yang ditinggalkan pada bulan Ramadan adalah wajib. Oleh itu, tidak boleh untuk membatalkannya dengan sengaja tanpa uzur yang disyariatkan oleh syarak. Ini seperti hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Hani’ RA, katanya:
Maksudnya: Wahai Rasullullah, sesungguhnya aku telah berbuka sedangkan aku berpuasa”. Maka Rasulullah SAW berkata kepadanya: “Adakah kamu sedang mengqadhakan sesuatu (puasa)”. Beliau berkata: “Tidak”. Sabda Rasulullah SAW: “Maka tidak memudaratkan kamu (tidak berdosa) sekiranya ia puasa sunat
Rwayat Abu Daud (2456)
Dalam hadis ini Rasulullah meminta penjelasan dari Ummu Hani’ samada beliau berpuasa qadha tertentu dan setelah dijelaskan ianya adalah berpuasa sunat maka Rasulullah SAW menjawab bahawa tidak berdosa untuk sengaja berbuka bagi puasa sunat. Ini bererti jika puasa qadha maka adalah tidak dibenarkan untuk berbuka dengan sengaja .
Imam Taqiyuddin al-Hisni menyebut di dalam karyanya kifayah al-Akhyar:
Maksudnya: Sesiapa yang mengerjakan puasa ganti, sekiranya puasa yang perlu digantikan segera (seperti puasa yang sengaja dibatalkan tanpa uzur) begitu juga, sekiranya puasa boleh dilewatkan ganti (puasa yang batal kerana uzur tertentu seperti musafir dan sakit), menurut pandangan yang sahih dan nas daripada Imam al-Syafi’e di dalam al-Umm bahawa tidak boleh membatalkannya kerana telah melakukan perkara yang wajib dan tidak ada keuzuran. Oleh itu, dia wajib menyempurnakannya sepertimana seseorang yang menunaikan solat pada awal waktu maka tidak boleh membatalkannya.
(Rujuk Kifayah al-Akhyar, 1/207)
Puasa ganti Ramadan merupakan fardu ain yang diwajibkan ke atas mereka yang meninggalkannya. Oleh itu memutuskannya atau membatalkannya dengan sengaja adalah haram bahkan ia menyebabkan dosa yang besar. Syeikh Jamal menyebut di dalam hasyiahnya bahawa:
Maksudnya: (Menurut Imam Zakarian al-Ansari: haram membatalkan fardhu ain) sebahagian dari dosa besar sepertimana yang disebut oleh para ulama usul fiqh.
(Rujuk, Hasyiah Jamal ala Syarh al-Minhaj, 2/353)
Berbalik kepada persoalan yang diajukan serta penjelasan yang diberikan dapat disimpulkan bahawa puasa ganti Ramadan adalah fardu ain dan wajib ditteruskan. Oleh itu, tidak boleh memutuskannya atau membatalkan secara sengaja malah berdosa besar. Di samping itu, wajib menyelesaikannya sehingga sempurna melainkan dalam keadaan uzur yang disyariatkan seperti sakit, haid, atau bermusafir.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...