“Bestnya Baca Replies Korang” Elisya Sandha Hargai Peminatnya Kongsi Tip Jaga Bayi Baharu Lahir

Share

Semua wanita yang melalui pengalaman pertama bergelar ibu pasti akan ada rasa bimbang atau tidak berkeyakinan untuk menguruskan bayi baharu lahir.

Walaupun sepanjang mengandung sudah belajar pelbagai ilmu persediaan tetapi hakikatnya bila anak sudah lahir, ia tak semudah macam teori yang dipelajari.

Pelakon cantik Elisya Sandha yang baharu bergelar ibu turut sama melalui fasa tersebut. Adik kepada pelakon popular Fasha Sandha ini baharu masuk hari ke-6 melahirkan bayi.

Justeru sebagai salah satu cara untuk menggalas tanggungjawab sebagai ibu baharu, Elisya telah meminta peminatnya berkongsi tip cara urus bayi baharu lahir di Instastorynya.

Menghargai apa yang dikongsi oleh pengikut Instagramnya, Elisya berkongsi segala tip yang telah diberikan.

Malahan menantu sulung pelakon dan juga penerbit drama terkenal Sheila Rusly ini turut menyatakan perasaannya jadi lebih tenang apabila membaca pelbagai tip dan panduan yang dikongsi.

“Bestnya baca replies korang, makes me feel better”

Bertuah Dimanjai Oleh Mentua & Suami

Sebagai menantu sulung Sheila Rusly yang pakar memasak sudah tentu Elisya dipastikan makan makanan berpantang yang berkhasiat sahaja.

Air tangan ibu mentua menjadi pilihan Elisya ketika menjalani tempoh berpantang dan pelakon drama Ratu Ten Pin ini sangat menghargai masakan yang dihidangkan oleh ibu mentuanya.

Elisya berkongsi gambar menu berpantang hari pertamanya yang disediakan oleh Sheila Rusly dengan kapsyen yang sangat sweet.

“Bubur ni mak mentua kita masak sebab kita sayang mak mentua kita, kita makan yang dia masak”

Walaupun makanan berpantangnya disediakan oleh ibu mentua tetapi dalam soal penjagaan ibu dan bayi, Elisya bertuah kerana suami tersayang telah mengupan Confinement Lady (CL)  terkenal daripada Natalis Mother Care untuk menguruskan rutin berpantangnya.

Perkongsian foto oleh Uzair Haqimy di Instastorynya kerana berterima kasih pada CL yang mengambil alih tanggungjawabnya menjaga Elisya berpantang ketika dia ada urusan.

Elisya menghargai inisiatif yang dilakukan oleh suaminya dan membalas insta story Uzair dengan ucapan penghargaan.

“Suami yang baik akan mengambil CL, jadi anda tidak akan stress @natalismothercare”

Selesai Daftar Nama Bunga Elhaq

Dalam masa yang sama, Elisya juga lega dan bersyukur kerana urusan pendaftaran nama anak sulungnya telah selesai dilakukan oleh suami.

“Yay daddy dah settlekan nama Bunga kat JPN”

Sumber: elisyasandha & uzairhaqimy69

Kepada mama-mama yang tengah pregnant, masih sempat lagi nak join webinar Aku Tak Serik Bersalin yang akan berlangsung hari Ahad ni (26hb Jun 2022) secara online.

Daftar secara percuma di sini Webinar Aku Tak Serik Bersalin