“Besi Pendek Je Tapi Tembus.” Ibu Ni Kongsi Tragedi Kepala Anak Tertusuk Besi Cermin Mata, Terpaksa Dibedah!

Share

Malang tidak berbau… Demikian boleh diungkapkan dengan kisah si kecil ini. Tragedi yang menimpa si kecil ini dikongsikan oleh ibunya yang dikenali dengan nama Nurull Diyanah, di mana anak lelakinya terpaksa dibedah selepas besi cermin mata tertusuk pada kepalanya.

Menerusi perkongsian Nurull Diyanah  di Facebook, ibu ini meluahkan rasa sedih dengan nasib yang menimpa anak lelakinya, Fateh. Difahamkan, insiden cemas ini berlaku ketika waktu subuh iaitu sekitar jam 6 pagi pada 2 Disember yang lalu.

Anaknya yang bernama Fateh sedang tidur, secara tiba-tiba telah terjatuh dari katil dan pada ketika itulah besi cermin mata tersebut telah tertusuk di kepala anaknya itu.

Tragedi subuh..
Pukul 6 pagi.. jatuh dari katil tertusuk spek mata umie..
Biasa tidur letok spek mata tepi bantal.. macam manalah fateh jatuh katil sedar2 sepak dah duduk doket atas pale..

Susulan daripada insiden itu, Fateh dikatakan akan menjalani pembedahan.

Nok cabut sendiri dia kemah bawak ke kk paka pah ke Terengganu kena gi.. besi dia pendik jer tapi tembus tengkorak.. nak tak nak kena oparet jugak sikit takut ada kecederaan bawah tengkorak.. dari bagun tidur sampai malam tak makan benda lagi..
Tolong doakan Fateh semoga kuat, selamat dan tiada kemudaratan lain.. aminn

Semoga adik Fateh kembali sembuh seperti sediakala. Tiada ibu bapa yang ingin melihat anak mereka menanggung kesakitan, tetapi sudah tertulis sedemikian.

Cuma pesanan admin buat ibu bapa di luar sana, sentiasa berhati-hati dan alert dengan persekitaran anak-anak.