Memiliki kediaman untuk keluarga itu juga satu rezeki, apatah lagi dapat melakukan ubah suai untuk membesarkan rumah dari masa ke semasa mengikut kesesuaian jumlah keluarga yang bertambah. Tentunya akan memberi lebih keselesaan kepada anak-anak dan keluarga.
Menyentuh tentang kisah renovation rumah, Nik Munazzah berkongsi di akaun fbnya di mana rumah yang dihuni 15 tahun hingga kini melalui beberapa fasa baik pulih tanpa merobohkan rumah asal dan hanya menyambungnya hingga kini menjadi dua tingkat.
Ini perkongsiannya.
Sekadar perkongsian dan inspirasi untuk geng rumah kampung …dibeli dengan harga 24k… walaupun beratap ardex… walaupun tak ada pagar ribu riban.. rumah kampung pun kita boleh buat bagi sedap mata memandang, damai dan selesa… tanpa merobohkan rumah asal.
Saya beli rumah tu pada 2004, dan terus pindah ke rumah itu pada tahun yang sama selepas membuat sedikit renovation sebab rumah tu terlalu kecil.. dan tinggal hingga ke hari ni.. dengan kata lain, saya dah tinggal dirumah itu selama 15 tahun. Ini bukan rumah warisan tetapi adalah rumah pertama saya..
Bermodalkan 45k , rumah ini diubah suai dengan tambahan ruang tamu di depan dan bilik tidur utama di kanan.. rumah lama masih dikekalkan diruangan tengah sebagai ruang makan.. menjadikan rumah ini 3 bilik tidur 2 bilik air..
Besarkan rumah untuk keselesaan
Selepas 14 tahun, bagi memenuhi keperluan anak-anak yang semakin membesar, kami membesarkan ruangan dapur dan menambah 2 bilik lagi menjadikannya 5 bilik tidur 4 bilik air tanpa mengusik rumah asal.
Atap zink warna kelabu di pasang bagi memberi keseragaman dengan bumbung ardex rumah lama… dan sekali gus menjimatkan kos.
Saya mengekalkan rumah asal lain tidak bukan sebabnya untuk meminimakan kos..Dulu saya memang mengimpikan untuk membeli rumah kecil atas tanah lot dan mengubahsuai mengikut citarasa dan kemampuan saya secara berperingkat. Maklumlah dengan pendapatan sederhana mana mungkin saya mampu dan layak membeli rumah idaman.. jadi dengan cara ini sahaja saya mampu memenuhi impian saya.
sumber : Nik Munazzah