Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, namun betapa susahnya diri kita menanggung ujian terkadang orang sekeliling hanya pandai berkata-kata sahaja hingga tanpa sedar mengguris perasaan.
Kisah dan pengalaman yang sama juga telah dilalui oleh ibu ini dalam membesarkan anak istimewanya dan kisahnya itu dikongsikan di sini.
Selama 12 tahun, saya begitu yakin cerebral palsi boleh pulih.
17 tahun, kehidupan kami banyak menggembara ke luar negara …cuba mencari penawarnya.
“Kenapa dia? Tak cuba pergi berurut ke, terapi ke?” Ayat wanita yang lalu di hadapan kami ketika di PKNS Bangi itu masih perit diingati.
Saya hanya diam memandang kosong wanita itu tanpa senyuman. Penat baharu pulang dari UK, tidak mahu dibazirkan tenaga menjelaskan padanya.
Dalam hati berdetik juga;
“If only you knew what we have done and went through.”
Tanpa mengenali,
Tapi tahu latar belakang,
Tanpa berfikir sebelum bicaranya,
Seolah dia meletakkan ‘tuduhan’ kami ibubapa yang tidak berusaha!
Sedangkan saat itu, kami baharu sahaja pulang dari UK; meninggalkan kehidupan selesa dan pekerjaan di tanahair.
Itu tuduhan sangat tajam menikam.
Mana ada ibubapa yang tidak berusaha untuk anaknya. Apatahlagi anak seperti Balqis kami.
4 tahun Balqis ke pelbagai terapi di sana.
3 tahun Balqis bersekolah di sana.
Malah menjalani operasi jantung selama 17 jam di hospital terkemuka sana!
“Waaa, best la. Rezeki Balqis kat sana.”
Mulut berbicara dari 1 sudut sahaja, tanpa berfikir panjang agaknya.
Eh, Bukan semudah itu urusannya ya.
Ads
Di sebalik tabir dalam proses 4 tahun terapi itu, Saya terpaksa tangguhkan pengajian Masters yang hanya berbaki 2 semester sahaja lagi. Malah berhenti kerja.
Kami hidup dengan elaun pelajar yang rendah di sana.
Belum lagi keadaan fisikal dan jiwa. Raungan kesakitan Balqis menjalani setiap sesi terapinya. Lelah dan demam yang seringkali dihadapinya,
Emosi dan kepenatan tubuh manusia,
Konflik yang timbul dalam keluarga,
Masalah kewangan yang dihadapi, hingga kami suami isteri bergilir waktu bekerja cuci di kampus universiti.
Semua ini datang bersama dalam 1 pakej untuk ‘kesembuhan’ Balqis.
Selepas itu, kami ke US pula. Dengan harapan “pulang nanti Balqis boleh berjalan!”
Lalu, Rumah dan kereta dijual. Kerja ditinggalkan tanpa ada tarikh tetap untuk kembali semula. 6 anak kecil berantakan resah di dalam 17 jam perjalanan udara.
Jelingan tajam mata para penumpang yang menambahkan resah di jiwa.
Kepenatan yang tidak terkata. Belum lagi kisah proses kehidupan baharu dan terapinya di sana pula.
Kami pulang ke tanahair, tetap mengendung Balqis yang sudah di usia awal remaja.
Selama 12 tahun usia Balqis, Saya begitu mudah rasa kecewa dengan diri sendiri, suami malah anak-anak.
Ads
Saya mudah stres dengan persekitaran.
Rumahtangga kami mudah goyah bila salah seorang termakan kata-kata pedih yang dilemparkan kepada kami sekeluarga.
Akhirnya,Dengan izin Allah, hanya 8 tahun yang lepas saya temui jawapan pada perjalanan berliku kami keluarga.
Selama usaha kami membawa Balqis ke luar negara mendapatkan ‘kesembuhan’ yang dicari, Saya sekalipun tidak pernah bangun malam memohon dariNYA.
Saya tidak sekalipun pernah menangis ketika sujud mengadu padaNYA.
Saya membuka Al Quran hanya untuk mencari jawapan terus “bagaimana menyembuhkan anak istimewa!”
Ya Rabb
Betapa jahilnya hambaMU ini.
Kita semua perlu sedar….
Harapan seorang ibu mahu anaknya kembali sempurna, semua ibu yang waras akan rasa.
Usaha tanpa reti berputus asa para ibubapa untuk anaknya, itu adalah naluri semulajadi setiap kita.
Namun, yang paling utama;
Ads
“Di mana iman kita ketika diujiNYA?”
“Adakah semakin dekat atau jauh dariNYA?”
“Bagaimana kita berusaha ‘menterapikan’ jiwa kita sendiri dalam usaha membantu anak yang dikasihi?”
Kisah-kisah ini, panjang dikongsikan di dalam buku “Balqis-Di Mata Kami, Di SisiNya”
Yang dipendam selama ini, disusun berhati-hati dengan kata-kata penuh makna.
Yang dilalui, diceritakan dengan terperinci dalam setiap kisahnya.
Agar ramai cuba mengerti sebelum menyemburkan kata-kata yang menikam hati ibubapa seperti kami.
Perjalanan rohani kita saat diuji hanya ada 1 ubat mujarabnya…
Berlarilah padaNYA!
Biarlah jiwa tenang dan iman teguh saat diujiNYA.
Meletakkan harapan dan keyakinan pada janjiNYA.
Keputusan akhir bukanlah yang utama dilihatNYA,
Tetapi usaha kita.
Ukurannya bukan di mata manusia, tetapi di sisiNya
Si comel Muhammad Bilal, anak pasangan selebriti, Neelofa dan Haris Ismail menunjukkan perkembangan yang mengagumkan bila mana sudah pun mengenal huruf-huruf dalam bahasa Arab serta beberapa surah pendek biarpun umurnya baru mencecah satu tahun sepuluh bulan.
Menerusi Insta Story miliknya, Neelofa merasa cukup bangga dengan pencapaian anak kecilnya itu malah sebagai ibu dia sangat mementingkan konten yang ditonton anaknya.
Tidak hanya mengenal huruf-huruf dalam Bahasa Arab, bahkan Bilal sudah pandai berselawat dan mengalunkan beberapa surah pendek.
“Sebagai seorang ibu, saya tak tahu nak cakap bangga macam mana tah, Bilal boleh sebut satu satu huruf hijaiyah (tulisan arab),” luah Neelofa.
Bahkan kata Neelofa lagi, dia sentiasa menjaga segala konten yang dilihat oleh Bilal setiap hari.
“Konten-konten memang saya akan ambil dan pilih untuk dia tengok. Di usia satu tahun 10 bulan, masyaAllah dia boleh mengira 1 hingga 20, boleh kenal huruf ABC kecil dan juga huruf besar, surah al-Fatihah, selawat dan أ ب ت dan beberapa surah pendek,” tulisnya lagi.
Bahkan tambahnya lagi, biar pun penat kerana terpaksa mengawal apa yang ditonton oleh Bilal namun berbaloi bila melihat hasilnya malah dia paling berbangga melihat pencapaian anaknya.
Neelofa juga sempat mendoakan agar semoga anak anak sentiasa dalam jagaan, perlindungan dan pengawasan oleh Allah S.W.T.
Terdahulu, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada Mac 2021. Pasangan ini kini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata lelaki iaitu, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas, lima bulan.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Penyanyi terkenal, Nora Ariffin berkongsi berita sedih apabila anak keduanya, Aliff menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.
Nora sebelum ini diuji dengan dugaan berat apabila kehilangan suami tersayang yang juga merupakan komposer terkenal Johan Nawawi, dua tahun lalu.
Berita sedih itu dikongsikan oleh Nora menerusi laman Instagram peribadinya sebentar tadi.
Allahyarham Alif atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan Nawawi, 20, pernah menyertai sebuah pertandingan realiti anjuran sebuah stesen televisyen.
"Allah uji saya lagi, anak aya Alif Johan baru saha hembuskan nafas terakhir pada pagi tadi di rumah saya, akan dikebumikan secepat mungkin," kata Nora dalam nada sedih.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengharapkan untuk memiliki anak. Kehadirannya boleh menjadi penyejuk hati dan ujian buat ibu ayah. Namun apabila anak semakin bertambah, segelintir ibu bapa menjadikan ia bebanan buat mereka. Malah ada juga hadkan untuk memiliki anak atas faktor ekonomi.
Bagaimanapun catatan saudara Mohd Zulkifli Shafie menarik untuk kita muhasabah diri agar bersyukur dengan kehadiran cahayamata. Bahawa setiap anak itu adalah punca rezeki melimpah ruah. Selanjutnya ikuti perkongsian ini.
Kita Menumpang Rezeki Anak Setiap kali bertambah anak, kos sara hidup makin bertambah dan ia pernah merisaukan saya suatu ketika dahulu sebab biasanya kenaikan kos sara hidup tak setara dengan kenaikan gaji. Jadi secara logik biasa, kehidupan semakin sempit sebab berkongsi dengan lebih ramai ahli keluarga dengan gaji yang sama.
Bila bertambah ahli keluarga baru, saya akan buat bajet baru. Disebabkan pertambahan seorang anak setiap satu setengah tahun, maka jumlah kenaikan gaji sentiasa tak sempat cover dengan kenaikan kos sara hidup. Hingga saya give up untuk buat bajet sebab apa yang tertulis atas kertas, memang tak cukup. Adjust ikut mana sekalipun tak cukup juga sebab pendapatan kecil. Isteri pula tak bekerja untuk tampung kos sara hidup.
Rezeki Berupa Kebijaksanaan
Gambar sekadar hiasan
Tapi realitinya, gaji waktu tu cukup jer bahkan boleh lagi menyimpan 10% daripada gaji setiap bulan. Hutang pun dapat langsai kesemuanya walaupun dari segi gaya hidup tu, memanglah tak sama dengan orang lain. Tapi yang penting, CUKUP. Kekadang kita lupa, rezeki itu tak semestinya dalam bentuk kewangan, kekadang Allah rezekikan kita berupa kebijaksanaan dalam mengurus kewangan. Kita mampu berbelanja lebih kecil atas perkara yang sama dengan orang lain.
Sewaktu kerisauan saya tentang pendapatan ketika anak sudah 3 orang (lepas 5 tahun setengah berumahtangga), seorang sahabat saya pesan, mintalah rezeki dari Allah atas asbab anak-anak tu.
Anak-anak tu sumber rezeki katanya. Katanya lagi, ‘cable’ kita mungkin banyak yang ‘tersumbat’ (disebabkan dosa-dosa kita), tetapi ‘cable’ anak-anak sangat ‘clear’. Disamping kita berdoa, minta juga anak-anak doakan juga.
Mudah-mudahan Allah lapangkan rezeki kita atas asbab anak-anak itu.
Kita Menumpang Rezeki Anak-anak
Gambar sekadar hiasan
Sejak daripada itu, saya pegang betul-betul nasihat sahabat saya itu, katanya “kita menumpang rezeki anak-anak”, bukan anak-anak menumpang rezeki kita. Setiap anak yang lahir, Allah datangkan bersamanya rezeki. Jadi jangan risau tentang rezeki. Dan bila saya renung balik, setiap kali anak baru yang lahir, ada sahaja peningkatan kami sekeluarga dari sudut kewangan. Cuma kekadang kami sahaja yang tak perasan. Tetapi peningkatan kewangan itu bukan datang percuma. Takdir Allah itu dihujung ikhtiar manusia. Bila anak bertambah, saya terpaksa lebih rajin berusaha bila memikirkan masa depan mereka. Dari situ datang idea-idea dan semangat yang baru untuk bangkit.
Rezeki Kelahiran Anak Ke-8 Ketika isteri mengandungkan anak kami yang ke-8, Allah berikan semangat baru untuk tingkatkan bisnes kami ke tahap yang lebih tinggi. Kami sudah ada wawasan yang baru dan Allah berikan kami idea-idea baru untuk dilaksanakan. Dan kami nampak perkembangan positif bisnes kami beberapa bulan sebelum kelahiran anak ke-8 kami, Alhamdulillah.
Kesimpulannya, jangan risau tentang rezeki bila bertambahnya anak. Rezeki itu Allah sudah jamin untuk setiap anak. Kita hanya perlu berusaha sahaja. Berdoalah minta Allah lapangkan rezeki, dan letakkan usaha yang sepadan dengan doa itu supaya Allah memakbulkan doa tersebut, insyaAllah.
Suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki? Pernah tak anda dengar pepatah orang lama, “kalau suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki”? Mungkin bagi sesetengah orang, ia sekadar gurauan atau kepercayaan turun-temurun, tapi sebenarnya pepatah ini menyimpan satu mesej yang lebih dalam dari sekadar perbezaan fizikal.