Membesarkan anak angkat beragama Islam, Chee Hoi Lan yang merupakan pesara guru tadika itu dikurniakan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444 Hijrah/2022 Masihi sekali gus mendapat gelaran Ikon Ibu Sejati-Keluarga Malaysia.
Chee, 83, yang membesarkan Rohana Abdullah, 20, sejak usia dua bulan hingga sekarang mendapat perhatian masyarakat dan kerajaan kerana keikhlasannya menjaga serta mendidik gadis itu walaupun mereka berlainan agama.
Anugerah itu dikurniakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444 Hijrah/2022 Masihi di Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini.
Chee yang hadir berkerusi roda ketika ditemui pemberita selepas majlis itu menjawab ringkas: “Saya sangat gembira (menerima anugerah itu).”
Ads
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul tahun ini.
Syed Zainal Abidin, 59, berkata pengurniaan anugerah itu memberikan semangat untuk beliau menjalankan tugas seharian yang mencabar.
Ads
“Saya memang suka mengamalkan korporat dakwah dan dengan adanya anugerah ini saya serta rakan-rakan korporat lain akan menggunakan platform sedia ada untuk berbuat baik dalam syarikat dan komuniti sekeliling,” kata anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu.
Lima lagi penerima Anugerah Maulidur Rasul adalah Pengarah Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya Datuk Dr Azizan Baharudin, Penerbit Eksekutif (Pengisian Kandungan Islam) TV3 dan TV9 Ahmad Noor Sulaiman dan Pengerusi Yayasan ZIKAY Mohd Khay Ibrahim.
Ads
Penerima lain adalah aktivis kemanusiaan dan penceramah motivasi Shazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina serta kaunselor berdaftar Hushim Salleh.
Sumber : Bernama
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kisah adik Rayan yang terjatuh ke Dalam perigi dengan kedalaman 32 meter mengundang perhatian seluruh dunia.
Dalam usaha pihak penyelamat membawa keluar anak kecil ini, namun ternyata Allah lebih sayangkannya.
Seluruh dunia termasuklah rakyat Malaysia yang bersimpati dengan perkara tersebut tidak putus-putus menzahirkan rasa sayu atas kematian kanak-kanak comel tersebut.
Malah Laman Twitter rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut memuat naik ucapan takziah buat keluarga Rayyan, sekitar 7.54 pagi Ahad.
“Seluruh dunia bersedih. Adik Rayan disahkan meninggal dunia oleh kerajaan Maghribi.
“Salam takziah buat ibu ayah dan keluarga arwah. Berehatlah adik Rayan di syurga sana. Al-Fatihah,” tulis pengendali Twitter rasmi Jakim.
“Jangan bimbang tentang dia. Allah telah pilih Rayan untuk ke syurga. Dia kini anak yang paling gembira di dunia. Jangan sedih ibu, Allah pilih dia antara yang terbaik berbanding kita. Jangan bersedih, anakmu akan bertemu denganmu di syurga, innsyaAllah. “
Tak boleh nak jelaskan perasaan bila lihat wajah sang ibu. Tenang di sana Rayan Awram. Innalillahiwainailahirajiun😢
Terdahulu, Istana Diraja Maghribi mengesahkan berita kematian kanak-kanak tersebut.
Hasil pemeriksaan awal mendapati kanak-kanak itu mengalami kecederaan pada paru-paru dan tulang belakang.
Rayan terperangkap dalam perigi berhampiran rumahnya di kampung kecil Ighrane, kira-kira 125 batu dari bandar Chefchaouen, sejak petang Selasa.
Tidak dinafikan, sekarang ramai yang lebih mengejar gaji yang dijanjikan terutama apabila ditawarkan gaji yang lumayan.
Tidak hairanlah jika anak-anak muda sekarang sangat memilih pekerjaan dek kerana mahu poket tebal.
Baru-baru ini, seorang individu telah membandingkan gaji cikgu dengan penghantar makanan. Ciapan yang berbaur perlian dan seakan merendahkan golongan pengajar ini telah mencetuskan pelbagai pandangan dari netizen.
“Gaji cikgu 2.3 k? Baik buat Foodpanda,” ciapan inilah yang telah mengundang pendebatan netizen yang ternyata tidak puas hati dengan pandangan yang diberikan.
Rentetan dari itu, ianya telah mendapat perhatian dari seorang guru, Mohd Fadli Salleh untuk berkongsi pandangan di laman Facebooknya.
“Jadi cikgu ni tak kaya. Tapi tak ada la hidup susah.”
Yang mahalnya tentang jadi cikgu, ada cuti panjang boleh balik jenguk orang tua kat kampung. Di situ mahalnya.
Lebih penting, kita didik dan jaga anak orang ni banyak keberkatan dalam hidup kita”.
Ya, gaji cikgu tak besar. Gaji permulaan degree pun tak sampai RM2300 sebenarnya. Lebih besar gaji rider Foodpanda okeh.
Tapi tak apa lah. Ada kelebihan tempat lain pula. Antaranya loan. Nak loan mudah. Haha.
Silap buat loan konon nak kaya join MLM, silap-silap terus kayap. Wakaka.
Seorang kawan aku pernah berkata,
“Nak kenal rumah cikgu senang je. Rumah besar, kereta Wira ke, kereta Myvi ke.
Dia dah buat loan besar untuk rumah, dah tak mampu nak pakai kereta besar”.
Tergelak aku. Bila aku perhati betul juga. Tapi tak semua lah. Ada je yang rumah kecik kereta kecik, rumah besar kereta besar. Atas rezeki masing-masing dan cara handle kewangan masing-masing.
Apa pun, tak perlu la meremehkan kerja orang lain. Setiap bidang pekerjaan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Begitulah.
Pandangan dari Mohd Fadli ini telah endapat sokongan ramai yang menyifatkan pekerjaan sebagai guru ini sangat mula berbanding pekerjaan lain.
Malah, ada yang mengatakan bertugas sebagai guru ini mempunyai pahala besar kerana ilmu-ilmu yang diajar akan terus mengalir selagi ia memberi manfaat kepada pelajar-pelajarnya.
“Walau setinggi mana ilmu kita pada masa sekarang, jgn sesekali pandang rendah pada guru yg pernah mendidik kita dahulu…Mungkin kejayaan kita hari ini, hasil doa guru² juga” – Netizen
Tataplah seorang demi seorang anak-anak kita yang kini berada di depan mata dan cuba imbas kembali apa yang telah kita lakukan untuk mereka sepanjang masa ini. Adakah itu yang terbaik yang mampu kita lakukan sebagai ibu dan ayah. Allahu Akbar!
Tanpa sedar kita sebenarnya telah banyak berhutang dengan mereka walau di hati kata sayang namun apa yang kita buat untuk mereka sebaliknya pula. Contoh paling mudah dan kerap terjadi, umpamanya cuba bayangkan satu keadaan di mana bila kita terasa penat bekerja, pantang anak buat bising habis kita marahkan mereka.
Itu belum lagi bila anak hendak bercerita dengan kita, seringkali kita acuh tak acuh sahaja dengan apa yang ingin disampaikan. Hingga ada waktunya kita sendiri tidak tahu hujung pangkal perbualan dengan anak-anak dek kerana tidak memberi tumpuan kepada mereka.
Kita sentiasa mengatakan apa yang kita kerjakan atau lakukan untuk memberi kebahagiaan pada anak-anak hingga menyebabkan tanpa sedar kita telah banyak berhutang masa dengan anak-anak.
Malah ini dijelaskan dengan detail lagi melalui perkongsian daripada Ustaz Ahmad Nasir, semoga perkongsian ini dapat menginsafkan kita untuk menghargai setiap detik waktu yang dikurniaan, perlu disyukuri dan diisi dengan penuh makna bersama insan yang kita sayangi.
Tanpa Sedar, Kita Banyak Berhutang Dengan Anak-Anak Kita
Kita selalu berhutang banyak cinta kepada anak-anak. Tidak jarang, kita memarahi mereka saat kita lelah. Kita membentak mereka padahal mereka belum benar-benar faham kesalahan yang mereka lakukan. Kita membuat mereka menangis kerana kita ingin lebih dimengerti dan didengarkan.
Tetapi seburuk apa pun kita memperlakukan mereka, segalak apapun kita kepada mereka, semarah apapun kita pernah membentak mereka, mereka akan tetap mendatangi kita dengan senyum kecilnya, menghibur kita dengan tawa kecilnya, menggenggam tangan kita dengan tangan kecilnya.
Seolah semuanya baik-baik saja, seolah tak pernah terjadi apa-apa sebelumnya…
Mereka selalu punya banyak cinta untuk kita, meski seringkali kita tak membalas cinta mereka dengan secukupnya. Kita selalu berhutang banyak kebahagiaan untuk anak-anak kita. Kita kata kita bekerja keras demi kebahagiaan mereka, tetapi kenyataannya merekalah yang justeru membahagiakan kita dalam lelah di sisa waktu dan tenaga kita.
Kita merasa bahawa kita boleh menghibur kesedihan mereka atau menghapus air mata dari pipi-pipi kecil mereka, tetapi sebenarnya kitalah yang selalu mereka bahagiakan. Merekalah yang selalu berhasil membuang kesedihan kita, melapangkan kepenatan kita, menghapus air mata kita.
Kita selalu berhutang banyak waktu tentang anak-anak kita…
Dalam 24 jam, berapa lama waktu yang kita miliki untuk berbicara, mendengarkan, memeluk, mendakap dan bermain dengan mereka? Dari waktu hidup kita bersama mereka, seberapa keras kita bekerja untuk menghadirkan kebahagiaan sesungguhnya di hari-hari mereka, melukis senyum sejati di wajah mungil mereka?
Tentang anak-anak, sesungguhnya merekalah yang selalu lebih dewasa dan bijaksana daripada kita. Merekalah yang selalu mengajari dan membimbing kita menjadi manusia yang lebih baik setiap harinya. Seburuk apapun kita sebagai orangtua, mereka selalu siap bila saja untuk menjadi anak-anak terbaik yang pernah kita punya.
Memang kita selalu berhutang kepada anak-anak kita…
Anak-anak yang setiap hari menjadi korban dari betapa buruknya cara kita mengendalikan emosi. Anak-anak yang menanggung akibat dari nasib buruk yang setiap hari kita buat sendiri. Anak-anak yang barangkali masa depannya terkorbankan gara-gara kita tak bisa merancang masa depan kita sendiri.
Tetapi mereka tetap tersenyum, mereka tetap memberi kita banyak cinta, mereka selalu mencuba membuat kita bahagia. Maka dakaplah anak-anakmu, tataplah mata mereka dengan kasih sayang dan penyesalan, katakan kepada mereka,
“Maafkan untuk hutang-hutang yang belum terbayarkan. Maafkan jika semua hutang ini telah membuat Allah tak berkenan. Maafkan kerana hanya pemaafan dan kebahagiaan kalianlah yang bisa membuat hidup ayah dan ibu lebih baik dari sebelumnya.”
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...