Sungguhpun malang itu tidak berbau, pun begitu perkongsian kisah ini jadikan peringatan dan pengajaran bersama.
Memetik laporan berita di Sinar Harian mengenai seorang bayi perempuan berusia 10 bulan ditemui maut dalam kebakaran di rumahnya di Kampung Bangkahulu, Gemas.
Kejadian malang yang berlaku pada jam 11.38 pagi itu, adik Siti Nur Aini Zulimi ditemui meninggal dunia dengan keadaan melecur 30 peratus dalam buaian elektrik di ruang tamu rumah keluarganya.
Ketua Balai Bomba Gemas, Mohd Farid Abu Bakar berkata, ketika kejadian, bayi berkenaan tinggal berseorangan di rumah berkenaan selepas ibunya pergi ke pekan Gemas.
“Ibu bayi itu ada urusan di bandar dan meninggalkan pesan kepada jirannya untuk membantu melihat anaknya jika menangis.
Menurutnya, dua jentera dari Balai Bomba Gemas dan Gemencheh berserta 16 anggota ke lokasi untuk memadam kebakaran.
Manakala menurut laporan Harian Metro, Ibu mangsa, Fatimah Mohamed,33, sebaik pulang daripada berurusan di Pejabat Pos Gemas, dia nampak asap dari luar kediaman dan terus terbayangkan anaknya.
“Sebaik sampai, saya terus masuk ke dalam rumah menerusi pintu depan dan pada mulanya, mengharapkan bayi selamat.
Menurutnya, bayinya itu adalah anak bongsu daripada enam beradik membabitkan empat
lelaki dan dua perempuan berusia antara 10 bulan hingga 12 tahun.
Ibu ini tidak menyalahkan sesiapa dalam kejadian itu dan reda dengan ketentuan Ilahi.
sumber : Sinar Harian & Harian Metro