Sungguhpun malang itu tidak berbau, pun begitu perkongsian kisah ini jadikan peringatan dan pengajaran bersama.
Memetik laporan berita di Sinar Harian mengenai seorang bayi perempuan berusia 10 bulan ditemui maut dalam kebakaran di rumahnya di Kampung Bangkahulu, Gemas.
Kejadian malang yang berlaku pada jam 11.38 pagi itu, adik Siti Nur Aini Zulimi ditemui meninggal dunia dengan keadaan melecur 30 peratus dalam buaian elektrik di ruang tamu rumah keluarganya.
Ketua Balai Bomba Gemas, Mohd Farid Abu Bakar berkata, ketika kejadian, bayi berkenaan tinggal berseorangan di rumah berkenaan selepas ibunya pergi ke pekan Gemas.
“Ibu bayi itu ada urusan di bandar dan meninggalkan pesan kepada jirannya untuk membantu melihat anaknya jika menangis.
Menurutnya, dua jentera dari Balai Bomba Gemas dan Gemencheh berserta 16 anggota ke lokasi untuk memadam kebakaran.
Manakala menurut laporan Harian Metro, Ibu mangsa, Fatimah Mohamed,33, sebaik pulang daripada berurusan di Pejabat Pos Gemas, dia nampak asap dari luar kediaman dan terus terbayangkan anaknya.
“Sebaik sampai, saya terus masuk ke dalam rumah menerusi pintu depan dan pada mulanya, mengharapkan bayi selamat.
Menurutnya, bayinya itu adalah anak bongsu daripada enam beradik membabitkan empat
lelaki dan dua perempuan berusia antara 10 bulan hingga 12 tahun.
Ibu ini tidak menyalahkan sesiapa dalam kejadian itu dan reda dengan ketentuan Ilahi.
sumber : Sinar Harian & Harian Metro
Ikut Tip ini Jika Mahu Buang Biji Cili Kering, Tak Perlu Pening Lagi Lepas Ni. Dapat Jimat Masa Dan Mudahkan Ibu-Ibu!
Cili kisar yang dibuat sendiri memang lagi sedap dan tahan lama. Namun, bab nak membuang bijinya cukup leceh dan merumitkan kerja-kerja ibu di dapur. Jika tidak dibuang ia boleh tidak baik untuk kesihatan.
Bagi suri rumah atau ibu – ibu diluar sana yang bimbang dan buntu memikirkan cara untuk membuang biji lada kering, jom cuba tip yang dikongsikan ini.
Pertama sekali, cili kering yang telah siap dibasuh hendaklah direbus di dalam sebuah periuk besar sehingga cili betul-betul lembut.
Setelah cili lembut, ambil gunting besar contohnya gunting pokok untuk memotong cili bagi mengeluarkan biji cili. Proses ini amat mudah dilakukan kerana cili sudah lembut dan ringan.
Apabila kesemua cili sudah siap dipotong, tutup api dan biarkan seketika. Kebanyakan biji cili sudah terkeluar dari cili pada ketika ini.
Apabila kesemua cili sudah siap dipotong, tutup api dan biarkan seketika. Kebanyakan biji cili sudah terkeluar dari cili pada ketika ini.
Ambil satu besen air dan satu penapis lubang besar untuk menapis cili. Lubang penapis haruslah besar agar biji cili mudah jatuh.
Goyangkan penapis di dalam besen dalam pergerakan bulatan dan gerakkan penapis dari atas ke bawah. Pada masa ini anda dapat lihat betapa banyak biji cili jatuh ke dalam besen dan ulang langkah ini beberapa kali.
Jika di rumah anda tiada penapis, anda boleh gunakan bakul kecil yang mempunyai lubang besar seperti di dalam gambar.
Akhirnya, inilah hasilnya! Usah risau jika masih terdapat biji cili melekat dengan cili kering yang telah ditapis tadi kerana ia tidak terlalu banyak seperti sebelumnya.
tip: Jika mahu menghancurkan biji cili ketika mengisar, boleh tambahkan sedikit minyak masak.
Sumber: Mama G Food Industries
Bersyukurlah Jika Suami Mahu Bersolat Terawih Dan Jadi Imam Kepada Isteri Walaupun Surah Lazim Semata. Deep Perkongsian Ini.
Ekoran perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakaan sejak 18 Mac sehingga kini, kita semua tidak dibenarkan keluar rumah tanpa urusan munasabah. Malah jika ke kedai membeli barang keperluan pun hanya ketua keluarga sahaja. Bukan itu sahaja, sejak PKP, tiada lagi solat jumaat diadaakan di masjid. Begitu juga bulan Ramadan ini, solat terawih. Lantaran itu, ramai memilih melakukan ibadah ini dirumah bersama keluarga.
Namun, ada segelintir suami kurang arif mengenai bacaan dalam solat terawih sehingga menjadi sindiran si isteri setelah ada suami hanya tahu membaca ayat lazim yang pendek.
Apa yang pasti, isteri harus bersyukur dengan usaha suami yang ingin memberikan yang terbaik buat keluarganya. Walaupun hanya membaca surah yang pendek tetapi hatinya berkobar-kobar penuh kasih sayang untuk menjadi imam kepada isteri dan anak-anaknya.
Begitu juga dengan perkongsian Dr Taufiq Raziq ini. Ikuti pandangannya mengenai keikhlasan seorang suami untuk memberikan yang terbaik buat keluarganya.
TAK PERLU PERSENDA SUAMI TENTANG BACAAN TERAWIH
Tak perlu persenda suami yang hanya mampu baca 3 Qul sahaja
Tak perlu dibuka aib suami yang mampu baca Surah Al Ikhlas sahaja.
Tak perlu dimalukan suami yang baca surah pendek sahaja
Di luar sana ada ratusan ribu suami yang memukul isteri isteri mereka. Isteri bagi mereka adalah ‘punching bag’ semata mata. Ada yang menjadikan isteri hamba sahaya. Isteri disusah susahkan dan direndahkan tanpa rasa bersalah.
Di luar sana ada terlalu ramai suami yang menyeksa isteri mereka. Dibiarkan bergantung tak bertali. Ditinggal tanpa khabar berita. Nafkah tak diberi dan hidup dipersia.
Bergembiralah jika si suami masih mahu bersolat bersama isterinya walaupun hanya mempunyai bekal hafalan Al Fatihah dan Surah Al Ikhlas semata.
Ingatlah hadis daripada Anas RA bahawa seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku sangat suka kepada surah ini, “(al-ikhlas)” lalu Baginda pun bersabda,”Sesungguhnya kesukaanmu pada surah ini akan memasukkan engkau ke dalam syurga”.
(Hadith Riwayat at-Tirmizi katanya hadith hasan)
Beruntunglah wahai isteri semua kerana suami yang seperti itu jauh lebih baik daripada suami yang tidak bertanggungjawab dan tidak berperikemanusiaan di luar sana.
Sumber: Taufiq Razif
Nak Anak Berjaya Dalam Pelajaran Kena Didik Bergantung Kepada Allah, Bukannya Kebendaan.
Bulan ni dan bulan seterusnya, anak-anak bakal menduduki peperiksaan sama ada PT3, SPM atau hujung tahun.
Sudah pastunya, kita mahu anak dapat menjawab peperiksaan dengan cemerlang sekali gus memperolehi keputusan yang membanggakan ibu bapa.
Malah ada segelintir menjanjikan hadiah jika anak mendapat keputusan straight A dan sebaliknya membuat ugutan pada anak jika gagal dalam peperiksaan.
Namun, melalui perkongsian Dr Norzila Zakari yang juga merupakan Pakar Psikatrik yang menegaskan bahawa ibu bapa harus mendidik anak-anak supaya meminta pertolongan daripada Allah untuk berjaya, bukan sebab kebendaan.
Ajar anak bergantung kepada Allah
============================
ini cerita lama semasa Hafiz mahu menduduki peperiksaan penggal ke dua yang lalu. Draf kisah ni saya tuliskan agar saya tidak lupa. Harini sementelah dihubungi beberapa reporter yang bertanyakan tentang isu pembelajaran saya teringat pulak kisah Hafiz ni. Mungkin ianya memberi manfaat kepada pembaca semua.
Dalam perjalanan ke sekolah, saya bertanya kepada Hafiz bila teringatkan surat yang diberikan oleh gurunya tentang jadual peperiksaan.
“Hafiz, harini abang periksa kan?” Hafiz tidak menjawab.
“Apa doa yang abang baca?” tanya saya lagi
“Doa penerang hati lah” jawabnya dengan nada selamba
“Kalau abang tak pandai nak jawab soalan masa periksa nanti, abang nak tanya sapa?” saya menguji
“Ibu ni, dalam periksa mana boleh tanya kawan!”
Hafiz masih belum boleh membaca maksud yang saya cuba sampaikan.
“Habis Hafiz nak tanya sapa?”
Hafiz terdiam tidak tahu apa jawapan yang saya mahukan
“Dengan sapa Hafiz boleh cakap sendiri?” saya menyambung klu jawapan
“Cakap dalam hati lah!” nadanya agak menaik seolah-olah sudah mendapat alamat jawapan yang saya mahukan.
“Ok….”
“Dalam hati cakap dengan sapa?” saya minta penjelasan
“Allah” yakin sekali dia menjawab.
“Pandai abang” ceria suara saya gembira mendapat jawapan yang tepat dari Hafiz. Dia tahu kepada siapa mahu mohon bantuan ketika susah.
“Apa abang nak cakap dengan Allah?” Hafiz tidak menjawab
“Hafiz cakaplah dengan Allah. Allah…. abang tak tahu macamana nak jawab ni. Allah tolonglah abangg”
“tapi exam senang je bu abang buat” ada unsur dia yakin boleh melakukannya dengan baik, namun cepat saya pintas takut dia lupa kebijaksanaan yang dia ada adalah anugerah Allah.
“Mana abang tau..?” uji saya
“Masa periksa kadang-kadang kita tak faham..”
“Sebab tu kena minta dengan Allah. Apa yang abang tak faham tiba-tiba je Allah bagi faham dan abang boleh jawab dengan baik” saya menerangkan.
Hafiz mendengar penjelasan saya.
Sedang elok saja, saya tiba di perkarangan sekolah.
“Minta maaf Ibu, Hafiz bersalam dan mencium tangan saya, saya kucup dahinya dan berkata ” Ok, Ibu doakan abang boleh jawab periksa dengan baik ya”
“See ya” saya melambai Hafiz, gaya OZ masih kekal dalam hidup kami.
“assalamualaikum…” saya mengakhiri perbualan sebelum bergerak menghantar along pula.
Perkara sebegini mungkin remeh dan tidak relevan pada pandangan sebahagian ibu bapa. pernah terdengar seorang ibu mengingatkan anaknya agar menjawab soalan dengan betul, tetapi diakhiri dengan ugutan ” kalau tak dapat A, mami tak belikan hadiah”
“… o o…” dalam hati saya, janganlah sogok anak dengan hadiah. Akhirnya mereka belajar bukan kerana Allah tetapi kerana hadiah. Mungkin kesannya tidak kelihatan lagi sekarang, bila konsep yang sama ditekankan setiap kali peperiksaan, lihatlah bencana yang kita terima bila mereka dewasa nanti.
Untuk pelajar yang akan menduduki UPSR, juga ibu bapa mereka, perbetulkan niat dan hargai usaha anak anda. Mereka adalah juara dalam setiap usaha mereka, harapan saya tiada anak-anak yang menjadi murung bila keluar keputusan pepriksaan nanti.
Pihak sekolah pun fikir-fikirkanlah bila mahu menyampaikan keputusan peperiksaan, janganlah sampai mereka yang kurang “berjaya” dan ibu bapa mereka dimalukan secara sengaja di khalayak ramai bila trend mengambil keputusan peperiksaan sudah seperti majlis konvokesyen di universiti.
Ibu bapa yang terlebih gembira bila anak dapat 6A berhati-hati bila memberikan status kejayaan anak di facebook atau instagram. Ada hati yang mungkin terluka, ada pelajar yang mungkin kecewa. semuanya berkemungkinan.
Saya tidak mengatakan ianya salah namun berpada-padalah ya. semoga kita menjadi ibu bapa yang bukan saja menjaga hati anak-anak kita tetapi juga hati anak-anak orang lain dan ibu bapa yang lain.
Wallahualam.