”Besar Dah Anak, Macam Adik-Beradik Tengok. Azah Kekal Awet Muda.” Anak Kedua Copy Paste Azah Aziz Raih Perhatian

Share

Masihkah anda ingat dengan Azah Aziz, pelakon popular yang membintangi drama Astana Idaman?

Usai mendirikan rumahtangga bersama  Daud Leroy Abdullah, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak. Dia kemudiannya mengikut suami berhijrah ke Montreal, Kanada.

Kini, anak-anaknya sudah meningkat dewasa. Begitupun, bekas model ini  tetap  kekal awet muda.

Tidak hairanlah setiap kali Azah berkongsikan gambar bersama anak-anak, ramai yang mengatakan dia kelihatan seperti kakak sahaja kepada anak-anak terunanya itu.

Pemilik nama sebenar Norazah Aziz ini sering berkongsi kehidupan nya menerusi laman Instagramnya.

Terbaru, dia memuatnaik sekeping gambar terbaru  bersama anak keduanya, Ryan.

Mereka dalam perjalanan untuk bercuti bersama ke Cancun. Begitupun ahli keluarga yang lain tidak dapat turut serta  dek kerana komitmen terhadap kerja dan sekolah.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai. Rata-rata memuji Azah dan anaknya itu seperti kakak dan adik.

Tidak kurang juga yang memuji wajah kacak yang dimiliki oleh Ryan ini. Malah dia juga tampak cukup manja dengan ibu kesayangannya itu.

lfrancis8 Nice to spend one on one time before he is an adult, great memories.
lyanarose21 macam adik beradik
abam_gabz besaq dah anak. Sis tetap aje kekal awet muda.
hasrlkhan Kak @azahmontreal da kurus sehhh mcm zaman drama Astana idaman…i shock see ur new pic just now… U are my favourite actor.
zamzainal60 Mcm adik kakak je..😅😘

Sumber: azahmontreal


ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami

ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah

“Selepas 35 Tahun, Bertemu Jua Pemilik Tulang Rusuk.” Mas Kahwin Senaskhah Al-Quran, Heliza Helmi Selamat Bergelar Isteri


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara