Secara amnya apa yang kita faham jika terlalu kerap sakit dada itu menjadi petanda serangan jantung boleh berlaku. Tentu membuatkan kita berasa bimbang dengan tahap kesihatan kita.

Pun begitu,  sakit dada juga mungkin disebabkan hal-hal lain seperti jangkitan kuman pada paru-paru (pneumonia), paru-paru bocor (pneumothorax), asid berlebihan dalam perut (reflux oesophagitis), masalah kesakitan otot-otot dada dan masalah berkaitan mental seperti gemuruh (anxiety) dan tekanan (stress).

Memahami lagi adakah petanda sakit dada ini merbahaya kepada kita, apa kata kita baca perkongsian daripada Dr Zubaidi ini.

BILAKAH SAKIT DADA MERBAHAYA?

Berusia 35 Tahun Ke Atas & Kerap Sakit Dada, Itu Petanda Bahaya. Dr Ni Jelaskan Jangan Ambil Ringan!

Apabila anda berada sakit dada, terutama yang berumur 35 tahun ke atas, mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi, kandungan kolestrol dalam darah yang tinggi (hypercholestrole) dan obesiti, serangan sakit jantung adalah punca utama.

Serangan sakit jantung (myocardial infarction) adalah keadaan yang sangat serius. Clot (gumpalan) di saluran arteri jantung menyebabkan bekalan darah ke jantung menjadi berkurang atau terhenti sama sekali. Semakin lama keadaan ini dibiarkan semakin teruklah kerosakan pada otot jantung.

Bila ianya merbahaya?

Berusia 35 Tahun Ke Atas & Kerap Sakit Dada, Itu Petanda Bahaya. Dr Ni Jelaskan Jangan Ambil Ringan!

Ads

Jika selama ini anda selalu rasa kurang selesa di bahagian dada tetapi berasa reda/lega apabila anda rehat.

Ianya akan menjadi tanda serangan sakit jantung yang serius jika :

  1. Sakit dada menjadi lebih kuat
  2. Sakit dada tidak berkurang dengan berehat
  3. Sakit dada berlaku bila anda dalam keadaan rehat dan bukan dalam aktiviti atau emosi yang stress.

Maka dapatkanlah rawatan secepat mungkin. Pesakit yang mengalami sakit dada digalakkan terus ke hospital kerana kemudahannya lebih lengkap berbanding dengan klinik.

 

Sumber : Dr Zubaidi

Ads

Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.

ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!

Ads

Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Berusia 35 Tahun Ke Atas & Kerap Sakit Dada, Itu Petanda Bahaya. Dr Ni Jelaskan Jangan Ambil Ringan!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI