Berus Gigi Tapi Mulut Tetap Berbau. Rupanya Sebab Lupa Buat Satu Perkara Ni!

Share

Memberi fokus pada penjagaan gigi,  kita, umumnya sejak  dari kecil sudah diajar untuk kita biasakan memberus gigi. Sekurang-kurangnya sekali pada waktu selepas bangun tidur dan sekali lagi sebelum tidur.

Tujuannya satu. Untuk penjagaan gigi dan mulut agar kekal bersih dan sihat dan sekali gus dapat pastikan mulut berbau segar.

Inilah juga yang kita ajarkan pada anak-anak kita.Pun begitu, ada sesetengahnya walau kerap memberus gigi namun mulut tetap berbau.

Nak tahu punca dan sebabnya, ikuti perkongsian doktor Muhammad Khairul Izwan memberi pencerahan. Jom baca.


Tahukah anda, purata rakyat Malaysia memberus gigi adalah kurang daripada 1 minit setiap hari?

Malah ada sebahagian daripada kita yang hanya memberus gigi dalam masa di bawah 10 saat!

Dan yang paling ramai sekali adalah tidak memberus permukaan lidah yang mana lidah merupakan antara penyumbang terbesar kepada masalah bau mulut.

Penting untuk anda ketahui bahawa jika anda memberus gigi dalam tempoh masa yang terlalu singkat, tidak semua permukaan gigi anda dapat dibersihkan terutama di bahagian yang agak tersorok terutamanya di celah-celah gigi serta pada bahagian gigi geraham yang paling belakang.

Kerana itulah masih ada yang mengalami kerosakan gigi walaupun mereka memberus gigi setiap hari.

Baca juga disini untuk info menarik https://www.keluarga.my/gigi-kalau-tengah-sakit-tak-boleh-cebut-redakan-dulu-dengan-petua-ni/

Bagaimana cara memberus gigi yang berkesan?

Memberus gigi perlu anda lakukan dengan menggunakan ubat gigi berfluorida sekurang-kurangnya 2 kali sehari selama 2-4 minit setiap sesi.

Disarankan untuk memberus gigi pada waktu pagi dan pada waktu malam SEBELUM tidur. Amalkan juga berkumur-kumur dengan air kosong setiap kali selepas makan terutama ketika anda di tempat kerja/makan di luar.

Anda juga perlu memberus gigi pada setiap permukaan gigi termasuk gigi yang paling belakang. Jangan berus gigi pada permukaan luar sahaja dan biarkan bahagian dalam tanpa diberus!

Gunakan berus gigi yang lembut dan elakkan penggunaan berus gigi yang keras untuk mencegah terjadinya hakisan gigi.

Jangan lupa untuk turut sama memberus permukaan lidah anda.

Semoga bermanfaat!

Sumber : Dr Mohd Khairul Izwan,

Nak macam-macam info? Join channel telegram keluargagader club