Berus Cat Atau Roller Tak Akan Mengeras Walau Dibiar Semalaman & Tak Perlu Cuci, Cuma Buat Begini!

Share

Tentunya ramai yang mengambil peluang untuk melakukan kerja-kerja ‘upgrade’ ruang kediaman sementara masih lagi menjalani tempoh kawalan pergerakan dengan mengecat rumah. Cara ini dirasakan paling jimat dan mudah untuk memberi  mood ruangan nampak baharu dan lebih menarik.

Apatah lagi mengecat tidaklah perlu kepakaran asalkan rajin, pasti boleh buat. Jadi jimat sikit upah mengecat. Hanya beli cat dan kelengkapan lainnya, aktiviti mengecat boleh dilakukan bersama-sama anak beranak.

Pun begitu, lazimnya tidaklah pula dalam sehari boleh siap semuanya. Memandangkan perlu dicat berlapis-lapis untuk pastikan kesannya kemas dan licin. Jadi jika tidak kena cara dan teknik menyimpan berus yang telah digunakan, bimbang juga akan menjadi keras dan tidak boleh digunakan lagi.

Oleh itu, tidak mahu berdepan dengan masalah tersebut bolehlah ikuti tip yang dikongsikan oleh Atama Aaeman ini.

Petua Mengelak Penggelek (roller) Atau Berus Cat Mengeras Walau Dibiar Semalaman

Photo by Yoann Siloine on Unsplash

Petua mengelak penggelek (roller) atau berus cat mengeras selepas diguna dan dibiarkan semalaman. Roller ini saya dah guna 2 hari untuk mengecat projek semasa kuarantin PKPD. Hari ni nak guna lagi, sambung mengecat. Boleh digunakan terus tanpa perlu dicuci selepas diguna.

Caranya mudah saja : 

Langkah 1 : Balut roller dengan beg plastik seperti dalam gambar. Saiz plastik ikut saiz roller.

Langkah 2 : Pastikan plastik dipulas pada roller sehingga kebanyakan udara di dalamnya keluar dan lekat ketat pada roller.

Langkah 3 : Kalau nak yakin lagi, lekat dengan pita pelekat atau gunakan gelang getah untuk elak balutan terbuka.

Langkah 4 : Roller yang sudah dibalut boleh dibiar begitu sahaja tanpa perlu dicuci selepas guna jika ada niat nak sambung pakai keesokan harinya. Makin banyak sisa cat pada roller makin bagus, cat tidak akan kering jika dibalut dengan betul.

Sumber : Atama Aaeman 

 

 

ARTIKEL MENARIK: Kek Karamel Alunan Kasih, Cantik Kejadiannya & Rasanya Memang Superb! Ni Resipi Boleh Cuba

LAGI ARTIKEL MENARIK :Owning Lutsinar, Bukan Je Nampak Moden Malah Sesuai Sangat Untuk Ruang Tepi Rumah!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club