Pengalaman diurut tubuh badan tentunya semua antara kita pernah alami. Berurut selain bertujuan untuk menghilangkan rasa kelesuan dan ketidakselesaan tubuh, diakui ramai antara berurut untuk satu terapi yang menenangkan.

Pun begitu, untuk dapatkan kesan yang lebih baik elok kiranya sebelum berurut lakukan sebagaimana yang disarankan ini.

Tip Sebelum Berurut

Korang pernah tak rasa sakit ya amat masa pergi berurut refleksologi, tak kisahlah urut kaki je ke, pakej 1 badan ke.. Urutan 1 badan terutamanya, sepatutnya jadi pengalamanan menyeronokkan dan rasa lega tapi lain pulak cerita kalau pengalaman mengurut tu jadi pengalaman ‘ngeri’ akibat terlalu sakit. Tu belum lagi yang jadik demam bagai.. Akibatnya, dah serik nak berurut lagi..

Sebenarnya urutan refleksologi ni tak boleh diurut jadi terlalu sakit (perlu ada berselang-seli rasa sakit–lega–sakit–lega). Kalau tak..hilang segala nikmat dan tak rasa lega bila diurut (sebab sepanjang masa kena tahan sakit). Tapi masalahnya.. selalunya bila gi urutan refleksologi ni, badan diurut hingga jadi terlalu sakit..

🔻Faktor pertamanya – sebab badan jarang diurut/dipicit menyebabkan urat-urat dah tegang & sakit.
🔻Yang kedua – disebabkan kekangan masa (bayaran mengikut masa yang ditetapkan). Jadinya mereka terpaksa urut dengan agak kuat untuk complete kan pakej. Jika urut mengikut keselesaan pelanggan lak, kesan terapeutiknya agak lambat/sakit tak kurang & boleh menyebabkan pelanggan tak berpuas hati pulak kang..

IKLAN

Bukan maksud saya tak bagus dapatkan urutan profesional, tapi kalau tak kena caranya, boleh sebabkan kita tak dapat kebaikannya sepenuhnya – melegakan sakit badan & release stres. Bukannya kurangkan stres, lagi bertambah lak kang sebab sakit sangat, kang rasa nak marah jer..

Saya sendiri pun suka dapatkan urutan profesional terutama untuk seluruh badan tapi pengalaman sebelum ni buatkan saya lebih berhati-hati. Memang dah agak lama saya tak berurut, bila ambil pakej urutan 1 badan, sakitnya memang tak tahan. Bila reflexologist urut, urat semuanya dah tegang sangat. Jadinya urat-urat tu perlu dipicit kuat. Kesudahannya, bila balik rumah – semua tempat yang dipicit kuat tu.. jadi lebam & banyak urat jadi pecah-pecah (spider vein) akibat tekanan yang kuat sangat.

Demi nak elakkan korang dapat pengalaman ‘ngeri’ & serik dah tak nak berurut lagi serta elakkan berlakunya kejadian macam saya tu.. Bolehlah buat beberapa tip ni sebelum berurut (samada urutan refleksologi mahupun tradisional). Kalau nak urut refleksologi sendiri kat rumah pun, saya sangat sarankan buatlah tip-tip ni terutama kalau badan selalu sakit-sakit urat/kerap alami demam urat (rasa nak demam disertai sakit-sakit urat tiap kali suhu sejuk/malam). Tak perlu buat semua, salah 1 pun takpe.. Tapi kalau dapat buat air rebusan daun tu lagi bagus..

Mandi air rebusan daun pandan & serai.
———————————————————————

IKLAN

Berurut Nak Lebih Terasa Lega Badan, Buatkan Air Herba Ni Dulu!
Rebus 7 atau 11 helai daun pandan yang dicarik-carik & 1-3 batang serai (diketuk) dalam lebih kurang 3 liter air. Renihkan sampai air tinggal ¾. Asingkan ½ cawan untuk diminum. Gunakan selebihnya sebagai bilasan terakhir mandian (ketika masih suam)

Daun yang sama boleh direbus sekali lagi. Untuk kali ke-2, gunakan 2 liter air & direbus hingga tinggal separuh. Sebaik-baiknya buat 3 hari berturut-turut. Mandi sebelum diurut untuk melembutkan urat saraf supaya tak terlalu tegang. Mandi selepas diurut untuk legakan sakit urat (akibat dipicit) & elakkan demam. Air ni elok juga dibuat mandian bagi wanita baru bersalin untuk segarkan badan.

Bukan setakat untuk orang dewasa tau, boleh juga dijadikan air mandian untuk anak yang selalu demam, selesema dan untuk upkan imun jugak. Kalau ada anak yang hyperaktif, asyik melompat, memanjat sana-sini, boleh juga mandikan dengan air ni. Kaki anak² ni akan mudah letih sebenarnya dari aktiviti melompat dan memanjat sepanjang hari. Dak Fydh ni sendiri ada isu sensori dan suka melompat-lompat jer. Sesekali saya mandikan jugak dengan air ni untuk hilangkan lenguh-lenguh kaki.

Bertungku/demah panas
—————————————————
Sesiapa yang ada tungku kat rumah tu, elok sangat ler gunakan tungku untuk tungku dulu 1 badan atau part yang sakit tu. Kalau takde sangat boleh jer guna hot pack/hot pouch. Bila kena tungku/demah panas ni, urat kita akan lebih relaks sebabkan haba panas tadi akan lancarkan peredaran darah.

IKLAN

Mandi air panas/suam
———————————————
Kelebihan yang ada water heater kat rumah, senanglah nak mandi air suhu panas sikit. Tapi kalau takde pun, boleh jer buat secara manual – jerang air panas & masuk dalam baldi je haa.. Tambahlah air ikut suhu yang korang selesa. Mandi air panas ni selain elok untuk relakskan urat, boleh tanggalkan kelemumur & kulit kepala yang dah mati sekali (kulit kepala sentiasa berpeluh & berminyak perlukan air yang panas sikit untuk tanggalkan kelemumur).

Minum air halia suam
————————————

Berurut Nak Lebih Terasa Lega Badan, Buatkan Air Herba Ni Dulu!
Air halia ni elok sangat nak buang angin dalam badan. Halia segar yang direbus lagi bagus, tapi guna air halia readymade (serbuk/dalam sache) pun boleh gak.. Atau cara lain, boleh juga tambahkan hirisan halia dalam air rebusan daun tadi ketika masih panas.

Sesetengah pakej urutan badan ada sediakan air halia sebelum diurut, tapi kalau setakat urut kaki ni, memang ler takde.. So kalau nak gi berurut tu, minum sesiap dari rumah pun boleh. Sekurang-sekurangnya bila diurut nanti takdela buang angin berkoyan-koyan sampai orang mengurut kat sebelah pun naik pening..

Sumber : Yatie Eimra

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI