Makanan berasaskan kacang soya seperti tempe ini cukup enak dimasak dengan pelbagai resipi. Jadi tidak hairanlah ramai yang menggemarinya, bahkan ada juga yang boleh makan mentah sahaja tempe tersebut.
Pun begitu, apa yang lebih menguntungkan makan tempe ini selain menepati citarasa, seorang doktor ini menjelaskan begitu banyak khasiat dan manfaat makan tempe dari sudut sains. Jadi rugi rasanya kalau makanan yang mudah didapati dan murah harganya ini tidak dimanfaatkan sebaik mungkin dalam pemakanan kita seisi keluarga.
Nak lebih jelas apa disenaraikan oleh doktor Zubaidi Hj Ahmad ini, jom baca perkongsian penuh daripadanya.
KELEBIHAN MAKAN TEMPE
Tempe adalah makanan yang biasa dimakan oleh orang Jawa di Malaysia terutama di Johor dan Selangor. Ia adalah kacang soya yang melalui proses fermentasi dengan menggunakan ragi.
Tempe mempunyai harga yang agak murah, mudah didapati dan rasanya sedap. Ia merupakan sumber protein dari tumbuh-tumbuhan yang terbaik. Protein dari tempe digunakan untuk memperbaiki sel tubuh yang rosak. Ia mempunyai protein (asid amino) yang bagus untuk mengelakkan penyakit diabetes, penyakit jantung, dan menjaga menurunkan berat badan.
Ads
Selain itu protein dalam tempe dikatakan lebih larut dalam air dan ini meningkatkan aktiviti enzim proteolitik. Enzim proteolitik atau protease akan memecahkan rantai panjang protein menjadi sebatian yang dapat dicerna oleh tubuh. Menurut penerbitan dari jurnal Biomolecules, enzim ini juga membantu fungsi pembelahan sel, pembekuan darah, meningkatkan sistem pertahanan tubuh, dan penting untuk fungsi tubuh lain yang penting.
Tempe juga menurunkan risiko mendapat risiko mendapat osteoporosis. Dengan mengambil 100 gram tempe mampu memenuhi 15 peratus keperluan kalsium dan 65 peratus keperluan fosfot untuk sehari bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Ia juga dapat mencegah osteoporosis pada wanita yang telah mengalami menopause.
Dalam terbitan dalam International Journal of Food Sciences and Nutrition, menyebut penyerapan kalsium dari tempe tidak berbeza jauh dengan susu lembu. Untuk mendapatkan nutrisi yang sama dengan segelas susu, kita hanya perlu mengambil potong tempe. Hal ini tentu bermanfaat bagi mereka yang mengalami masalah alahan pada protein susu lembu.
Tempe juga membantu mencegah anemia. Ini kerana tempe mengandungi vitamin B12 yang membantu tubuh dalam menghasilkan sel darah merah. Dalam setiap 100 gram tempe mengandungi sekitar 1.7 mikrogram vitamin B12. Ia memenuhi 42 peratus keperluan vitamin B12 setiap hari. Kekurangan vitamin B12 dalam tubuh akan menyebabkan rasa pening, penat, pucat pada kulit, keseimbangan tubuh menurun, dan mengganggu mood.
Tempe juga dapat menangkis tindakbalas radikal bebas kerana ia mempunyai sebatian antioksida (dalam bentuk isoflavon) yang sangat diperlukan untuk menghentikan tindakbalas dan pembentukan radikal bebas.
Ads
Salah satu kesan dari radikal bebas adalah mempercepatkan proses penuaan. Dalam setiap 100mg tempe, mengandungi sekitar 10-38 miligram isoflavon yang mempunyai pelbagai manfaat.
Kajian yang dilakukan oleh University of North Carolina menunjukkan bahawa sebatian antioksida pada tempe dapat membantu pencegahan kanser prostat dan payudara. Selain itu, ia juga menurunkan risiko masalah pada jantung.
Tempe membantu menurunkan berat badan. Dalam setiap 100 gm tempe mengandungi 20.8 gram protein. Dalam kajian yang diterbitkan The American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan diet tinggi protein berasaskan kacang soya memiliki keberkesanan serupa dengan protein yang diambil dari daging haiwan. Efektivitas yang sama seperti pada daging atau produk hewani lainnya. Selain mampu mengurangi berat badan, diet ini juga bisa menurunkan rasa lapar dan meningkatkan rasa kenyang.
Ads
Dalam kajian yang lain juga menunjukkan diet kaya protein dapat merangsang thermogenesis, iaitu membantu tubuh membakar lebih banyak kalori setelah makan.
Tempe goreng adalah salah satu bentuk makanan yang paling digemari. Namun sayangnya, kandungan nutrisi yang terdapat dalam tempe, seperti prebiotik yang diperolehi melalui proses fermentasi mungkin akan rosak apabila digoreng.
Tempe boleh dimakan mentah. Cuma pastikan ia bersih. Tempe yang dikisar boleh dimasukkan ke dalam jus buah-buahan.
“OKU bukanlah penghalang bagiku untuk bangun berusaha seawal 4 pagi demi mencari sesuap nasi dibantu isteri tersayang seperti biasa menu jualan kecilanku pagi ni mee kari, lontong dan cucur badak. Berhenti dari terus mengharap ehsan orang sekeliling, aku kena teruskan berjuang dengan semangat yang tinggi…”
Begitulah caption yang dikongsikan oleh Rozaini Kornin di page MAHN. Apabila turut berkongsi beberapa gambar menu jualannya setiap hari.
Berbekalkan pengalaman pernah jadi tukang masak di kantin sekolah pricent 18 Putrajaya selama 3 tahun dan sebelum itu bekerja sebagai penguatkuasa di MPSJ, pengelaman yang berharga buat dirinya digunakan sebaiknya untuk terus menjalani kehidupan setelah disahkan mengidap penyakit gout tahap kronik.
Menurutnya, “Saya sudah 5 tahun kronik gout hingga dapat kad OKU dari JKM. Buat kerja berat tak boleh, pergerakan terbatas. Alhamdulillah, isteri memahami dan dialah juga kini yang banyak membantu dan dia sekarang masih berkerja untuk menampung hidup kami anak beranak.”
“Bila ada tumujanji dengan doktor, setiap bulan saya kena datang Hospital Serdang bertemu pakar ditemani anak kami dan dia juga perlu mengambil cuti untuk itu. Saya dapat bantuan bulanan dari JKM sebanyak RM250, Zakat Selangor bagi bantuan kecemasan RM 100 setahun hanya sekali. Atas desakan hidup, saya kuatkan semangat untuk buat perniagaan kecil-kecilan dengan memasak dan jual di kedai-kedai orang lain.
“Kerja-kerja memasak banyak dibantu isteri kerana tangan saya hanya sebelah kanan mampu berfungsi 80%..dengan hanya sebelah tangan saya mampu untuk buat kerja-kerja di dapur walau ada yang terbatas pergerakannya. Tu sebab terpaksa minta bantuan isteri atau anak. Antara menu yang disediakan setiap hari adalah antaranya mee kari, laksa, lontong dan cucur badak.
Berkat usaha dan tidak pernah putus asa dapat juga menampung duit poket keluarganya. Mmenurutnya, “Bersih sehari tolak modal, bolehlah beli barang untuk esoknya dan tinggal lah dalam RM30 pada wife. Saya tak pegang duit, semua wife yang pegang. Kalau nak guna beli topup ke baru saya minta nak guna sikit dengan dia. Kedang-kadang sementara nak tunggu duit JKM masuk hujung bulan, bila buat niaga kecil-kecilan ni ada gak duit poket sikit.
Biasanya ibu-ibu pasti ada koleksi pinggan mangkuk atau periuk belanga yang menjadi kegemaran sejak dahulu lagi. Itulah yang akan dijaga rapi supaya tidak rosak kan.
Bagi memastikan ia nampak berkilat macam baru, pelbagai petua dicuba.
Sepertimana yang dikongsikan oleh puan Zainun Mamat ini. Dia menggunakan periuk sejak 22 tahun lalu. tapi tetap nampak berkilat macam baru.
Petuanya hanya dengan menggunakan keluli besi dan juga sabun mandi. Jom cuba petua yang dikongsikan ini. Nampak mudah, jimat dan confirm menjadi.
Salam Semua. Hari Ni bukan nak post pasal masakan. Tapi nak share pasal Petua.
Tiap2 Hari Kita Masak. Lepas masak mesti kena basuh peralatan Memasak terutamanya periuk dan kuali. Selalunya periuk Kita akan jadi hitam di bawahnya. Sukar Juga nak cuci Dan sental.
Saya gunakan keluli besi cuci periuk dan lebihan sabun Mandi. Sabun Kita guna tu lebihannya jangan dibuang.
Caranya mudah jer.
Rendam besi keluli dengan sabun Mandi Dan sedikit air. Tekan2 sikit. Biar jadi berbuih. Pastu boleh ler sental periuk Kita. Bilas Dan cuci Bersih. Berkilat jadinya. Sedap mata memandang.
Besi keluli Juga tahan lama sampai 3 ke 4 hari. Tak mudah berkarat. Cubalah.Periuk Saya ni dah berusia 22 tahun. Masih cun melecun lagi.
Nak cantik bukan mudah. Selain amalan gaya hidup sihat dan pengambilan makanan tambahan yang membantu untuk cantik, makananlah menjadi tunjang utama untuk kekal sihat sekaligus tampil cantik.
Sebagai wanita, memilih makanan yang tinggi khasiat amat membantu untuk kekal sihat sekaligus tampil cantik. Apa yang wanita perlu tahu, banyak makanan yang khusus untuk kecantikan dalaman wanita. Apakah jenis makanan itu?
Kapsikum Merah
Sebiji buah kapsikum merah mengandung 100 peratus keperluan vitamin C harian anda. Malah sayur ini juga mengandungi serat diet dan vitamin B6.
Coklat
Antioksidan dalam coklat menghilangkan masalah kulit kasar dan dikatakan mampu melindungi kulit daripada sinar matahari. Bukan itu sahaja, malahan koko dalam coklat juga buat arteri jadi lebih relaks.
Salmon
Bagi peminat ikan salmon, andalah wanita paling bertuah. Yang anda perlu tahu, ikan salmon kaya dengan lemak omega-3 yang membantu mengurangkan inflamasi, kedut dan juga masalah jerawat. Hebat bukan?
Minyak Kelapa
Minyak kelapa kaya dengan vitamin E yang dapat melembutkan kulit dan bebas jerawat. Jika anda penggemar minyak kelapa dara, cuba anda bayangkan kuasa hebatkan kepada kulit anda.
Teh Hijau
Teh hijau sememangnya sihat untuk tubuh. Mengapa? Kerana kandungan L-theanine yang terdapat di dalamnya membantu tubuh menjadi lebih relaks dan mengubati stress. Mulakan hari anda dengan secawan teh hijau panas sekarang.
Bayam
Sayur bayam memang banyak khasiatnya. Bagi aspek kecantikan, bayam yang tinggi antioksidan mampu melawan semua jenis masalah kulit. Jadi mengapa anda harus mengelakkan sayur ini? Menu bayam rebus atau ditumis dengan sedikit minyak sudah menjadikan ia berbaloi dan untuk nampak cantik.
Chia Seed
Chia seed mungkin baru diterima dalam masyarakat kita sedangkan makanan ini sudah lama diketahui akan khasiatnya. Lemak Omega-3 yang terdapat dalam flax seeds dan chia seeds sempurna untuk melawan kedutan dan jerawat.
Seleri
Seleri yang selalunya dimakan mentah bersama sos istimewa juga dijadikan bahan sampingan dalam sup sebenarnya banyak menfaat untuk kulit cantik. Ia mengandungi sodium dan potasium yang membantu kulit dari dehidrasi.
Betik
Buah tempatan ini usah dipandang remeh kerana fungsinya cukup besar untuk kulit yang cantik. Betik rendah fruktosa dan mengandung nutrisi antioksidan, kaya vitamin C dan E serta beta karoten, yang bagus untuk jerawat.
Lobak Merah
Selain baik untuk kesihatan mata, lobak yang kaya dengan vitamin A ini mampu mencegah produksi sel berlebihan dalam lapisan luar kulit. Mata cantik kulit pun tampil cantik. Jom amalkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...