Masa kita bersama ibu dan ayah tidak lama, masa yang berlalu sangat pantas. Pejam celik pejam celik, sekejap sahaja mereka sudah berusia.
Menyentuh tentang berkatnya doa dari seorang ibu, nyata ianya tidak sama dengan doa
orang lain. Seramai mana pun orang yang mendoakan kita, doa ibu tetap nombor satu. Doa ibu tiada hijab.
Bahkan kejayaan yang kita perolehi sekarang, yakinlah itu juga restu dan berkat doa daripada ibu kita.
Jadi, selagi ada ibu jagalah dan jangan pernah sakitkan hatinya.
Ingatan dan pesanan ini juga dikongsikan oleh Ustaz Khairul Anuar Basri.
Jagalah hati ibumu. Kerana di situ terletak segala keajaiban.
Bila hati ibu gembira, segala nikmat dunia akan kita rasa. Nikmat akhirat tak usah nak cerita la. Itu dah tentu lebih hebat dan tiada taranya.
Bila hati ibu sedih sebab kita, hidup kita pasti akan jadi susah. Buat apa pun serba tak kena. Kita akan hilang banyak perkara, sama ada yang kita nampak atau pun tak nampak.
Tapi ibu ni memang manusia istimewa.
Walau macamana sedih pun dia dengan kita, dia tak akan sesekali buang kita dari doanya. Bahkan dia akan tetap akui kita anaknya, walau seluruh dunia mungkin membenci kita.
Di depan kita mungkin dia akan ignore kita. Tapi di belakang kita dia angkat tangannya kepada Allah. Dia akan sebut bahawa dia redha dan maafkan kita.
Ads
Dia halalkan segala makan minum kita. Dia nak hidup kita bahagia dunia dan akhirat.
Kalau kita bernasib baik, ibu kita akan layan kita macam biasa. Dia tak akan tunjuk yang dia terasa hati dengan kita. Tapi dalam hatinya hanya Allah saja yang tahu.
Jangan sombong dengan ibu kita. Jangan celupar mulut kita dengan ibu kita. Tak ada kita tanpa ibu. Tak ada manusia sehebat ibu.
Kita nak dibandingkan dengan ibu, kita ni sangat hina. Tak payah sembang bagus la. Kita memang hina, ibu sangat mulia.
Walaupun kita kadang-kadang kita rasa tak suka dengan ibu kita. Walaupun kadang-kadang kita rasa tak setuju dengan ibu kita.
Walaupun kadang-kadang kita terasa hati dengan ibu kita. Telan sajalah. Anggap saja itu ujian dan godaan syaitan untuk jauhkan kita dari rahmat seorang ibu.
Sejak dari hari pertama ibu jadi isteri ayah kita, sejak dari hari itulah ibu akan berkorban untuk kita.
Ads
Kendong kita ke hulu ke hilir selama 9 bulan. Ibu tak akan mengeluh dan buang kita.
Waktu bersalin, sakitnya ibu rasa. Darah banyak yang keluar. Urat banyak yang putus. Ibu tak akan merungut dan benci kita.
Semua tu bagai tak ada sebaik saja dengar bunyi tangisan kita. Segala sakit, susah dan penat hilang dalam sekelip mata.
Masa kita kecil, ibu jaga kita lebih dari jaga nyawa dia sendiri. Malam tak tidur kalau kita tak tidur. Siang ambil cuti kalau kita sakit.
Selagi kita tak kenyang, ibu tak akan makan. Selagi kita tak tidur, ibu tak akan habis urusannya di dapur.
Sampai kita tua, ibu tetap pandang kita macam anaknya yang masih kecil. Dijaganya kita. Dimasaknya untuk kita. Dinasihatnya kita. Dibebelnya kita.
Hebatnya seorang ibu.
Ads
Jangan sampai terhenti doa ibu untuk kita. Susah hidup kita nanti. Sebab itu kita kena selalu gembirakan hati ibu. Usaha untuk penuhi permintaannya. Dengar dan ikut cakap ibu.
Kena selalu minta ibu doakan kita. Doa ibu mustajab. Tidak ada hijab antara ibu dengan Allah SWT.
Beruntunglah orang yang masih ada ibu. Jagalah hati ibu baik-baik. Berhati-hati bila bercakap. Mulut jangan celupar. Pilih perkataan bila kita bercakap. Jangan ikut perasaan.
Nada suara mesti rendah. Jangan angkat suara dengan ibu. Jangan sampai perasaannya terguris. Semakin ibu tua, semakin sensitif hatinya.
Kena selalu beringat. Apa layanan kita terhadap ibu kita, begitulah nanti layanan anak kita terhadap kita.
Bagi yang ibunya telah tiada, jangan lupa untuk terus doakan ibu setiap masa. Walau telah hilang 1 sumber doa dan kekuatan, jangan pula kebaktian kita terhenti bersama nyawa ibu. Teruskan berdoa semoga Allah ampunkan segala dosa ibu.
Selamat pagi semua.
Ingatlah ibu kita. Akan ada 1 masa kita rasa sangat susah, tak ada siapa pun yang akan sanggup tolong kita dunia akhirat lebih dari ibu kita.
Ya Allah, ampunkan dosa ibuku. Rahmatilah hidupnya dunia dan akhirat. Masukkan dia ke dalam syurgaMu tanpa hisab!
Sumber : Khairul Anuar Basri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bergelar seorang ibu sememangnya mempunyai tanggungjawab besar dan ia bukan semudah yang disangka. Menguruskan anak, suami dan rumah juga bukan perkara remeh.
Tak dinafikan terdapat pelbagai liku-liku yang perlu dihadapi demi membesarkan anak dengan sempurna. Setiap orang ada cabaran dan halangan yang berbeza menjaga anak terutamanya yang masih kecil.
Begitu juga dengan salah seorang selebriti tanah air yang merupakan ibu kepada tiga orang anak, Mia Ahmad turut tidak ketinggalan berkongsi pengalamannya. Menerusi laman Instagramnya, dia mengakui bahawa anak pertamanya yang dikenali sebagai Iris banyak mengajarnya selama ini.
“Saya belajar banyak sangat from my first born. Sangat berbeza bila anak diberikan perhatian sepenuhnya”.
Bukan itu je, dia juga mengingatkan kepada para ibu bapa di luar sana agar memberikan perhatian yang cukup kepada anak-anak walaupun hanya sekejap. Dalam masa yang sama, perkongsiannya ini juga adalah sebagai peringatan kepada dirinya sendiri.
“Parents, anak-anak cuma perlukan sekurang-kurangnya 15mins of quality time sahaja bersama dengan kita dalam sehari. As I sharing this with you guys, saya pun sedang remind diri saya sendiri”.
Selain itu, melalui perkongsian dengan video anak ketiganya di laman Instagram, Mia Ahmad juga tak menafikan bahawa kepantasan sangat perlu bila ada bawa anak-anak keluar ni.
“Kalau nak keluar shopping anak besar ni harus semuanya kena pantas ya”.
Mengimbau kembali kenangan sewaktu menjaga anak keduanya iaitu Issa dimana dia masih belum faham kenapa anaknya kerap menangis. Rupa-rupanya ada makna dan petanda disebalik tangisan bayi ni.
“Teringat masa mula-mula ada Issa dulu, macam tak faham kenapa ya asyik nangis je dia ni rupanya setiap tangisan dia tu ada macam-macam cue. Nak bagitau diaper dia basah, lapar susu, sejuk, nak tidur”.
Sumber: Instagram Mia Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap ibu bapa pastinya mahukan anak-anak mereka bijak pandai. Justeru, sejak kecil lagi pelbagai perkara dititikberatkan termasuklah pemakanan.
Jom dengar perkongsian dari Dr Taufiq Razif tentang makanan yang boleh meningkatkan prestasi otak anak-anak.
Kadang-kadang saya tengok mak ayah bagi jajan kat anak bukan sebab nak bagi sangat tapi sebab keliru dan tak tahu nak bagi makan apa kat anak.
Takpe, slow-slow kita belajar bab makanan terbaik untuk anak ye. Makanan ni la nanti yang akan jadi darah daging anak kita sebab tu la pemilihan makanan pun akan bagi efek pada perkembangan otak si comel kita.
Ni antara #5 makanan terbaik yang kita boleh bagi kat anak kita.
#1 – Salmon
Memang salmon ni agak mahal tapi sebenarnya salmon ni antara sumber terhebat Omega 3 Fatty Acid ( DHA ) dan EPA yang membantu perkembangan dan fungsi otak si comel
#2 – Telur
Nampak lekeh tapi sebenarnya telur ni antara sumber protein yang hebat. Kuning telur pula kaya dengan choline yang membantu perkembangan memori si comel
#3 – Oat
Rasa oat ni tak ramai yang suka tapi kalau kita latih anak makan oat daripada kecil, memang sampai besar dia boleh terima. Tak sedap tu cuma persepsi je. Saya pun tengah latih anak saya makan oat. Dia bedal sorang je sepinggan oat sekarang ni!
Oat kaya dengan dengan tenaga untuk otak. Paling bagus kalau buat oat sebagai sarapan si comel kita supaya tenaga pertama yang otak si comel kita dapat nanti adalah daripada oat, bukannya daripada teh tarik yang penuh susu dan gula tu!
#4 – Sayur sayuran yang bervariasi
Penuhkan je peti ais rumah kita dengan sayuran seperti tomato, lobak, bayam dan lain-lain. Biasanya sayuran yang berwarna camni banyak antioksidan yang membuatkan otak si comel kita kuat dan sihat. Antioksidan ni jugak boleh mengurangkan risiko kanser pada anak-anak kita juga. Kenapa nak penuhkan peti ais dengan hotdog, jajan dan nugget yang memang terbukti merbahaya pada otak si anak kan?
#5 – Susu dan Yogurt
Kedua sumber makanan ni kaya dengan protein dan vitamin B. Sangat penting untuk pertumbuhan tisu otak, neurotransmitter dan enzim. Cuma kena hati-hati sikit bab yogurt. Banyak yogurt sekarang tak berapa nak asli dah. Banyak yang tambah gula. Tu yang rasa manis melampau-lampau tu.
Tolong ajar info ni pada keluarga dan pasangan masing-masing ye. Benda ni kalau diamalkan, kesan baiknya boleh dilihat sampai tua pada anak-anak kita. InsyaAllah!
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...