Betapa pelajaran itu penting dalam kehidupan, biarpun sibuk dengan urusan harian ada antara kita tetap mengejar impian untuk menuntut ilmu.
Tular perkongsian Fattah Amin selepas berkongsi kejayaannya dalam bidang akademik. Siapa sangka, artis popular yang juga suami kepada Nur Fazura ini rupanya cemerlang dalam akademik.
Menerusi kapsyennya Fattah berkongsi gambar majlis penyampaian anugerah dekan. Dalam pada itu, kelihatan isterinya Fazura memberikan ucapan tahniah buat suami tercinta.
Fattah adalah antara 28 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menerima Anugerah Dekan dan berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Industri Kreatif & Seni Persembahan dalam Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian.
Berkongsi perjalanan menyambung pengajian menerusi program jarak jauh, Fattah mengakui dia ada melalui fasa mencabar sekitar 2017 di mana ketika itu popularnya sedang memuncak.
Ads
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Alhamdulillah saya bersyukur berjaya menamatkan pengajian dan menerima Anugerah Dekan untuk sementer akhir. Sebenarnya tak sangka saya dapat 4 flat untuk semester ini.”
Anugerah tersebut disampaikan oleh Dekan Falkuti Penguusan Industri Kreatif & Seni Persembahan,UUM, Dr Ahmad Hisham Zainal Abidin.
Untuk maklman Fattah menyambung pengajian di perinkat Ijazah Saejana Muda dalam bidang industri Kreatif di UUM sekitar penghujung tahun 2015.
Sebuah kemalangan telah berlaku di kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, petang semalam yang membabitkan lima kenderaan iaitu Honda HRV, Proton Wira, Perodua Alza dan Perodua Bezza selain lori membawa muatan pasir, berhampiran Loji Petronas.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superitendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, kemalangan tersebut berlaku apabila sebuah lori muatan pasir hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.
Ia juga dipercayai berlaku apabila Honda HRV yang bergerak dari arah Kuantan menghala ke arah Segamat memperlahankan kenderaan kerana di hadapannya terdapat kerja pembaikan jalan raya sebelum dirempuh lori pasir berkenaan dari arah belakang.
Akibat itu, enam beranak dilaporkan maut dalam kemalangan terbabit , manakala dua lagi dirawat di Hospital Segamat akibat para di dada dan badan.
“Lori pasir berkenaan memasuki laluan bertentangan lalu merempuh pula sebuah Perodua Alza dinaiki enam mangsa yang maut itu.
Beliau mengesahkan mangsa yang maut akibat kemalangan itu adalah pemandu Perodua Alza, Amir Ruddin Ismail, 46, serta isterinya Norahimah Noor Muhamad, 43, selain anaknya Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.
“Seorang lagi anak mangsa, Abdullah, 15, dan pemandu lori dirawat di Hospital Segamat akibat parah di dada dan badan,”maklum Ahmad Zamry.
Allahyarham selalu ingatkan soal kematian, jangan leka duniawi
Sementara itu, rakan karib sekerja kepada Amir Rudin Ismail iaitu Mohd. Noor Hamizi, 39, berkata, sejak dua minggu lalu, Allahyarham semakin kerap berbual mengenai kematian, dosa pahala serta hari pembalasan.
Malah, dia juga sering menasihatinya untuk tidak leka dengan hal duniawi dan usah melengahkan waktu solat.
“Saya tidak menyangka kata-kata dan nasihat arwah kepada saya dan rakan-rakan lain yang ada kalanya disampaikan secara santai menjadi petanda dia akan pergi buat selama-lamanya.
“Dia sering menceritakan hal dunia yang sementara, pelbagai perkara yang berlaku tanpa mengira dosa pahala yang terjadi sejak kebelakangan ini dalam masyarakat.
“Saya sudah menganggap dia seperti abang kandung sendiri. Dia juga nasihatkan supaya bersabar dan jangan bertindak di luar batasan,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Daerah Segamat (HDS), di sini pagi ini.
Mangsa Sempat Berseloroh Bergambar Bersama Tanda Kenangan
Dalam pada itu, kakak kepada Norahimah berkata mangsa sempat berseloroh untuk mengambil gambar kenang-kenangan sebelum seorang daripada mereka meninggal dunia.
“Arwah minta bergambar beramai-ramai buat kenang-kenangan sambil berseloroh mana tahu seorang daripada kita pergi dulu.
“Itulah gambar terakhir kami empat beradik dan semalam, dia sekeluarga pergi buat selamanya,” kata Norhayati Noor Muhamad.
Kali terakhir dia berjumpa dengan keluarga arwah adiknya itu pada Ahad minggu lalu ketika majlis perkahwinan adik bongsu mereka, Norahila, 36, di rumah ibu mereka di Parit Jawa, Muar dekat sini.
“Saya anak kedua dan Noorahimah rapat dengan adik bongsu (Noorahila), semasa kenduri hari itu, arwah minta bergambar beramai-ramai, dia cakap mana tahu seorang daripada kita pergi dahulu boleh buat kenang-kenangan,” katanya katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Daerah Segamat di sini hari ini.
Norhayati berkata, Noorahimah adalah seorang adik yang ceria dan periang serta ibu yang tegas.
“Sebelum dia pergi, tidak ada apa-apa tanda yang pelik berlaku, dia seorang yang ‘happy go lucky’, nak kata garang tidak cuma dia seorang ibu yang tegas,” katanya.
Amir Ruddin Ismail bapa kepada enam cahaya mata itu juga merupakan imam Masjid Ladang Tereh Utara, Kluang antara enam terkorban termasuk isteri serta empat anaknya dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan petang semalam.
Mengulas lanjut, Mohd Noor berkata, ketika kejadian Allahyarham Amir Ruddin dalam perjalanan menghantar isterinya yang turut maut untuk pulang bertugas sebagai ustazah di Sekolah Agama Ladang Kemedak di Segamat.
Katanya lagi, Allahyarham Amir Ruddin merupakan seorang yang baik dan taat pada perintah agama. Dia juga tidak menyangka bahawa teguran arwah yang kadang kala serius dan secara berjenaka mengenai soal kematian sejak akhir ini merupakan petanda ajalnya tiba.
Kisah adik Rayan yang terjatuh ke Dalam perigi dengan kedalaman 32 meter mengundang perhatian seluruh dunia.
Dalam usaha pihak penyelamat membawa keluar anak kecil ini, namun ternyata Allah lebih sayangkannya.
Seluruh dunia termasuklah rakyat Malaysia yang bersimpati dengan perkara tersebut tidak putus-putus menzahirkan rasa sayu atas kematian kanak-kanak comel tersebut.
Malah Laman Twitter rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut memuat naik ucapan takziah buat keluarga Rayyan, sekitar 7.54 pagi Ahad.
“Seluruh dunia bersedih. Adik Rayan disahkan meninggal dunia oleh kerajaan Maghribi.
“Salam takziah buat ibu ayah dan keluarga arwah. Berehatlah adik Rayan di syurga sana. Al-Fatihah,” tulis pengendali Twitter rasmi Jakim.
“Jangan bimbang tentang dia. Allah telah pilih Rayan untuk ke syurga. Dia kini anak yang paling gembira di dunia. Jangan sedih ibu, Allah pilih dia antara yang terbaik berbanding kita. Jangan bersedih, anakmu akan bertemu denganmu di syurga, innsyaAllah. “
Tak boleh nak jelaskan perasaan bila lihat wajah sang ibu. Tenang di sana Rayan Awram. Innalillahiwainailahirajiun😢
Terdahulu, Istana Diraja Maghribi mengesahkan berita kematian kanak-kanak tersebut.
Hasil pemeriksaan awal mendapati kanak-kanak itu mengalami kecederaan pada paru-paru dan tulang belakang.
Rayan terperangkap dalam perigi berhampiran rumahnya di kampung kecil Ighrane, kira-kira 125 batu dari bandar Chefchaouen, sejak petang Selasa.
Kelahiran cahayamata pertama sudah tentu memberikan kegembiraan buat pasangan suami isteri yang baru bergelar ibu bapa.
Pastinya anak sulung akan dibelai dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Namun akibat terlalu ‘over protect’ ia sebenarnya menjejaskan perkembangan anak itu. Kesilapan yang kita anggap remeh tapi ia memberi kesan kepada tingkah laku anak sulung atau juga dikenali sebagai sindrom anak sulung.
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian ibu ini mengenai kesilapan yang kita tak sedar berlaku ketika kita mengasuh anak.
‘Sindrom Anak Sulung’
Ini gambar waktu bulan kelima saya jadi mak. Nampak tak apa kesilapan saya dalam tu? Ya, anak dah 5 bulan. Tapi saya masih pakaikan dia mitten. Mitten kecik pulak tu. Begitulah. Waktu kali pertama jadi mak, banyak kesilapan saya dah buat.
Antara kesilapan lain adalah : – Biarkan diri stres waktu mengandung. Akibatnya anak lahir jadi bayi yang ‘stres’. Kuat meragam.
– Tak belajar ilmu parenting. Akibatnya, banyak kesilapan parenting saya buat. Paling gila, masa saya buat tu, saya yakin saya buat benda betul.
– Manjakan anak dengan pelbagai peralatan bayi. Berjam-jam duduk atas rocker dan walker. Tak banyak tummy time. Akibatnya, banyak perkembangan motornya terjejas.
– Memaksa dan mengajar anak secara keras untuk dia pandai membaca dari kecil. Akibatnya, dia hilang minat belajar dan membaca. Walaupun dari kecil dah boleh membaca.
– Menjadi ibu yang impulsif dalam menghukum. Akibatnya, sampai sekarang saya struggle nak membentuk dirinya yang impulsif bila beremosi. Hati-hati ibu ayah.
Jadilah ibu bapa berilmu sementara anak masih kecil lagi. Rujuk ilmu parenting anak sulung di sini https://proparenting.onpay.my/order/form/bordas1/wawashauqi
Kesilapan kita mendidik anak sulung boleh menjadi punca utama mereka memiliki ‘Sindrom Anak Sulung’ yang ketara :
Antara contoh sindrom anak sulung yang saya maksudkan adalah :
1. Memiliki FIXED MINDSET Harapan yang terlalu tinggi diletakkan pada anak sulung, menyebabkan ibu bapa sukar menerima kesilapan yang dilakukan anak-anak. Anak-anak dipaksa memenuhi kehendak kita, walaupun ia tidak kena dengan fasa dan fitrah anak ketika itu.
Hasilnya, anak menjadi terlampau perfectionist. Sukar menerima kekurangan dan kesalahan.
Dan bila terbuat salah, mereka cenderung untuk memiliki mindset, “Alaa.. Aku dah salah. Takde harapan dah ni nak betulkan balik. Sekali gagal, totally gagal!” . 2. BOSSY Bagus untuk kita didik anak sulung jadi seorang yang bertanggungjawab. Tapi, pastikan ia tidak keterlaluan. Sehingga timbul sifat bossy pada anak.
Kadang-kadang, sifat bossy tersebut sampai buat adik-beradik yang lain rasa tertekan. Disuruh dengan kasar, tak pertimbangkan apa orang lain sedang buat dan susah bertolak ansur.
Bayangkan bila sifat bossy ni anak bawa bila bersosial. Pening orang lain nak melayan oi. Takut-takut, dia menjadi individu yang tidak disenangi di kalangan kawan-kawan. . 3️. OVERLY SENSITIVE Anak sulung juga cenderung menjadi seorang yang mudah beremosi. Sebab masa dia kecil dulu, kita tak ada ilmu nak kendalikan emosi mereka dengan baik. Struktur emosi mereka tak stabil. Mudah runtuh, remuk dan rapuh. . Besar pengaruh karektor anak sulung ni tau. Sedikit-sebanyak mempengaruhi karektor adik-adik yang lain. Walaupun kita tahu yang setiap anak dilahirkan dengan karektor yang pelbagai.
Tak percaya, cuba tengok. Ada banyak ketika, adik-adik akan ikut apa yang kakak atau abang dia buat. Yang paling tak seronok, hat-hat buruk tu paling mudah mereka ikut. . Pun begitu, berterima kasih dan hargailah anak sulung kita. Mereka adalah guru yang paling banyak berkorban mendidik kita. Melalui merekalah kita merasai pengalaman manis kali pertama memegang anak hasil benih sendiri.
Melalui merekalah, jiwa kita terdidik untuk memahami jiwa anak-anak kecil. Melalui merekalah kita mendidik diri mengawal bara emosi.
Melalui merekalah kita melalui pengalaman menakjubkan, membesarkan manusia dari proses alam rahim sampai dia dah besar sekarang. Hargai mereka. Sayangi mereka.
Tidak pernah terlewat untuk kita betulkan kesilapan. Selagi mana kita usaha bentuk mereka dengan ilmu yang betul.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.