“Bertukang ‘Asal Boleh Je’.” Suami Isteri Ni Transform Almari Lama Jadi Rumah Mewah Si Bulus. Cantik & Praktikal!

Share

Kreativiti sepasang suami isteri ini membina ‘rumah’ buat bermain dan ruang tidur haiwan peliharaan mereka dengan menggunakan almari pakaian lama meraih perhatian ramai.

tempat yang dahulunya menyimpan pakaian kini bertukar wajah sebagai sangkar si bulus kesayangan mereka.

Berkongsi cerita bersama MStar, Izyan Suraya Khalib @ Khalid berkata, dia membeli seekor kucing betina pada 2012 tetapi ia hilang pada Mei 2021.

“Pada Disember lalu, suami terjumpa seekor anak kucing tanpa ibu di tengah jalan. Ingatkan tak nak bela dah tapi memang niat nak selamatkan sebab kasihan.

“Kucing jantan ini kami beri nama Aegi. Buat masa ini, kami bela kucing kampung seekor saja,” katanya lagi.

Dek kerana mahu memelihara anak kucing itu, justeru sangkar yang sesuai untuk menempatkannya dalam keadaan yang selesa di rumah diperlukan.

“Saya buat survey cari sangkar kucing tapi harga mahal. Bukan tak ada sangkar, tapi yang sedia ada agak kecil.

“Secara kebetulan, kami ada almari yang tidak digunakan lagi. Hari-hari pandang almari tu tiba-tiba datang idea untuk transform jadi sangkar kucing, almari tu pun besar,” ujarnya yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu.

Tambahnya lagi, almari tersebut sepatutnya dibuang kerana keadaannya tidak lagi sesuai untuk menyimpan pakaian.

“Kami nak buang sebab dah lama, lebih sembilan tahun. Dah sebulan almari tu dikosongkan tapi tak ada sebarang tindakan pun.

“Saya tengok banyak rumah kucing yang luas dan cantik di media sosial. Teringin nak ada ruang besar untuk kucing saya, itu yang kami buat sendiri guna almari,” katanya.

Izyan dan suami mengambil masa sehari untuk melakukan transformasi membabitkan kos kurang RM150 untuk pembelian bahan dan kelengkapan.

“Memang mencabar nak buat. Kami ingatkan senang je, rupa-rupanya kayu almari di bahagian tengah agak keras dan tebal.

“Kami suami isteri pula bukannya ada pengalaman bertukang, potong kayu ni. Kami buat asal boleh je,” katanya sambil menambah suaminya bertugas sebagai penolong jurutera.

Dalam pada itu, Izyan yang merupakan jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata, sangkar kucing tu boleh memuatkan antara tiga dan empat ekor kucing.

“Lepas dah siap, rasa puas hati sangat sebab sangkar tu besar, berukuran 6 kaki panjang dan 4 kaki lebar. Saya bersyukur suami sanggup layankan mengikut idea saya.

“Bahan yang kami guna pun mudah nak cari dan murah. Nak buang almari lama tapi sayang pula, akhirnya kami transform jadi sangkar kucing,” katanya.

@izyanwasabee Nak buang almari lama sayang plakk..😅 #rumahkucing #cathouse #kucingoyen ♬ original sound | Streamer – SideLogic
@izyanwasabee Reply to @threepolkadot ♬ เสียงต้นฉบับ – วงดนตรีไม้เลื้อยแบนด์
@izyanwasabee Jumpe tgh jalan sorang2 n now officially mommy’s lil anak tucem! #aegi #oyen ♬ Pope Is a Rockstar – Sales

Sumber: Mstar online & Izyanwasabee


 

ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami