Kreativiti sepasang suami isteri ini membina ‘rumah’ buat bermain dan ruang tidur haiwan peliharaan mereka dengan menggunakan almari pakaian lama meraih perhatian ramai.
tempat yang dahulunya menyimpan pakaian kini bertukar wajah sebagai sangkar si bulus kesayangan mereka.
Berkongsi cerita bersama MStar, Izyan Suraya Khalib @ Khalid berkata, dia membeli seekor kucing betina pada 2012 tetapi ia hilang pada Mei 2021.
“Pada Disember lalu, suami terjumpa seekor anak kucing tanpa ibu di tengah jalan. Ingatkan tak nak bela dah tapi memang niat nak selamatkan sebab kasihan.
“Kucing jantan ini kami beri nama Aegi. Buat masa ini, kami bela kucing kampung seekor saja,” katanya lagi.
Dek kerana mahu memelihara anak kucing itu, justeru sangkar yang sesuai untuk menempatkannya dalam keadaan yang selesa di rumah diperlukan.
“Saya buat survey cari sangkar kucing tapi harga mahal. Bukan tak ada sangkar, tapi yang sedia ada agak kecil.
“Secara kebetulan, kami ada almari yang tidak digunakan lagi. Hari-hari pandang almari tu tiba-tiba datang idea untuk transform jadi sangkar kucing, almari tu pun besar,” ujarnya yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu.
Tambahnya lagi, almari tersebut sepatutnya dibuang kerana keadaannya tidak lagi sesuai untuk menyimpan pakaian.
“Kami nak buang sebab dah lama, lebih sembilan tahun. Dah sebulan almari tu dikosongkan tapi tak ada sebarang tindakan pun.
“Saya tengok banyak rumah kucing yang luas dan cantik di media sosial. Teringin nak ada ruang besar untuk kucing saya, itu yang kami buat sendiri guna almari,” katanya.
Ads
Izyan dan suami mengambil masa sehari untuk melakukan transformasi membabitkan kos kurang RM150 untuk pembelian bahan dan kelengkapan.
“Memang mencabar nak buat. Kami ingatkan senang je, rupa-rupanya kayu almari di bahagian tengah agak keras dan tebal.
“Kami suami isteri pula bukannya ada pengalaman bertukang, potong kayu ni. Kami buat asal boleh je,” katanya sambil menambah suaminya bertugas sebagai penolong jurutera.
Dalam pada itu, Izyan yang merupakan jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata, sangkar kucing tu boleh memuatkan antara tiga dan empat ekor kucing.
“Lepas dah siap, rasa puas hati sangat sebab sangkar tu besar, berukuran 6 kaki panjang dan 4 kaki lebar. Saya bersyukur suami sanggup layankan mengikut idea saya.
Ads
“Bahan yang kami guna pun mudah nak cari dan murah. Nak buang almari lama tapi sayang pula, akhirnya kami transform jadi sangkar kucing,” katanya.
Setahun yang lalu sebagaimana semua sedia maklum, Mia Ahmad telah tampil dengan imej sopan bertudung, pun begitu baru-baru ini pelakon dan usahawan ini berkongsi coretan dan berkongsi gambar-gambar terbaharu dengan mengenakan tudung yang lebih labuh di Instagramnya.
Namun begitu, penampilan barunya yang lebih baik itu mendapat kritikan yang negatif daripada segelintir netizen yang mengatakan gayanya itu seperti seorang makcik dan tidak moden.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Tak Hirau Kritikan
Meskipun dikritik dan mendapat komen negatif, itu tidak mematahkan semangat isteri kepada penjaga gol JDT yang kini sedang hamil anak ketiga untuk terus beristiqamah mengenakan tudung labuh.
Menerusi hantarannya itu, pelakon drama Sara Kirana itu memaklumkan bahawa dia langsung tidak menghiraukan kritikan itu sebaliknya akan terus istiqamah malah bersyukur kerana setakat ini dipermudahkan hijrahnya itu.
“Alhamdulillah banyak benda yang baik-baik datang along the way. Semoga Allah terus menjaga niat hati I dan kita semua.”
Bila orang cakap tudung labuh macam makcik dan tak moden.
Sorry, I dress for Allah.
Ada yang cakap I takkan istiqamah, ada yang cakap husband I takkan support. I kuatkan hati sebab I know I did the right thing. For the sake of Allah. I tahu I tak baik, I ubah cara pemakaian untuk jadi lebih baik bukan untuk nampak baik.
Menggunakan masa lapang dengan melakukan habi bertanam sayur di laman rumah banyak kelebihannya. Bukan sahaja laman nampak menghijau malah boleh juga dituai hasilnya untuk dibuat makan.
Selain sayur-sayuran boleh ditanam di dalam pasu untuk nampak lebih tersusun dan teratur, malah boleh juga dibuatkan sediaan petak tanaman untuk mudah diurus.
Bahkan menurut perkongsian Azuan Abdullah, bila sayur sawi di tanam di dalam petak tanaman dengan menggunakan media tanah yang bersesuaian akan dapat menghasilkan tananan lebih subur dan mudah diurus.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
“Tips Tanam Sawi Dalam Petak Tanaman”
Sawi giant antara tanaman yang paling mudah ditanam dirumah. Macam saya, saya biasa tanam sawi ini dalam bekas tanaman. Antara bekas tanaman yang selalu saya guna adalah petak tanaman, tayar, tong cat dan pasu.
Baik, pagi ni saya nak kongsi tips tanam sawi dalam petak tanaman.
1. Petak tanaman boleh dibina samada dengan batu bata atau papan terbuang. Tiada saiz yang tertentu.
Ianya bergantung pada keadaan tempat. Cuma, lebar petak tersebut biasanya tidak akan lebih daripada 3 kaki. Ini untuk memudahkan kerja – kerja pengurusan nanti.
2. Media yang biasa saya gunakan adalah tanah campuran. Nisbah tanah campuran yang saya biasa buat adalah 1 bahagian tanah + 1 bahagian pasir + 1 bahagian kompos / bokashi.
3. Tanam anak benih yang telah disemai supaya tumbesarannya menjadi seragam. Biasanya saya akan tanam anak yang berusia antara 2 – 3 minggu lepas semai. Lagi besar anak yang ditanam, lagi cepat boleh harvest.
4. Jarak tanaman adalah 1 kaki antara pokok. Jarak yang sesuai amat penting supaya pokok mendapat ruang yang secukupnya untuk membesar. Pengalaman saya, satu pokok boleh mencapai berat melebihi 1 kg.
5. Kaedah pembajaan yang saya guna adalah melalui siraman dan foliar.
6. Baja disiram seminggu sekali. Guna baja NPK larut air 18.18.18 + mikro. Siraman dibuat pada waktu pagi dengan kepekatan antara 2.0 – 2.5 mS.
7. Biasanya lepas sebulan kita dah boleh ambil untuk dimasak. Potong 2 – 3 helai je dulu daun yang paling bawah. Pengalaman saya, ia boleh bertahan hingga 3 bulan.
8. Andaikata kita tak potong daun paling tua, beratnya boleh mencapai 1 kg 1 pokok pada usia 2 bulan lebih.
Berkebun dapur ni menjadi lebih seronok bila segala usaha kita berhasil. Ia bukan sekadar hobi malah menjadi terapi minda buat kita. Ramai sahabat yang telah mengakuinya, stress hilang bila berkebun. Alhamdulillah.
Meskipun aktiviti memberus gigi dilakukan setiap hari, namun gigi masih kelihatan kekuningan. Salah satu sebab mengapa gigi kuning adalah kerana cara menggosok gigi yang salah. Gigi yang diberus dengan cara yang betul dan teratur sebanyak dua kali setiap hari akan menyerlahkan kecantikan gigi.
Pun begitu jika masih juga tidak berpuas hati boleh gunakan petua orang dulu-dulu dengan menggunakan bahan-bahan alami. Siapa sangka bukan satu bahan sahaja yang berfungsi untuk memutihkan gigi malah ada 10 kesemuanya. Jom semak!
Daun Sirih
Rendam beberapa helai daun sirih di dalam air dan didihkan, atau masukkan daun sirih ke dalam air yang mendidih. Biar selama 30 minit. Biarkan sejuk sebelum berkumur-kumur dengan air sirih tadi. Kumur selama dua minit beberapa kali ulangan. Akhir sekali, gosok daun sirih tadi pada gigi. Kumur sekali lagi dengan air bersih.
Biji Pinang
Bakar biji pinang sehingga hangus dan tumbuk untuk mendapatkan serbuk yang halus. Gosok serbuk tadi pada gigi menggunakan kain kapas yang bersih. Amalkan dua minggu sekali sahaja. Serbuk pinang ini selain membantu membersihkan plak pada gigi, ia juga boleh membantu menguatkan gigi.
Kulit Limau
Ambil kulit limau dan gosok bahagian dalam yang berwarna putih pada gigi. Amalkan sebanyak dua atau tiga kali sehari. Untuk gigi sensitif, amalkan dua kali sehari sahaja.
Daun Salam
Gunakan daun salam dan kulit limau. Caranya, keringkan daun salam dan tumbuh halus. Sementara itu, cincang halus kulit limau sehingga menjadi serbuk. Campurkan kedua-duanya dengan sedikit air dan gosok pada gigi.
Lobak merah, saderi, epal dan strawberi
Keempat-empat jenis buah dan sayuran ini boleh membantu memutihkan gigi. Hanya perlu amalkan selalu makan makanan ini. Bagi buah strawberi, anda boleh potong kecil dan gosok perlahan pada gigi.
6. Susu dan Yogurt
Amalkan minum susu dan yogurt untuk mengembalikan warna gigi putih dan berseri. Selain itu, susu dan yogurt tinggi kalsium dan ia dapat membantu menguatkan dan menyihatkan gigi.
Serbuk Penaik (Baking Soda)
Sapu serbuk penaik dengan rata pada gigi dan biarkan selama lima minit sebelum memberus gigi. Amalkan sebanyak 2 kali sahaja dalam sebulan. Penggunaan yang kerap boleh menipis dan merosakkan enamel gigi anda dan memberi kesan terhadap jaringan saraf gigi.
Cuka Putih atau Cuka Epal
Kumur-kumur menggunakan cuka putih ataupun cuka epal sebanyak 1 – 2 kali sebulan. Elakkan menggunakan cara ini terlalu kerap kerana ia boleh menyebabkan gigi rapuh dan rosak.
Lemon dan Garam
Perah lemon dan tambahkan sedikit garam. Sapu pada gigi dengan rata. Biarkan selama 2 – 3 minit sebelum memberus gigi. Elakkan menggunakan cara ini dengan kerap. Bimbang ia akan merapuhkan dan merosakkan gigi.
Arang
Cara tradisional yang telah digunakan sejak zaman nenek moyang kita dahulu. Gunakan cara ini seminggu sekali sahaja. Sebaiknya hancurkan dahulu arang menjadi serbuk agar mudah untuk digosokkan pada gigi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...