Wanita ni bukannya suka sangat nak merajuk cuma bila ada menjadi pencetus tu yang buat jiwanya merajuk.
Para suami kena main peranan supaya isteri yang merupakan makhluk yang sensitif ini tidak merajuk.
Baca perkongsian menarik oleh saudara Mohd Fhais
Wanita bukan kuat merajuk, tapi pencetus merajuk yang terlampau banyak.
Baru baru ni ada seorang kawan tanya macam mana nak buat kalau isteri kuat merajuk. Saya cakap kat dia mudah je, jangan jadi pencetus isteri merajuk la.
Lelaki dengan perempuan sama je kuat merajuknya. Cuma beza pencetus wanita merajuk banyak manakala lelaki tak berapa banyak.
Wanita makhluk paling sensetif sekali kat muka bumi ni jadi pencetus kecil apa pun dah boleh buat mereka merajuk. Ini yang kita tak sedar.
Bila isteri sedang bercakap tapi suami tak beri perhatian, sibuk main telefon. Ini pun boleh cetus merajuk.
Suami kerja sepanjang hari, sampai ke rumah waktu malam. Sampai di rumah terus capai anak-anak dulu, isteri tak tegur pun. Ini pun boleh cetus merajuk.
Tak pernah tanya keadaan isteri. Tak pernah ambil tahu perasaan isteri. Walaupun suami tak buat salah secara zahir tapi secara batin banyak kesalahan yang dia dah buat.
Situasi macam ni memang tunggu masa je. Pencetus kecil pun boleh buat isteri merajuk berhari-hari lamanya.
5 TIP NI SUAMI KENA SELALU BUAT
Malas nak melayan isteri merajuk? Jangan jadi pencetus.
1 – Selalu berikan perhatian terbaik pada isteri. Isteri lebih penting dari games, telefon, televisyen dan whatsapp group. Kalau selalu sangat merajuk tu tanda isteri dah jadi Attention Seeker. Susah sangat nak dapat perhatian jadi merajuk la jalan terakhir.
2 – Selalu tunjukkan penghargaan pada isteri. Urut bahu isteri sebelum tidur pun dah cukup buat isteri rasa sangat di hargai. 10 saat sentuh isteri boleh tingkatkan hormon endorfin tau. Hormon endorfin ni lagi banyak lagi bagus sebab ia boleh bantu isteri kurus dan hilangkan keresahan.
3 – Selalu luangkan masa bersama isteri. Ada masa lapang dahulukan isteri dahulu. Luang masa lebih dengan isteri lebih bermakna daripada luangkan masa dengan benda lain. Momen momen ini la yang akan jadi penguat kasih sayang bila di timpa musibah. Bayangkan kalau tak ada langsung momen begini? Itu yang mudah berperang.
4 – Selalu beri pujian pada isteri. Wanita ni sensetif, kalau tak ada pujian dia akan fikir macam-macam. Jadi kena bina pendinding (firewall) di hati dia daripada fikir yang bukan-bukan. Selalukan la puji memuji. Puji dia cantik, dia masak sedap dan sebagainya. Satu pujian ikhlas dari suami, isteri boleh ingat bertahun-tahun lamanya.
5 – Selalu curahkan kasih sayang tak berbelah bagi pada isteri. Belai rambut isteri, cium pipi dia dan peluk setiap pagi cukup buat isteri rasa bersemut di hati. Bukan tu je, mengikut kajian isteri yang selalu di peluk suami akan buat isteri jadi lebih bersemangat dan bertenaga. Peluk 5 minit tapi tenaga boleh tahan 5 jam tau.
Jadi kawan kawan, isteri kita sebenarnya bukan suka merajuk tapi kita yang suka jadi pencetus dia merajuk.
Dengan orang lain diorang tak merajuk pun, dengan kita je dia suka merajuk sebab hati dia dengan hati kita dah terjalin hubungan rapat. Satu hati kena cucuk, dua dua akan terasa sakitnya.
Sama-sama la kita saling ingat mengingati antara pasangan ya.
Sesungguhnya pasangan terbaik ialah pasangan yang tahu baik dan buruk pasangan mereka serta cara untuk memperbaiki diri sendiri supaya kebaikan pasangannya lebih terserlah.
Wallahu A’lam,
#share jika bermanfaat.
Mohd Fhais
Bahagianya isteri jika dia tak perlu merajuk lagi.