Bertuahnya badan! Siapa sangka gerai tepi jalan pun Agong, Permaisuri boleh singgah minum air kelapa.
Sifat merendah diri dan mesra dengan rakyat sudah sebati dalam diri baginda berdua sentiasa menjadi inspirasi rakyat Malaysia.
Semalam seorang remaja tidak menyangka bertemu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika berniaga air kelapa berhampiran Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang.
Muhammad Aqmal Fiqrie Azrin, 16, dari Chenderawasih berkata, pada mulanya, dia hanya melihat kenderaan yang dinaiki baginda berdua serta kenderaan lain membuat pusingan U.
Namun tidak sangka kenderaan itu berhenti dan Raja Permaisuri Agong menurunkan cermin tingkap kenderaan bertanyakan air tebu.
“Saya cakap air tebu tidak ada hari ini (semalam) sebelum baginda berdua turun dan membeli air kelapa muda serta jeli kelapa.
“Ketika itu, secara tiba-tiba perasaan gementar datang tetapi saya dapat menjawab pertanyaan baginda berdua yang bertanyakan umur dan sekolah.
Katanya lagi, kebiasaannya kenderaan yang dinaiki baginda melalui jalan ini, namun kali ini baginda singgah sehingga membuatkan dirinya gementar.
“Namun, saya teruja kerana dapat bertemu baginda berdua yang cukup ramah,” kata anak sulung daripada tiga beradik.
Muhammad Aqmal Fiqrie Azrin berkata, pengalaman bertemu baginda berdua akan dikenang sampai bila-bila.
Menerusi Instagram Istana Negara memaklumkan bahawa baginda berdua dalam keberangkatan pulang ke Istana Abdulaziz dari lawatan kerja ke Ladang Yayasan Pahang di Gambang, Pahang.
Sumber: Harian metro dan istana_negara
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club