‘Bila perginya seorang insan yang bergelar ibu, maka akan hilang satu keberkatan dalam hidup iaitu doa seorang ibu’
Demikianlah harga yang tak pernah sekali berkira dengan kita dalam hidup, Sanggup bergadai nyawa demi melahirkan dan membesarkan anak-anak. Walaupun sudah semakin berusia, namun nilai kasih sayangnya tidak akan pernah pudar.
Bagi yang masih ada ibu, hargai mereka selagi ada. Di luar sana ramai lagi yang impikan kasih sayang ibu walaupun tidak pernah merasai perasaan itu sejak kecil lagi.
Sama jugalah seperti sebuah kisah yang dikongsian di laman TikTok mengenai kasih sayang seorang ibu. Menerusi perkongsian azurabdul.6 di laman TikTok, wanita berkenaan dilihat sedang menyuap makanan kepada setiap cahaya matanya di pagi raya. Apa yang mencuri tumpuan adalah usia cahaya matanya seakan-akan sudah menjangkau usia 40 tahun.
@azurabdul.6 mata sapa masuk habuk pagi2 ni😢..#fypシ゚viral #tiktok🇲🇾 ♬ suara asli – liriiklagu
Meninjau di ruangan komen, ternyata reaksi yang ditunjukkan oleh anak-beranak itu telah mencetuskan rasa sebak netizen. Malah, mereka juga turut mengakui jasa seorang ibu tidak akan pernah pudar selagi mereka masih terus bernafas di muka bumi ini.
Sumber : azurabdul.6
Anak Makan Tumpah, Menjerit Rebutkan Sesuatu, Biarlah. Suatu Hari Itu Yang Dirindu!
Penat yang dirasakan kini semasa membesarkan anak-anak dengan melayan pelbagai ragam dan kerenah, terkadang hilang sabar juga dibuatnya.
Namun perlu diingat, pasti suatu masa kelak ragam dan kerenah itulah juga yang akan dirindui ibu ayah bila anak-anak telah dewasa kelak.
Ini diakui sendiri oleh pasangan suami isteri ini, bila mana berkongsi tentang apa yang dirasakan kini setelah tinggal berdua sahaja.
Bahkan di dalam perkongsiannya, turut dititipkan nasihat untuk panduan bersama.
Ini perkongsiannya.
Makan tengahari berdua tadi, tiba-tiba Tuan Haji kata rumah kami sunyi.
Saya kata, ajaklah orang datang rumah.
Buat makan-makan riuhlah sikit.
Bukan sunyi tu, dia kata.
Sunyi sebab tak ada anak-anak.
“Kan Bang, kalau masa Kakak, Abil, Saddiq kecik dulu riuhlah jugak rumah.”
“Kalau masa makan semua ada.”
…
Saya rasa begitulah juga ibu dan ayah yang sama situasinya dengan kami.
Bila sudah tinggal berdua. Saya pandang Tuan Haji, Tuan Haji pandang saya.
Untuk adik-adik yang masih mempunyai anak-anak kecil di rumah. Hargailah masa yang Allah kurnia. Kerana masa yang pergi, tidak akan kembali lagi.
Layanlah semua kerenah anak-anak dengan lapang dada. Kerana itulah yang menjadi kerinduan nanti.
Makan berebut.Makanan atau minuman tumpah, biarlah. Anggaplah itu satu hal yang biasa.
Memekik. Menjerit berebutkan sesuatu, pun biarlah. Itulah yang menghidupkan rumah tangga kita.
Suatu hari nanti, suara-suara itulah yang akan terngiang-ngiang. Dan menjadi satu alunan melodi yang lunak kedengarannya di cuping telinga.
Hari ini, mungkin Tuan Haji teringat sangat kepada anak-anak.Tak apalah, sabar sedikit sahaja lagi.
Sampai masa kami pasti pulang untuk bersatu dengan anak-anak tersayang.
The day will come.Bi iznillah
Sumber : Suzy Sharif
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Dibuang Kerja, Suami Nekad Rahsiakan Daripada Isteri. Tapi Selepas Tiga Bulan Ini Yang Terjadi. Sebak!
Sejak pandemik covid-19 melanda dunia, ia telah mengakibatkan berjuta kematian seluruh dunia. Bahkan impaknya turut memberi kesan kepada ekonomi dunia sehingga ramai kehilangan pekerjaan akibat kegiatan ekonomi dihentikan atas faktor penyekang penularan wabak ini.
Natijahnya, Malaysia juga tidak terkecuali sehingga Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada penghujung Mac selama hampir tiga bulan. Ia mengakibatkan ramai antara kita kehilangan pekerjaan dan tiada aktiviti perniagaan sehingga menjejaskan ekonomi isi rumahtangga.
Sehingga kini, masih ada lagi syarikat yang memberhentikan pekerja atau mengurangkan pembayaran gaji bulanan ekoran kegiatan ekonomi tidak serancank sebelum pandemik.
Sudah pastinya pandemik ini memberi kesan kepada cara hidup dan ekonomi kita sekarang. Sebagaimana yang dilalui seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai ‘Mamat’ berkongsi cerita sukar dalam hidupnya ketika PKP melalui panggilan telefon di stesen radioa Suria FM baru-baru ini.
NEKAD TIDAK BERITAHU ISTERI
Beliau yang telah berkahwin telah berhentikan kerja tanpa notis ketika PKP nekad tidak memberitahu kesusahan kepada isteri tersayang. Selama tiga bulan bekerja melakukan penyamaran keluar bekerja seperti biasa, namun melakukan kerja harian lain.
“Saya baru lepas dibuang kerja. Tanpa apa-apa sebarang notis sejak MCO. Saya berkahwin dan tak bagi tahu isteri saya dibuang kerja. Pagi-pagi saya keluar pergi kerja. Keluar macam biasa naik motor.
Rasa serba salah dalam diri, lelaki ini memilih untuk tidak berkongsi detik sukar bersama isteri.
“Saya rasa serba salah. Tak sampai hati nak bagi tahu kena buang. Sebab ketika itu semua orang kalut cari kerja.
JIWA PENYABAR
Dalam tempoh tiga bulan beliau bersabar dan tidak patah semangat mencari pekerjaan di samping membuat kerja harian.
“Saya buatlah kerja harian. Tak kisah kerja apa pun. Saya pakai macam biasa. Tapi sebenarnya ada baju spare (baju lain) dalam motor. Saya lakukan semua ini selama tiga bulan. Tiap-tiap pagi saya keluar. Saya tak nak isteri tahu saya kena buang kerja. Saya buat kerja harian tapi pada masa yang sama saya tak stop cari kerja lain.”
REZEKI DATANG TANPA DIDUGA
Namun, rezeki tidak pernah salah alamat. Akhirnya beliau mendapat pekerjaan pada awal September lalu.
“Alhamdulillah, 14 Sept saya dapat kerja. Saya dapat interview saya cakap pada isteri tapi kena buang kerja saya tak bagi tahu pada isteri.”
JANGAN MENYERAH KALAH!
Sehingga kini, isterinya tidak mengetahui kisah benarnya ketika PKP. Nyata, beliau seorang suami yang bersikap tidak pernah putus asas untuk memastikan keluarganya bahagia.
Sebelum mengakhiri perkongsiannya, beliau menasihati agar mereka yang kehilangan pekerjaan tidak mudah putus asa tetap berusaha mencari peluang pekerjaan.
“Saya kerja shif,saya dalam perjalanan balik kerja, terkesan dengan topik ‘interview’ ini. Saya call untuk berkongsi. Cuma saya nak nasihatkan siapa-siapa yang dibuang kerja, atau yang otw (dalam perjalanan) mencari kerja, percaya pada diri sendiri. Kita usaha Allah tolong. Jangan give up! (menyerah kalah),” nasihat lelaki ini mengakhiri perkongsiannya.
Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki pendengar ini. Tabah betul 💪🏻
Posted by Suria FM on Monday, September 28, 2020
Sungguh inspirasi kisah lelaki yang hanya dikenali ‘Mamat’ ini. Semoga kita juga jangan mudah menyerah kalah. Tuhan akan tolong kita!
Kredit: Suria FM
Tiada Lagi Pondok Usang, 11 Beranak Kini Duduk Rumah Baharu
Hati mana yang tidak sedih apabila sebuah keluarga hidup serba daif. Bayangkan dalam sebuah rumah 11 beranak tinggal dalam pondok using. Lebih menguris hati tempat berteduh mereka sudah berusia hampir 20 tahun!
Untuk makluman, sebelum ini tular mengenai kisah 11 beranak yang tinggal di pondok usang tidak berdinding selama hampir dua dekad. Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang aktivis kebajikan Sabah, Adrian Edy selepas menziarahi sepasang suami isteri bersama sembilan orang anak itu di Kampung Rosob, Pitas pada 31 Oktober lalu.
Dalam perkembangan terbaharu, Edy memaklumkan rumah keluarga ini telah diberi nafas baharu dengan diperbaiki beberapa bahagian rumah yang sudah uzur.
Hadiah daripada Rakyat buat keluarga kakak Vernnah.
Hari air mata, hadiah Rumah Kasih Rakyat daripada Rakyat untuk keluarga kakak Vernnah di Kampung Rosob Pitas, dua minggu lalu kita ada ziarah keluarga kak Vernnah, memang rumah yang mereka duduki 11 beranak sangat sangat uzur, tidur bersempit sempit, tiada dinding, lantai pun ada yang reput sudah. Terdetik di hati untuk bantu serba sedikit dari segi kediaman mereka.
Dan syukur harini, Rumah Kasih Rakyat siap dibina, kita tampal semua bahagian dinding rumah, lantai yang reput kita tukar baru, zink yang rosak kita tukar baru, kita juga buatkan satu lagi bilik buat anak anak kak Vernnah.
10 JAM UBAH SUAI PONDOK JADI RUMAH
Jelas Edy, proses untuk mengubah suai pondok tersebut menjadi sebuah rumah memakan masa dalam 10 jam dan turut dibantu anak-anak kak Vernnah.
Dan kita juga cat sekali dinding rumah mereka, semuanya siap dalam masa 10 jam, edy dan 8 orang team bersama sama dalam misi ini, bergerak daripada Kota Kinabalu jam 2 pagi dan tiba di rumah kak Vernnah jam 6 pagi, masa tu mereka semua sudah pun bangun, terus mulakan kerja kerja baik pulih, team dibahagikan kepada dua, satu team baik pulih dan satu team lagi bina bilik yang baru.
Anak anak kak Vernnah semua pun tolong kemaskan rumah, ada yang tolong cat rumah, semuanya rajin rajin, kata mereka wah cantiknya rumah kami bang, warna merah lagi tu, boleh kami tolong cat?
Boleh bah, kamu cat di bahagian bawah yang rendah ni ya, berebut rebut mereka mahu tolong cat, malam ni kami mahu tidur di bilik yang baru ni abang, mesti sejuk di sini, besok kami mahu bangun lambat sikit lah abang. Melompat lompat mereka di dalam bilik baru, syukur selepas ni mereka lebih selesa sudah tidur, dapat buat kerja sekolah dengan selesa juga, ada lampu juga yang dipasang.
Tidak henti henti mereka ucap terima kasih, semua menunggu di luar rumah sampai ke petang sehingga rumah siap, sempat lagi mereka bermain main di kawasan sekitar, kak Vernnah kata dia tidak pernah sangka akan dapat rezeki sebesar ini, tidak pernah sangka selama 18 tahun mereka di sini, rumah mereka akan berubah bentuk, seperti ada cahaya sudah di rumah mereka, ini semua rezeki daripada Tuhan kakak. Hadiah daripada Tuhan untuk keluarga kakak.
Edy turut menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan, yang secara langsung membantu meningkatkan keselesaan kehidupan kak Vernnah sekeluarga.
Sumber: adrianedy7