Dari raja sehari sekelip mata menjadi wira demi menyelamatkan kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) yang lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di tebing Sungai Anak Bukit, pada Jumaat 11 Mac 2022.
Menurut pengantin, dia nekad berbuat demikian selepas mendengar jeritan seorang wanita dipercayai ibu kepada kanak-kanak itu.
Menerusi video tersebut, pengantin lelaki berkenaan yang difahamkan sedang merakam gambar perkahwinannya di tebing sungai terus bertindak terjun ke dalam air untuk menyelamatkan kanak-kanak berkenaan yang dipercayai orang kurang upaya (OKU).
Beberapa ketika kemudiannya dia dilihat berjaya menarik mangsa naik ke tebing sungai.
Dalam masa sama dapat kedengaran suara seorang wanita menjerit-jerit meminta tolong sebelum ditenangkan oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian.
@anipp.88 #herokitaniboss ♬ bunyi asal – anipp ahmad
Menerusi satu lagi video berbeza, hero berkenaan dilihat muncul semula dengan pakaian pengantin yang basah kuyup dan diselaputi lumpur.
@anipp.88 #herokitaniboss #part 2#fyp#tahniah ♬ bunyi asal – anipp ahmad
Perkongsian video tesebut nyata mencuri perhatian netizen sehingga ramai mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih selain memuji tindakan pengantin lelaki terbabit yang disifatkan sebagai hero.
Menerusi laporan Harian Metro, pengantin lelaki iaitu Mohd Anuar Ahmad menjelaskan dia nekad bertindak sedemikian sebaik terdengar suara wanita yang dipercayai ibu kanak-kanak terbabit meraung meminta tolong.
“Sungai Anak Bukit itu sangat dalam dan luas, tanpa hiraukan apa yang berlaku, saya tanggalkan jam dan tengkolok sebelum terjun ke dalam sungai.
“Mujur saya tahu berenang. Saya terjun dan terus menarik kanak-kanak itu walaupun dia sudah beberapa kali tenggelam timbul dan hampir tenggelam,” kata Anuar.
Dia yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan bersama Norhaslinda Mahmud turut meluahkan rasa syukur kerana berjaya menyelamatkan anak kecil tersebut walaupun kejadian berlaku terlalu pantas.
Perkara sama turut diluahkan si isteri yang turut menzahirkan rasa bangga dengan tindakan spontan suaminya.
“Saya dengar ibu kanak-kanak itu jerit yang anaknya OKU dan tidak tahu berenang menyebabkan orang ramai yang berada di situ panik kerana masing-masing tidak tahu berenang.
“Saya cemas tengok suami dah ‘hilang’ ketika itu namun tidak lama kemudian nampak dia terjun ke dalam sungai dengan berpakaian pengantin. Cemas juga waktu itu kerana sungai itu dalam malah orang kampung kata ada buaya.
“Yang penting mereka selamat, Alhamdulillah,” kata Norhaslinda.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji tindakan raja sehari tersebut, malah ada yang berkata pengantin perempuan tidak salah memilih pasangan.
Sumber : Tiktok @Anipp.88 , harian metro
Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/