Dari raja sehari sekelip mata menjadi wira demi menyelamatkan kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) yang lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di tebing Sungai Anak Bukit, pada Jumaat 11 Mac 2022.
Menurut pengantin, dia nekad berbuat demikian selepas mendengar jeritan seorang wanita dipercayai ibu kepada kanak-kanak itu.
Menerusi video tersebut, pengantin lelaki berkenaan yang difahamkan sedang merakam gambar perkahwinannya di tebing sungai terus bertindak terjun ke dalam air untuk menyelamatkan kanak-kanak berkenaan yang dipercayai orang kurang upaya (OKU).
Beberapa ketika kemudiannya dia dilihat berjaya menarik mangsa naik ke tebing sungai.
Dalam masa sama dapat kedengaran suara seorang wanita menjerit-jerit meminta tolong sebelum ditenangkan oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian.
Perkongsian video tesebut nyata mencuri perhatian netizen sehingga ramai mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih selain memuji tindakan pengantin lelaki terbabit yang disifatkan sebagai hero.
Menerusi laporan Harian Metro, pengantin lelaki iaitu Mohd Anuar Ahmad menjelaskan dia nekad bertindak sedemikian sebaik terdengar suara wanita yang dipercayai ibu kanak-kanak terbabit meraung meminta tolong.
Ads
“Sungai Anak Bukit itu sangat dalam dan luas, tanpa hiraukan apa yang berlaku, saya tanggalkan jam dan tengkolok sebelum terjun ke dalam sungai.
“Mujur saya tahu berenang. Saya terjun dan terus menarik kanak-kanak itu walaupun dia sudah beberapa kali tenggelam timbul dan hampir tenggelam,” kata Anuar.
Dia yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan bersama Norhaslinda Mahmud turut meluahkan rasa syukur kerana berjaya menyelamatkan anak kecil tersebut walaupun kejadian berlaku terlalu pantas.
Perkara sama turut diluahkan si isteri yang turut menzahirkan rasa bangga dengan tindakan spontan suaminya.
“Saya dengar ibu kanak-kanak itu jerit yang anaknya OKU dan tidak tahu berenang menyebabkan orang ramai yang berada di situ panik kerana masing-masing tidak tahu berenang.
Ads
“Saya cemas tengok suami dah ‘hilang’ ketika itu namun tidak lama kemudian nampak dia terjun ke dalam sungai dengan berpakaian pengantin. Cemas juga waktu itu kerana sungai itu dalam malah orang kampung kata ada buaya.
“Yang penting mereka selamat, Alhamdulillah,” kata Norhaslinda.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji tindakan raja sehari tersebut, malah ada yang berkata pengantin perempuan tidak salah memilih pasangan.
Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kalau nak cerita tentang makanan ni memang tak pernah habis, sebab sebahagian kebahagiaan manusia ini kebiasaannya hanya dengan makanan. Apatah lagi kalau musim ramai sangat sakit, bertambah hujan pula, dapat ‘comfort food’ ni. Memang begitu ‘syahdu’ ! Dari tak ada selera makan, makanan ini dapat mengembalikan selera anda semula.
Comfort Food kali ini, kita memilih untuk berkongsi resepi mudah Mashroom Soup dan Garlic Bread. Ramai yang merasakan Masakan ini susah untuk dibuat, Namun saya menemui resepi yang amat mudah, bahannya senang untuk didapati.
Menerusi perkongsian dari penggguna tiktok littlestaraz yang merakamkan video dalam membuat Mashroom Soup dan Garlic Bread yang cukup menyelerakan.
Bahan Dan Cara (MASHROOM SOUP)
Cendawan butang 1 tin (dicincang kasar)
Tuangkan 300ml air ke dalam kuali
Campurkan juga 500ml susu cair dan buka api
Selepas bahan tadi mendidih, masukkan sebiji kiub ayam
Gaulkan sehingga rata
Masukkan cendawan yang telah dicincang tadi dan gaul
Tambahkan 1/2 sb serbuk lada hitam
Masukkan 1/2 sb parsley
Masukkan juga 1/2 sb butter dan gaul sehingga sebati
Tambahkan 1/2 sudu kecil garam
Sediakan 1 mangkuk kosong untuk buat ajen pemekat sup
Masukkan 1/2 cawan tepung gandum (bancuh dengan air)
Kemudian Tuangkan bahan tepung+air tadi kedalam sup tadi
Masukkan chedar cheese untuk bagi rasa creamy lemak-lemak (optional)
Gaulkan sehingga bahan sebati dan siap
Bahan Dan Cara (Garlic bread)
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
Campurkan dalam suku butter
Tambahkan daun parsley dan oregano kering (kalau ada yang fresh lagi sedap, lagi naik bau)
Gaulkan bahan tadi sehingga sebati dan boleh sapukan keatas roti
Kemudian boleh bakar di atas kuali sehingga warna kuning keemasan. Itu yang akan menentukan kerangupan garlic bread kita nanti.
SIAP
Hidangan ini juga boleh dinikmati bersama keluarga untuk sarapan pagi dan minum petang. Mudah bukan?
Setiap ibu bapa inginkan anak-anak cemerlang dalam kehidupan. Walaupun ada anak yang tidak menunjukan kecemerlangan dalam pendidikan, tidak bermakna kehidupan masa depan mereka suram.
Ikuti perkongsian saudara Muhammad Yusof mengenai kejayaan seseorang bukan ukaran akademik semata.
Masa tu ada pameran universiti dan kolej kat sekolah aku. Time aku nak masuk kelas aku perasan ada sorang budak kelas belakang duduk bersidai kat koridor, buat muka sedih. Aku tanya kenapa? Dia terasa hati sebab akak yang jaga booth tu bagitau daripada banyak-banyak universiti dan kolej yang buat pameran, 1 kolej je yang layak dia masuk.
Dia kata sedihlah cikgu..
Aku faham perasaan budak-budak kelas hujung ni. Dorang bukan takde usaha tapi mungkin its above their limit.
Budak kelas belakang ni dorang bukan tak bagus sebab dorang inilah yang paling mudah sekali nak tolong cikgu kalau kita mintak tolong buat kerja.
Budak kelas belakang jugaklah yang rajin tegur dan salam cium tangan cikgu kalau jumpa dorang kat luar berbanding kelas pandai. Kadang budak kelas pandai jumpa cikgu buat tak tahu je. Cikgu-cikgu mesti pernah lalui benda ni kan?
Dah, dah, aku kata jom masuk kelas dulu.
Dalam kelas aku basuh sikit otak dorang satu kelas. Aku kata dalam hidup ni belajar sangat penting kerana istilah belajar takkan habis. Belajarlah selagi nyawa dikandung badan. Tapi itulah, kadang-kadang kita nak push dorang lebih-lebih pun kita tahu level dorang kan. Paling penting budak kelas belakang ni janganlah kita merendah-rendahkan dorang sebab kita pun tak tahu 20-30 tahun lagi dorang akan jadi apa. Mungkin kat sekolah dorang dianggap corot, loser, tak guna tapi 20-30 tahun lagi mana tahu dorang akan jadi orang kerja baik-baik yang membantu masyarakat dan negara, kita pun tak tahu, kan?
So, nak naikkan semangat dorang, aku bagitau dorang tak semua benda dalam dunia perlukan bakat dan kepandaian. Takde bakat dan kepandaian pun korang boleh buat benda ni, antaranya:
1. Sentiasalah menepati masa.
2. Sentiasa hormati guru dan orang yang lebih tua.
3. Sentiasa berakhlak baik.
Tak payah nak buat banyak-banyak benda, cukup 3 benda ni korang buat, percayalah semua orang akan suka pada kita.
Aku perasan budak yang sedih tadi nampak senyum cikit dah.
Aku cuma nak dorang rasa bahawa tak semua kebahagiaan dalam dunia ini adalah hasil daripada bakat dan kualiti akademik. Pandai mana sekalipun kita tapi kalau lupa jasa cikgu-cikgu yang ajar kita pun tak guna jugak, kan? Betul tak?
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.