“Bertuah isteri dia dapat suami begini” itu antara komen netizen bila viral video yang dikongsikan oleh @_gneraljoe berkongsi detik cemas saat meredah trafik dengan keadaan ibunya yang sedang menanggung kesakitan contraction hendak bersalin.

 

 

Tumpuan netizen terarah pada tangan ibunya yang menggenggam erat tangan anak bujang yang setia berada disisi menenangkan ibu yang sedang kesakitan. Manakala suaminya pula memandu kereta dengan pantas untuk segera sampai ke hospital.

“Bertuah Isteri Dia Dapat Suami Begini”-Anak Sulung Resah Genggam Tangan Ibu Sakit Nak Bersalin, Raih Pujian!

Jelas kelihatan di wajah anak muda bernama Haikal yang  berusia 21 tahun ini begitu bimbang akan keadaan ibunya yang bakal melahirkan anak yang ke lima.  Apatah lagi saat itu, terpaksa pula berdepan dengan kesesakan lalu lintas yang menghalang kelancaran pemanduan ayahnya untuk segera sampai ke hospital.

Doakan Urusan Kami Dipermudahkan …Sayang Umi

 

Kecintaannya pada ibu dikongsikan di media sosial bukan kali pertama, malah sebenarnya Haikal pernah viral sebelum ini kerana disangka membuat video TikTok mesra bersama teman wanita. Walhal wanita itu adalah ibunya yang terlihat begitu awet muda persis anak dara dan sekali gus netizen tersalah anggap.

Ads

“Bertuah Isteri Dia Dapat Suami Begini”-Anak Sulung Resah Genggam Tangan Ibu Sakit Nak Bersalin, Raih Pujian!

Mesti Dia Layan Isteri Dia Baik Sebagaimana Dia Hargai Ibunya

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

 

Video kasih sayang antara ibu dan anak bujang ini telah meraih lebih sejuta tontonan dan rata-rata netizen sebak melihat cara anak sulung ini menyantuni ibunya. Hal ini hingga ada yang dapat membayangkan betapa baiknya Haikal sekiranya bergelar suami suatu hari kelak. Pasti beruntung isterinya!

@_gneraljoe Replying to @Syaaa🦋 ♬ Buah Hati – Armada

 

Ads

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Bertuah Isteri Dia Dapat Suami Begini”-Anak Sulung Resah Genggam Tangan Ibu Sakit Nak Bersalin, Raih Pujian!

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI