Buah hati kesayangan rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah yang sentiasa menjadi perhatian semua terus menarik perhatian ramai bila mana kini semakin bertambah sihat di kala usianya lima tahun.
Pun begitu menerusi perkongsian bapanya, Ahmad Safiuddin bersama temubual esklusif Pa&Ma, walid kesayangan Ainul ini memberitahu Ainul mempunyai sedikit kelewatan pada perkembangannya malah dibimbangi mempunyai mild autisme.
Akur dengan hal itu, bapa dan ibunya, Nurul Erwani reda kerana menyedari Ainul yang terlambat perkembangannya berbanding rakan-rakan seusianya.
“Pengalaman saya membesarkan Ainul sepanjang lima tahun ini tak susah dan tak juga mudah. Semuanya sebagai ujian dan cabaran buat saya dan keluarga.
“Cuma dari segi perkembangannya sekarang perlu lebih lagi supaya sesuai dengan usianya yang kini lima tahun.
“Untuk Ainul, terapi belum memberi kata putus samada Ainul disahkan autisme ataupun tidak, cuma ke arah itu ada atau mild autisme.
Ads
“Kalau kita panggil, dia tak akan pandang dan delay development. Sosial skill pun tak ada, tak bergaul dengan orang lain, dia ada dunianya sendiri,” kongsinya kepada Pa&Ma.
Bersyukur dengan perkembangan Ainul kini, bapa penyayang ini juga mengharapkan agar perjalanan Ainul dipermudahkan malah mengharapkan Ainul boleh menjaga dirinya sendiri di samping dua adik lelaki yang bakal melindungi kelak.
Tidak mengharapkan lebih dari Ainul, namun walid kesayangan Ainul ini mengharapkan panggilan walid dan mama keluar dari mulut Ainul suatu hari nanti.
“Saya harap sangat Ainul boleh jaga diri dia sendiri nanti. Antara yang saya nak sangat dan harapkan dari Ainul adalah perkataan mama dari mulut dia.
Ads
“Nak sangat dia panggil mama, walid keluar dari mulut dia. Saya dengar itu pun dah cukup buat saya. Bagi saya diusianya lima tahun ini, cukup dia sihat, boleh makan dan minum dan memanggil mama dan walid. Itu yang saya tunggu,” luahnya lagi.
Syukur dua adik lelaki sebagai pelindung Ainul
Malah ibu Ainul, Nurul Erwani turut mengharapkan kesemua anak-anaknya sentiasa dalam keadaan sihat. Baginya, dia amat berbangga melihat anak keduanya yang sentiasa peka dengan Ainul.
“Apa yang kita buat dekat Ainul, anak-anak lain pun akan ikut buat perkara yang sama pada Ainul. Saya bersyukur,” luahnya.
Ads
Bagi bapa Ainul, dia teramat bersyukur bila mana Allah hadirkan dua anak lelaki dalam hidupnya yang bakal menemani Ainul kelak.
“Ainul bertuah kerana ada dua adik lelaki, bodyguard untuk menjaganya kelak namun saya tidak meletakkan beban itu kepada mereka.
“Selagi saya dan isteri bernyawa, saya akan menjaga sepenuhnya Ainul dan dalam masa yang sama akan mendidik dua adiknya untuk mengambil berat pada kakaknya.
“Saya doakan isteri, anak-anak dan kami semua hidup bahagia. Cukup itu sahaja, saya cukup bersyukur, tak ada yang saya harapkan dalam hidup ini,” luahnya.
Peminat Majalah Keluarga tidak boleh lepaskan peluang keemasan ini! Dapatkan diskaun dan harga menarik hanya lima hari sahaja. Nak tahu lebih lanjut kena baca info di bawah ini.
Bermula 9 hingga 13 Oktober ini, Karangkraf Mall Online bersama-sama lebih 1,000 e-tailers di seluruh Malaysia akan memulakan perang diskaun sesama sendiri! Dan yang pasti, diskaun sehingga 90% Karangkraf Mall tidak harus anda lepaskan!
Pelbagai tawaran hebat menanti anda selama lima hari ini. termasuklah jualan Majalah & Buku Serendah Rm1, Rm3, Rm5, Rm10, Buku Resepi Tepilih dengan diskaun 30%, Lebih 50 Pakej Super Jimat, Flash Sale Rm1 Setiap Hari dan lebih menarik lagi Free Shipping. Selain itu,Tiket Zoo Melaka Percuma, bagi pembelian Lebih Rm100 akan mendapat Baucar Tunai Percuma, Cabutan Bertuah Dan Hadiah Misteri Eksklusif.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
‘Bila perginya seorang insan yang bergelar ibu, maka akan hilang satu keberkatan dalam hidup iaitu doa seorang ibu’
Demikianlah harga yang tak pernah sekali berkira dengan kita dalam hidup, Sanggup bergadai nyawa demi melahirkan dan membesarkan anak-anak. Walaupun sudah semakin berusia, namun nilai kasih sayangnya tidak akan pernah pudar.
Bagi yang masih ada ibu, hargai mereka selagi ada. Di luar sana ramai lagi yang impikan kasih sayang ibu walaupun tidak pernah merasai perasaan itu sejak kecil lagi.
Sama jugalah seperti sebuah kisah yang dikongsian di laman TikTok mengenai kasih sayang seorang ibu. Menerusi perkongsian azurabdul.6 di laman TikTok, wanita berkenaan dilihat sedang menyuap makanan kepada setiap cahaya matanya di pagi raya. Apa yang mencuri tumpuan adalah usia cahaya matanya seakan-akan sudah menjangkau usia 40 tahun.
Meninjau di ruangan komen, ternyata reaksi yang ditunjukkan oleh anak-beranak itu telah mencetuskan rasa sebak netizen. Malah, mereka juga turut mengakui jasa seorang ibu tidak akan pernah pudar selagi mereka masih terus bernafas di muka bumi ini.
Siapa sangka, kegembiraan berkumpul beramai-ramai bersama anak menantu dan cucu adalah kali yang terakhir bila mana keluarga ini kehilangan insan yang tersayang dalam satu kemalangan semalam.
Siti Khadijah Haron yang maut dalam kemalangan tengah malam tadi sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Tinggi, Pahang selepas berkumpul dengan ahli keluarga mentuanya di Alor Setar, Kedah. Mangsa bersama suami, Nor Azry Mohd Rosddin, 34, dan tiga anak mereka pulang ke kampung suaminya sejak Isnin lalu.
Bapa mentuanya, Mohd Rosddin Hasbullah, 62, berkata, dia tidak menyangka majlis keluarga diadakan itu merupakan kali terakhir dia bersama menantu dan cucunya.
Menurutnya, dia mengetahui kemalangan meragut nyawa menantu dan cucunya itu selepas dihubungi Nor Azry kira-kira jam 12 tengah malam tadi. “Nor Azry bersama keluarganya pulang ke kampung untuk meraikan majlis keluarga sejak Isnin lalu. Majlis itu diadakan di rumah anak ketiga dan kami semua berkumpul di situ. Keluarga lain bercadang untuk pulang ke rumah masing-masing pagi ini. “Bagaimanapun, Nor Azry dan keluarga menyatakan mahu pulang semalam kerana mahu menguruskan hal persekolahan anak sulungnya. Saya kemudiannya menerima panggilan dari Nor Azry mengatakan mereka terlibat kemalangan dan isteri serta bayinya meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik Hospital Sungai Bakap. Sementara itu, adik Nor Azry, Mohd Amirul berkata, mereka sekeluarga sempat ke Padang Besar, Perlis sebelum bergerak pulang kira-kira jam 8.30 malam.
Dia berkata, kakak iparnya tidak menunjukkan perubahan besar namun menuruti semua kemahuan anaknya ketika membeli-belah di Padang Besar. “Tak ada perubahan yang ketara, cuma dia banyak bercakap. Dia hanya menuruti semua kehendak anaknya. Kali terakhir kami mengetahui mengenai mereka ketika menghantar gambar di Whatsapp keluarga menyatakan mereka singgah makan di Bukit Mertajam. “Menurut abang (saya), ketika kejadian kereta mereka sedang berhenti kerana terdapat kerja membaiki jalan di lebuhraya namun tiba-tiba kenderaan mereka dirempuh sebuah treler,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lebih 10 tahun menantikan zuriat - "Welcome baby Amanda yang telah sekian lama ditunggu." Sudah lebih 10 tahun Norasniah dan suaminya, Syed Shamsul, mendirikan rumah tangga. Pasangan ini tetap sabar menantikan kehadiran si kecil sebagai penyambung keturunan.