Bertambah Rangup Sotong Goreng Tepung Bila Buat Begini Ramuannya!

Share

Menyediakan menu untuk anak-anak dan  keluarga tentunya kita akan pilih menu yang digemari mereka.

Sekiranya sotong gereng tepung,  ini ada cara dan petua untuk pastikan kekal rangup.

Nak tahu lanjut,  jon kita semak perkongsian ini.

Hari ni buat sotong goreng tepung. Selalu beli yang sudah siap sekor rm7. Hari ini beli sekilo buat sendiri puas makan anak-makan.

Sotong Goreng Tepung

Bahan-bahan:

Tepung beras
Rempah kari ikan
Garam
Telor.
Ajinomoto
Serbuk kunyit

Cara-cara:

  1. Potong sotong dan toskan

2. Pecahkan telor. Masukkan sotong yang ditoskan tadi. Gaul bersama.

3. Dalam bekas lain masukan tepung beras ,rempah kari,garam,serbuk perasa dan serbuk kunyit.
Ambil sotong yang digaul bersama telur tadi dan letak dalam tepung gaul-gaul bagi rata dan goreng.

4. Dah agak-agak kekuningan siap..

Selamat mencuba…

INI RAHSIANYA

Telur jangan campur dengan tepung

je saya buat satu-satu. Lepas salut telur baru letak dalam tepung golek-golek bagi rata dan terus goreng.

Kredit resepi : Sue Awie Via :Resepi Masakan Sedap