Menyediakan hidangan tumisan sayur atau bahan perapan akan terasa lebih enak seandainya menggunakan sos tiram sebagai pelengkap rasa.
Umumnya, sos tiram ini begitu mudah untuk dibeli di pasaran.
Pun begitu melalui perkongsian puan Rosmanita Fsi, siapa sangka sudah setahun dia tidak membeli sos ini.
Sebabnya, lain tidak bukan kerana dia lebih selesa menyediakan sendiri sos tiram dengan resipi tersendiri yang lebih enak dan sihat untuk keluarganya.
Jadi buat anda yang ingin mencuba sos tiram homemade ini, jom ketahui bahan-bahan yang digunakan olehnya.
Dah bertahun tak beli sos tiram jadi masak apapun malas guna sos tiram. Hihi. Kalau mai rajin skit baru buat sos tiram homemade. Sama lah macam sos lain. Bila mai rajin baru buat homemade
Petang ni nak buat chicken chop untuk berbuka jadi kebetulan ada kulit udang kita buat lah sos tiram. Jimat duit dan Insya Allah lebih sihat. Apapun ikut tekak masing2 lah ye. Pada akk ini dah cukup dengan selera akk
Resepi Sos Tiram Homemade
Bahan-bahan :-
Ads
1 1/2 Cawan Air Kulit Udang(Boleh guna air rebusan apapun makanan laut cth tiram, kerang, dll)
2 sudu kecil Garam Pink Himalaya(Boleh guna garam bukit)
3-4 sudu besar Air Gula Melaka/Merah/Kabung/Nise pekat
1 sudu besar Air/Jus Lemon
1 1/2 sudu besar Tepung Ubi
Ads
Kayu(Bancuh dengan sedikit air. Nak tambah lagi pun boleh ikut kepekatan yang disukai)
1/2 sudu kecil Serbuk Lada Hitam(Ini pilihan. Taknak letak pun boleh)
Cara-cara :-
1. Air kulit udang itu adalah hasil daripada kulit udang yang telah dibilas dan dimasak dalam periuk bersama air.
Ads
2. Sukatan air adalah sama paras dengan kulit udang yang ada. Masak hingga air itu mendidih dan toskan air kulit udang itu.
3. Untuk membuat sos kita boleh terus masak selepas tos air kulit udang.
4. Sebatikan semua bahan dalam periuk dan masak dengan api sederhana sampai sos likat/pekat.
5. Sejukkan sos dan boleh simpan dalam botol kaca untuk lebih tahan dalam 1-2 minggu di petisejuk.
** Ketahanan bergantung pd banyak keadaan. Cara pengendalian masakan kita, suhu petiais, bahan2 dan persekitaran semua pun boleh jadi sebab lama mana tahan sos homemade kita.
Tiada pengawet jadi logik lah tidak akan tahan selama yg kita harapkan Insya Allah mudah2an pilihan lebih sihat
sumber : Rosmanita Fsi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Cuaca panas terik memang buat badan rasa tidak selesa dan tekak pula pasti terasa perit. Kalau saat itu dapat meneguk air yang sejuk menyegarkan pasti terasa puas. Apatah lagi jika air tersebut ada mengandungi jelly. Tentu bertambah asyik dibuatnyam, minum sambil mengunyah sesuatu yang kenyal.
Oleh itu usah membayangkannya sahaja, ayuh kita sediakan minuman istimewa ini untuk dinikmati bersama keluarga dengan menggunakan alo vera. Selain sedap rasanya, khasiatnya pun banyak.
Bagaimana cara penyediaannya? Ayuh fahami langkah demi langkah yang dikongsikan di fb Puan Nur As Shifa Halim ini.
Resepi Aloe Vera Jelly ala-ala Nata De Coco
Sedap angpa oii sejukk ja masuk tekak (sis buat sirap limau). Sebelum ni tak lalu jugak nak makan, byk buang ja aleo vera yg tua2 tu sebab bau dia Allah tak lepas nak piiii.
Baru ni, suami sis try buat ehhh sedap pulak, masuk harini kali kedua lah ni try selepas adjust semua and google resepi bagi puas hati. Finally sedap rupanya Aleo Vera ni.
Nak lagi bagus boleh makan mentah2 gitu, lagiii banyak khasiat, tapi pastikan cecair kuning (Aloe Vera Latex) boleh rujuk gambar dibawah kena buang dulu bagi bersih2 supaya tak gatal dan selamat dimakan. Kami share step by step kat gambar la kan senang nak terang.
CARA PENYEDIAAN :
Pilih yang matang (tua). Macam mana nak tau? Cuba tekan tengah2 tu kalau keras padat dah boleh harvest (tuai). Yang suami sis tanam ni spesies bila kecik ada bintik2, dah besaq hilang bintik tu.
2. Part ni sangat penting. Nak keluarkan Aloe Latex (cecair kuning tu). Boleh akibatkan gatal2 kalau tak bersih elok2. Ni suami sis tegakkan Aloe Vera yg dituai tadi, tegakkan dalam 1-2 jam. Alhamdulillah kami buat step ni tak dak gatal2 tekak ka apa bila makan.
3. Lepas proses “tegak” tubasuh bersih2. Nak senang potong kepada 2 @ 3bahagian ikut keselesaan anda nak proses. Sebab time 1st time buat, suami sis luka jgk tapak tangan. Duri Aloe vera agak tajam.
4. Buang bahagian tepi dulu (bahagian duri) kemudian buang kulit bahagian atas.
5. Pastu potong ikut suka saiz. Nak senang, (sebab bendanya berlendir mudah lari2) potong dulu ikut saiz yg nak, tapi disarankan petak2 sederhana jgn kecik sangat nanti tak feel time gigit2. Lepas potong macam ni, amek sudu korekk ja dari atas.
6. So dapat lah macam ni hasilnya. Basuh bersih2. Dah boleh rebus.
7. Rebusan kali pertama 30minit (Aloe Vera + air saja)
8. Rebusan kali kedua dlm 15min saja (Aloe Vera+Gula batu+daun pandan).
9. Siap untuk dihidang sedap naaa rasa macam peel fresh Marigold tu.
Kepingan roti putih yang hampir tamat tarikh luputnya jangan dibuang begitu sahaja. Manfaatkan kelebihan roti ini dengan menu lain pula.
Ibu kena lebih kreatif dengan mencuba resipi Cucur Roti yang bukan hanya mudah tetapi cukup senang hendak membuatnya.
Perkongsian Farah Izzati di facebooknya buat kita rasa terliur. Paling tertarik sebab cara membuatnya cukuplah mudah. Carik-carikkan sahaja roti dan gaulkan dengan semua bahan lain. Siap!
Hari tu buat kat Khayla. Malam ni suami pulak yang minta nak cucur roti ni. So siapa yang minta resipi, ni akak share untuk semua.
RESIPI CUCUR ROTI
Bahan-bahan:
4 keping roti
2 biji telur
2 biji bawang merah
Lobak merah -diparut
Sedikit daun bawang -dicincang halus
Sedikit ikan bilis
Sedikit garam
Caranya:
1. Goreng ikan bilis dan tumbuk halus. (supaya senang anak makan).
2. Carik-carikkan roti seperti dalam gambar.
3. Gaul kesemua bahan hingga sebati.
4. Bentukkan jadi bebola kecil.
5. Panaskan minyak dan goreng. Golek-golekkan sikit dan angkat bila perang.
6. Tadaaa..dah siap!
Senangkan? Kalau anak tak mau makan nasi, mama buat ni je. Anak suka, bapak budak suka, mak budak pun suka.
Pengalaman melihat sendiri perusahaan membuat fish cake dan fish ball di satu perkampungan industri sedikit masa dulu buat rasa geli hendak menjamah makanan yang satu ini.
Itu jugalah penyebab fish cake bukan jadi makanan kegemaran setiap kali hendak memasak.
Tapi tak dinafikan penambahan fish cake dalam beberapa resipi memang membantu malah buat rasa makanan lebih sedap. Soalnya bagaimana nak jadikan kita makan dengan rasa selamat, suci dan halal malah tanpa rasa was-was?
Memilih untuk membuat sendiri adalah pilihan tepat. Perkongsian wanita bernama Tahrunisah Jali di facebooknya menjadi ikutan ramai. Jom kitacuba resipi yang dikongsikannya ini. Paling penting bersih dan halal.
Assalamualaikum..sebelum ini saya ada berkongsi resepi fish ball, sekarang saya kongsikan resepi fish cake pula. Memang ia sangat kenyal seperti dijual dikedai-kedai yang diusahakan oleh bukan bangsa Melayu. Insyaallah semua yang saya kongsikan bersih, suci halal dan sangat menjimatkan kita.
Bahan-bahan:
500gm isi ikan tenggiri segar
3 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil garam
Sedikit ajinomoto (terpulang nak letak atau tidak)
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 cawan air sejuk (dari ais batu)
Caranya:
1. Asingkan isi ikan tenggiri dan kisar halus dalam food prosessor.
2. Kemudian masukkan sedikit air ais dan kisar lagi.
3. Masukkan garam serta serbuk lada putih (siapa yang nak letak boleh tambahkan sedikit).
4. Kisar lagi dan masukkan 3 sudu tepung jagung. Kisar sebati.
5. Sebelum itu panaskan periuk kukusan dan loyang 4 segi.
6. Loyang tu biarlah boleh masuk dalam periuk kukusan atau kalau takde guna je tupperware yang tahan panas.
7. Masukkan adunan ikan tadi ke dalam bekas/loyang yang diletakkan plastik terlebih dahulu, supaya senang nak keluarkannya.
8. Ratakan serta padat-padatkan adunannya. Gunakan minyak yang disapu dijari anda untuk licinkan permukaan ikan tadi dan kukus hingga masak.
9. Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
10. Terbalikkan isi ikan yang dah masak tadi dan potong sepertimana bentuk fish cake.
11. Panaskan minyak dan goreng sekejap hingga ia kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya. Siap!