Bertahun Niaga, Lelaki Ini Kongsi Rahsia Buat Bancuhan Cempedak Goreng Lebih Rangup Dan Sedap!
Tentu ramai suka makan cempedak goreng. Tapi bila nak buat bancuhan asyik tak jadi, tak rangup dan sedap seperti ketika beli di kedai.
Biasanya jika beli cempedak goreng harganya agak mahal. Apa kata kita beli buahnya dan buat sendiri.
Saudara Yayar B. Awang Noh sedia kongsi resipi bagaimana membuat bancuhan cempedak goreng jadi lebih rangup dan sedap.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Meneliti cara bancuhannya rupanya ada sukatan tertentu dengan menggunakan tepung beras dan kapor makan selain tepung gandum untuk menjadikan bancuhan lebih rangup. Katanya nak lebih sedap tambah kelapa parut dan bijan.
Ads
Apa lagi ikuti perkongsian ilmu masakan ini.
Jom makan petang… Berteman cempedak goreng. Untuk cempedak bancuh kasi pekat sedikit dari pisang.
1.Tepung beras 2 cawan(apa2 cap)
2.Tepung gandum suku cawan
3.Serbuk kunyit stgh sudu
4.Kapur makan secoit
5.Gula sesudu besar
6.Gram sesudu
7.Telor ayam atau itik sebijik Tip nak lebih sedap: Kalau nk sedap boleh tambah kelapa parut dan bijan.
German Cookies ni antara Biskut Raya paling senang nak buat. Selain bahan yang digunakan sedikit, cara mengadunnya juga mudah. Hanya gentel-gentel, bakar dan siap. Mudah kan!
Paling best biskut ini yang mudah cair di dalam mulut. Gerenti anak-anak suka. Untuk ibu-ibu yang nak cuba, boleh gunakan resipi yang dikongsikan oleh Azura Felulaini.
Cara penyediannya:
1- Satukan tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap. bahagikan kepada 7 bahagian dan masukkan warna yg disukai
2- Ambil sedikit adunan, kemudian bulat-bulatkan dan susuh atas dulang pembakar. guna garfu dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
3-. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Roti kukus sentiasa menjadi kegemaran buat seisi keluarga. Makan panas-panas dengan cicah jem,pasti enak. Selain makan di restoran apa kata kita buat sendiri.
Nak tahu caranya ikuti perkongsian ini.
BAHAN-BAHAN:
Bahan A
* 250gm tepung roti
* 60gm gula
* 150ml susu segar Bahan B
* 1 tsp instant yis
* 50ml minyak masak
PENYEDIANNYA
1. Campurkan bahan A dan uli sehingga sebati dan elastik. 2. Rehatkan selama 40 minit (tak nak rehatkan pon tak ape)
Masukkan tepung,kemudian masukkan pula gula..Masukkan susu segarGaul sehingga sebati dan elastik. * lepas tu rehatkan 40 minit,tapi kalaw tak nak rehatkan terus masukkan jer bahan seterus nyer iaitu yis
3. Masukkan yis dan uli lagi sehingga sebati.
Masukkan yis dan uli lagi sehingga sebati.Uli la sampai betul2 sebati yis tu yer….manual memang penat sikit uiiii,
4. Akhir sekali setelah yis dah sebati masukkan minyak masak dan uli sehingga doh betul2 elastik.
Lepas tu masukkan bahan terakhir iaitu minyak masak,dan uli sampai adunan betul2 elastik taw…
5. Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda.
Sediakan bekas lebih kurang macam ni,hakak tak ade bekas roti…so gune yang ni jela, *jangan lupa lumur dulu keliling bekas tu dengan minyak masak dan letakkan kertas minyak yer supaya mudah roti kite nak keluar nanti.Ha bolehlah nak dibentukkan membujur gitu…Masukkan ke dalam bekas macam ni…dan rehatkan sehingga adunan naik 2 kali ganda.Nampak tak bila adunan ni dah naik 2 kali ganda,nampak comel je kan..
6. Kukus selama 20 minit
So dah boleh la dikukus selama 20 minit. Hakak gune pengukus elektrik jer ni.
7. Sejukkan terlebih dahulu sebelum di potong. 8. Hidangkan bersama seri kaya.
Ok ini lah hasil nyer bila dah di kukus,tunggu sejuk dulu baru potong yer…Cicah dengan seri kaya!
Sayang pula jika lebihan nasi dibuang begitu sahaja. Selain dijadikan nasi goreng untuk esok paginya atau kuih apam, ibu-ibu boleh jadikan ia keropok pula. Resipi ini dikongsikan oleh Widyana Ali.
Ramai tak tahu bahawa kita boleh buat keropok dengan nasi. Kalau ada nasi lebih, jangan buang tau. Sayang nasi tu. Boleh cuba resepi keropok nasi ni. Sedap sangat dan juga berkhasiat . Anak- anak suka makan.
Jom cuba resepi saya. Resepi keropok nasi by Widyana Ali.
Bahan:
Nasi lebihan 1 mangkuk (direndam dalam air satu jam)
Kanji ubi kentang (potato starch) 1 mangkuk
Garam pink secukup rasa
Serbuk bawang putih
Cara:
Rendam semangkuk nasi dalam air selama satu jam.
Blend nasi tadi hingga hancur,masukkan garam dan serbuk bawang putih.
Masukkan kanji ubi kentang (potato starch) sedikit demi sedikit hingga boleh dikepal.
Bentukkan panjang panjang macam keropok lekor.
Didihkan air dalam periuk, masukkan doh keropok. Bila doh terapung maksudnya dah masak.
Keluarkan, tos air hingga betul betul kering.
Lepas tu saya masukkan dalam peti sejuk biar kering dan keras senang nak potong.
Lepas dah keras dan kering keluarkan dari peti ais.Boleh hiris nipis.
Kemudian tabur atas dulang dan boleh dijemur di bawah cahaya matahari sampai betul-betul betul kering.
Goreng dalam minyak panas.Nanti keropok nasi mengembang cantik.
Selamat mencuba. ?
Nota: Keropok nasi yang belum digoreng boleh disimpan dalam bekas kedap udara, tahan berbulan. Boleh goreng bila nak makan.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.